Dedawai Perjuangan

Dedawai Perjuangan

 Hayunan langkah terus dihayun

Menyusuri jejalur bersimpang bersegi

Jalan dakwah itu dibejat dengan mehnah

Diselaputi duri nan ombak tsunami yang rakus

 

Kamus berjuang memang payah

Tercari kosa kata senang lenang apetah mewah

Menongkah arus pasang surut

Ribut, petir, hujan, malam nan siang

Bersilih ganti putaran alam

Namun, itulah gegaris kehidupan

Yang terpilih kan terasa auranya

Yang menyarung baju itu merasai sejuk panasnya

Yang melalui jaringan itu menikmati sajian pelbagai rasa

 

Pemikiran didombrak semangat disemarak

Disulam mengait perca cebisan kehidupan

Menyemat tarbiyyah sahsiah dihati

Menyangkut jubah jihad dibadan

Menyinsing mujahadah dan tawaduk bersama

 

Lelorong ke destinasi itu

Tersusun terbentang dedawai besi

Andai diredah pasti menitis cecair merah

Pedih terasa dikupas dicarik

Namun, bekalan ampuh terus dipadu

Menjahit leluka nan persis melata

Menyulam nikmat yang tersirat disebaliknya

 

Sabar, tabah dan cekal

Dimampat dengan senyum penawar luka

Disusuli tawaduk istiqomah dililit

Impak aura diserlah dengan kalam indah

Lenggok lantun budi bahasa

Melengkapkan menjadi pewaris

Yang menjadi impian tiap umatMu

 

Dedawai perjuangan

Harus ditempuh diterobos

Walau merangkak terjatuh terguling

Itulah percaturan bagi insan yang terpilih

Untuk menyambung tali-tali ISLAM

Mencetak mujahid mujahidah

Yang bakal memacu tampuk gagasan pentas Dunia

 jaishu

 simple-shida

16 Ogos 2009 12.42 am.

DArul NAdwah. Cheras.KL

Nukilan Dedawai Perjuangan ditujukan buat sahabat seperjuanganku. Nisa’ Serdang, Nisa’ Bandar Tun Razak dan soff exco NISA’ SELANGOR dan NISA’ MALAYSIA.  

Selamat berjuang di medan arena DAKWAH ! ;) Allahu yubarik feek

Leave a comment »

aLhamduliLlah =D

bismillah walhamdulillah. syukur kerna DIA masih syg hambanye yg serba sederhana ni ;) ahakss.. kalu ikut jadual… hmpir 2 minggu sudah tiap ptg buat kelas tmbhn utk student MPV means all lelaki kelas ni. dlm 5-9 orang. tpi, dek kurang sihat minggu lps + perpindhn rumah menyebabkan kelas xdpt dilakukan d rumahku.

minggu ni mula back setelah bercuti. kumelakar jadual utk pljr. so far, mrk ni MALAS je. dlm kelas memain je. kurang nk belajar.. kurang motivasi.. juge dihimpit kepelbagaian mslh dari luar serta dlmn sendiri. idup d bndr ni, macam-macam cobaan. faktor dlmn yakni keluarga, sopport dari family, faktor luar rakan sebaya, tmpt tinggal yg kurang selesa, dan ikut trend mat salleh + hedonisme yg sgt kuat inkuirinye.

lantas, alhamdulillah dek rasa insof sekelumit.. sorang daripadanya dtg jumpe d bilik guru. ‘cikgu, bleh ajar saya & kwns’. kami nk bljr..  erm.. redup matanye menggambarkan ada riak ingin bljr.. insyaallah ingin beruBah melakukan anjakan paradigma ;) sblm ni relief kelas mrk.. jumpe dgn empunya diri ni, i slow talked to him.. kalau kamu nk cikgu ajar.. bgtau.. insyaallah cikgu tolon mana yg mmpu.

maka, hari itu.. 5 orang dtg ke teratakku DN. mcm modul ice breaking.. cm biasa xkenal maka xcinta. buat s|w|o|t dlm diri. ternyata mrk sgt dahaga ilmu AGAMA. ilmu teknik + skilss utk bljr. sblm mula kelas.. haa, kamu semua dh solat? p solat dulu. lalu mrk masuk blk solat dan solat  jemaah. sedissnye.. pelbagai gelagat diperhati.. nk qamat mcm xbrp nk tahu.. nk jd IMAM saling push pull.. alahai.. cmne nk jd Ayah suatu hari nnti.. ;( ada yg lama sgt xcecah dahi ke sejadah…huhuu..

usai solat.. check diri dari segi kebersihan.. jari kuku. isshh, haa potong yg pnjang tu. utk kelas awal ni, cikgu nk kenal dulu dgn kamu.. ape yg kamu nk bljar.. ape yg lemah..dll. next week kita mula klas. cikgu rangka jadual bljr kamu. maka, beginilah jadual simple kulakar buat mrk.

jam 3-4.30pm waktu sama utk Isnin-Jumaat. kalau sbtu ahad jadual lain ;)

buku.

isnin – bM. 

selasa – bI

rabu – AGAMA

khamis – SAINS

jumaat – SEJARAh

alhamdulillah, kelas smlm paling ramai smpai cecah 9 orang. mrk semua smgt nk bljr.. moge terusan smgt ini disemat dlm taman hati hingga ke spm menjelma  hingga kertas akhir automatif.  macam-macam tips kukongsikan bersama sunnah nabi, tips hafal, jaga pemakanan, adab belajar, dan info yg terlintas tatkala kalamku dilayarkan. moga tiap kata-kataku mrk pasakkan dlm diri lalu menginjakkan diri ke tahap yg lebih sempurna insyaallah ;)

tajuk entri ats ni…. sgt kulafazkan pg td. ya Allah ptg smlm, balik dr kelas singgah ke petrol pump. lalu letakkan purse d tmpt meter.. dkt stereng tu. singgah pjbt pos drop by surat utk adik + form utk shbt, lalu terus back home. after parking terus naik ke rumah. mlm, ikutkan ada meting dgn nisa’ btr. namun, ku ada keje yg harus dilakukan utk nisa’ slgr. lalu bertapa dpn pc smlm hingga melepasi jm1am.

pg esoknye.. yakni pg td jm 7.05 keluar rumah, menapak.. tetibe, ya Allah purse?! mane ek? dlm kete kot.. huhu. moge tersimpan rapi dlm kete. tkut org nmpk…lalu kena pecahkan adusss. hrpnye slmt purse ku…huhu. keluar dari kotak lif, terus ke kete. subhanaAllah, alhamdulillah ALLAh slmtkn purse ku…ameeen ;) ;) thank you ALLAh.

ila shbti yg baru kehilangan motosikalnye.. xpsti jenama ape ye? hehe.. sabar ye moge Allah hilangkan dosa-dosamu yg lalu mensucikan hartamu. mjur ada kete ye. ada juge transport ;) kalau yg xde tu.. ironisnye.. syukur dgn apa yg ada ;)

moral of the stori.. keep ur value things nicely..huhu. dont careless ek ;) doa byk-byks moga Allah sentiasa jaga..lindungi kita. for those who help themselves, insyaallah Allah also help them. same to for those who always remember HIM, many times Allah remember u. ;)

mujahadah l

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat… Puas kita menangis…menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita… Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..:)

Leave a comment »

prOgram lagi.. serbu!

poster.ns

opick

nmpak bayang-bayang mcm ss otw to perak by this week – refer events di atas. alahai, melepas talk show d msjid klcc tu.. juge konsert opick..alahai..

Leave a comment »

perpindahan teratakku -dN-

mengumumkn perpindahn warga darul Nadwah-DN dari bdr tun -btr, ke bdr task selatan-bts. waduhss, Allah shj yg tahu betapa sungguh kami terpaksa, memaksakn diri utk menggembeling kudrat tulang belulang yg persis berbaki hmpir sebulan mengemas diki demi dikit brg umah dN ni. kepelbagaian brgn terperusuk, dipasak, diperam, disimpul, ditanam hehee.. dlm dN. almaklumlaa rumah J ni..mmg penuh je biasa dgn brg. itu lah ayat shbt bilamana diluahkan byknye brg…huhu.

ss mula berhijrah dar desa baiduri ke dN since bln3. jd, mmpir 8bulan merasai detik manis bersama shbt dN ni.check in..check out menjadi lumrah bg rumah seperti begini ;) juge bertukar status akan pergi mengikut encik abenye..ehehe. jd, yg baru bakal menggantikan wasilah yg ada insyaallah.

minggu lps, kami ber4 bergotong-royong mengemas, memunggah, mengangkut, me..me..me.. alhamdulillah, diteman ex warga dN yg berbesar hati bntu kami.. ain, aishah, kak ira. syukran jazilan. jasamu dikenang.. nk pingat? hehe.. xpe..nnti dpt piala terus d padang masyar insyaallah ;)

sekalung budi.. utk exhousemate dN yg kembali join dN dek perhijrahan beliau bertukar tmpt keje d bukit jalil + penyambungn mster d uitm.. byk mmbntu sblm kami bertukar bumbung ke bts. dia lah yg mengemop, mengemas, menyapu, menyetllekan keje-keje di blkg tabir. domo arigato sharini ;)

hari keramat warga dN berpindh pada sbtu 31 okt 09. alhmdulillah, berpindh sudah kami ke teratak baru.. subhanaALlah. tmpt yg baru..serba-serbi baru. fuh, mmg lain dari lain.. tingkt 16.no 1. waahhh.. tinggi uhh.. second last ;) best juge, rumah di hjg sekali. so, xde gguan bising, lalu lalang dan moge safety abadan abada…ameen.

okey.. nk share n sharing doa tatkala berpindh ke rumah baru.. ;) doakn moge kami semua senantiasa dlm jagaanNya.. wa dilimpahi barakah…ameen :) :)

Article di ambil dari: http://soaljawab.wordpress.com/

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

وعن أبي هريرة أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

(’Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا

(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
——

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam

P/s: Jemputla datang  ke rumah ! 

houses

gmbr sekadar hiasan..ehehe ;)

Comments (2) »

iPersonic

Take the free personality test!
Determined Realist: Career

As a Determined Realist, you are one of the extroverted personality types. You enjoy working in a team as a colleague or a team leader. Because you have an outgoing nature, you approach others easily and openly working in solitude by yourself would be punishment for you. You know how to appreciate a harmonic working climate, but the relationship to your colleagues is not as important to you as to some of the other personality types. For you, the task always comes first and your colleagues and/or superiors are second. As long as everybody is working as disciplined and determined as you are, everything is just fine.

However, if you sense that the work is suffering from irrelevant disputes or private matters that have nothing to do with the job, you have no problem expressing your criticism, and making your team toe the line. It would never occur to you to sacrifice a good result in your work on the altar of personal moods, or in favor of a conflict free environment. On the other hand, you are one of the personality types who is best at handling criticism, and swallow negative feedback without brooding or sink into depression. Consequently, you also can hold your ground in professions where the climate is a little rougher and more competition oriented.

You are an excellent organizer, and a genius at planning and maintaining a workflow that is precise and on time. You enjoy dealing with details and facts, developing rules and guidelines, and establishing standards. Here, your natural sense for systematic and love of order prove to be advantageous; as well as your acute aptitude to see the most efficient of all possible approaches.

Where your work is concerned, “reliability” is your second name. You have a real problem leaving things to chance, and you hate nothing more than when something unexpected happens, thus throwing your carefully laid plans into chaos without warning. When a project you conceived is implemented without any hiccups and is brought to a good end, this is your greatest joy. It is a good idea not to be looking for an unstructured environment where constant flexibility and continual re-organizing are the order of the day.

A certain measure of work schedule stability, reliability and predictability should be given, as well as the guaranteed availability of necessary resources. However, you have no problem dealing with considerable pressure where your performance requirements are concerned. Your spirit, infectious energy, and perseverance, permit you to welcome challenges and easily deal with them. A little action and variety are important ingredients of your ideal job, as well. Endless and identical procedures and people quickly bore your inquisitive and quick mind.

http://www.ipersonic.com/career/DR.html

 

Determined Realist: Love

Your personality type belongs to the most loyal and most faithful types. Even though you are able to fall in love head over heels if the stars are properly aligned, recklessness in dealing with your feelings, and those of others, is totally foreign to you. A relationship is a very important obligation for you. You take it very seriously, and give it a very important place in your life. You are not scared off with sentences like “until death does us part”; on the contrary.

Security, responsibility, and stability are very important to you, and you strive for a permanent personal relationship. For that reason, you are very comfortable in the established traditions such as marriage and family. Once you make a promise, one can be sure that you’ll do everything in your power to keep it, and this especially applies to matters of love. Especially in the “tough days” of a marriage, you turn out to be your partner’s invaluable harbor. You expect the same from him/her. Unfaithfulness and flightiness are going to hurt you more than most other types. Just remember that when the time comes to choose a partner, because not all personality types are as consistent as you need your partner to be.

Determined Realists like you are well grounded, and are much too sober and smart to think that in a long-term relationships, everything is going to be rosy. You are aware that highs and lows are a part of love and life, and difficult times are not going to make you unsure or discouraged. Instead of unending passion, trust, and a deep and continuing friendship between you and your partner are important to you because you know that these feelings are better suited to weather the turbulence of everyday life. Your contribution to the relationship primarily are continuity, and absolute devotion to your partner and your family. Your sense of purpose, and your need to take charge are also evident in the way you deal with your partner. You are probably the organizer, manage most of everyday life, and are in charge of your social contacts as a couple or family, as well. This does not mean that you want to be particularly dominating; you just have a pretty good notion of how things are supposed to work, and you just implement them without hesitation.

39894

eheheh.. iye ke related & conection dgn s;) ahakss.. segala puji-pujian hanya utkNya.. yg weaknes itu lah perlu dinaiktarafkan melalui proses anjakan paradigma lalu memobilasikan integriti..hehe.. ayat bombastikkss btui hihi.

** Rashid Ganoushi, pemimpin gerakan Islam al-Nahdah, Tunisia pernah menyebut, bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah..  (memetik kalam shbt..)

Comments (4) »

Malunya seorang wanita Islam

MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku “makarimul akhlak Fil Islam” yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya.” (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu’tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

“Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan.”

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

“Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu.”

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

“Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat.”

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

“Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki.” (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:

“Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

“Berhimpun pada hari sekian-sekian.”

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

malu

taken from http://akhisalman.blogspot.com/2009/09/malunya-seorang-wanita-islam.html

Leave a comment »

qUeen !

Bagi individu yang menguasai peraturan permainan catur.. sudah semestinya dia tahu bahawa buah catur ‘Queen’ adalah buah catur yang amat bermakna sama ada bagi pihak lawan ataupun sebaliknya. Ia berlaku kerana ‘Queen’ mampu bergerak dengan dua cara berbanding buah catur lain yang hanya mampu menggunakan satu cara sahaja.

Begitu juga dalam kehidupan kita… sekiranya anda mampu menguasai banyak perkara terutama berkenaan dengan softskill, kelebihannya akan berpihak kepada anda.

ches

Kembali semula kepad softskill… seharusnya setiap individu Muslim harus menguasai pelbagai bentuk softskill untuk memudahkan usaha dakwah yang semakin lama semakin mencabar. Sebagai seorang dai’e penguasaan multimedia dan teknologi amatlah penting kerana generasi muda kini menjadikan multimedia dan teknologi sebagai gaya hidup yang tidak dapat dikesampingkan.

Oleh itu, cara berdakwah juga harus bergerak seiring dengan perkembangan semasa. Jika dahulu mungkin dakwah mungkin dilakukan dalam bentuk ceramah, kuliah, forum dan turun ke lapangan masyarakat seperti yang dilakukan oleh parti gerakan Islam PAS, ABIM, Arqam, JIM dan sebagainya… tetapi cara berdakwah kini harus berubah mengikut perkembangan semasa.

Jika perkara mungkar.. maksiat boleh melakukan perubahan demi perubahan untuk lebih menarik minat masyarakat untuk terpengaruh dengnnya… mengapa tidak cara dakwah kita turut diubah untuk lebih menarik minat generasi muda mendekati Islam…

Seharusnya seorang dai’e perlu pandai mengambil peluang yang ada… jangan terlalu jumud dalam sesuatu perkara.. Islam ini terdiri daripada konsep thabat wa murunah iaitu tetap dan fleksibal. Dakwah itu adalah satu perkara yang wajib untuk kita lakukan. Hukumya adalah thabat (tetap) tetapi cara berdakwah adalah murunah (fleksibal).. terpulang kepada kita bagaimana caranya selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Oleh itu, melahirkan individu Muslim yang menguasai banyak soft skill adalah penting. Jika tidak gerakan dakwah akan menjadi lemah, terbantut dan sebagainya kerana jumlah individu yang multi softskill sedikit.

Jangan tunggu sehingga individu tersebut hilang dik ketentuan Ilahi… kerana ia amat sukar untuk dilalui seumpama buah catur kehilangan ‘Queen’ di medan tempur.

** copy paste min blog sahabati..  http://senidalamkehidupan.blogspot.com/

* insyaallah akan dikupaskan kelak mengikut kalam susunanku. wallahu’alam

wallper

Leave a comment »

biLa LAgi?

bismillah walhamdulillah. syukur masih lg merasai nikmat Islam.Iman.Ihsan yg tak terhitung dariNya. ;) monolog bisu ni, lama terperam dlm document pc acerku. kini. mase utk dijamah.. sekadar menceritakan utk sama-sama muhasabah dan muhasarawak.. ** segala isikndungn dlm ni, tiada kaitan dgn sesiapa..huhu. andai rasa tercalit..terpalit, terkesan..tempiasannye.. anggapnya bak angin sepoi-sepoi lalu.. :)

Crossroad

here… begin… (^-^)

Bilamana ada jemputan diterima sama ada via internet, sms or kad insyaallah akan sedaya upaya kutunaikan kewajiban tersebut. Memenuhi tuntutan itu wajib ke atas tiap penerima jemputan. Except ada hal yg menghalang dan kekangan melanda dan ditimpa.

Bersama shbt ke Terengganu, kembara dlm bas ke sg petani, meredah perit tengah hari, bersimpang siur ke kuala pilah, melilau mencari di felda johor, merewang di malam gempita mencari lorong itu, kekangan menimpa namun cuba diselaputi dengan push and pull..hehe. itulah kenangan terindah tatkala menatap wajah seri, puteri dan putera itu. Maafkan buat shbtku yg hajatnya tidak dpt kulangsaikan.. qada’ dan qadar mengatasi kudratku.

Insyaallah, tunggu masa dan nida’ dariNya. Menceritakan coretan kisah ini, hanya shbt yg terpilih mengetahui ceritera tntg ini. Aik, xkan xde lg? Bile lg kak? Tak dftar BM?  Asek p jemputan walimah je? Byk dh amik berkat ni..hehe. memilih ni.. kak, saya xsabar nk tunggu kak ni.  Aik, cepat shida.. kak lama tunggu sape calon bertuah ni ? ehehiiihihi, kusenyum simpulan bahasa je. ;) ;)

Bukan senang nk memilih pasangan ni. Eerrmm, rumit  juge.kih kih. Ups, penaip menaip coretan ini, sekadar meluahkan monolog. Cukup bakal zaujku boleh menjadi Imamku, pimpin dan tonton ke jalanNya. Boleh memahami gerak langkah kerjaku, menerima seadanya sesimple-shida nan yg sederhana je ni. Ada rasa sifat yg seia sekata senada sehati sejiwa.sefikrah… simple-shida ni, hanya insan biasa yg masih bertatih dlm dunia perjuangan yang hakiki.

Upss, xleh laa lebih nk taip. Kena limit. Buat shbt yg lama menanti.. saban bertahun… maafkn diri ini andai melukakan hati..huhu. apo nk dikato, bukan diriku dicipta milikmu. Pada yg yumkin memendam rasa… kadangkala mmg perlu utk diluahkan. Asbab kok diam mana empunya diri tau sih. Hehe.

Pernah soalan dilontarkan, brp hantaran ni? Brp gaji enti ye? Enti keje mana? Dah sedia nk …etc pelbagai soalan diaju, namun empunya diri menjawab yg sewajarnya shj. Maaf ye, mmg begitu prinsipku utk tidak merespon lobih.huhu. kdgkala kemalasan melanda utk menjawab, keterbatasan kredit dll alasan..hehehe.

Flow ice breaking tampak cantik andai ada org perantara. Tapi, harus kenal juge pd yg ditengah itu. Kok xkenal payah juge. Ermm, maaflah ayat ni ayat besa je. Ni sekadar luahan rasa penaip tntg isu yg mmg semua akan meniti detik ini.

Hatta nk berUmah tangga ni, kena sama-sama put ourself into their shoes means boleh masuk dan adapt dgn family dua pihak, dan yg penting psgn itu ada saling tolak-ansur, memahami, seirama je. Dunia pelayaran destinasi abadi ni, perlu dan harus mengemudi bahtera bersama. Perlu ada nakhoda, pembaca kompas, pengemudi sauh, biro kawalan dll.hihi. jadi, mestilah gembeleng tenaga sehati utk memastikan perjalanan berjalan lancar.

Pernah shbtku bertanya, pernah bercouple? Pernah dirisik? Soalan dilontar dari anak murid. Cikgu, boleh bercouple tak ? cikgu xde pakwe ke ? cikgu bile nk kawin ? ehehe.. jwpannye diatur dengan kalam dan intipati yg mengikut sukatanku. Keluarga dan sahabiah terdekat juga ada jwpn utk soalan tertentu di atas.

Okeylaa, malas nk monolog sudah. Salam mesraAbadi buat shbt yg sudah melangsungkan dan akan melangsungkan detik bahagia. Semoga Allah memberkati kalian, memudhkan segala urusan dan perancangan kehidupan bersama.

Doakan diri ini.. dlm pendakian menuju ke puncak dan arah tuju yang banyak perhentian dimudhkn.. Harapan agar terusan dibekalkan dgn nikmat ISLAm. Nadi IMAN. Jubah SABAR. Tudung SOPAn. Pakaian Malu yg senantiasa menutupi urat dan auratku.

Kupohon ampun dan maaf pd sahabiah ats segala kekurangan diri, keputusan, penolakan dan kepelbagaian kerenah yg diusulkan. Andai hajat tulus mulus terdetik, susuli dengan nawaitu yg lurus.. maka, boleh diteruskan pada yang bernama itu. Suka diwar-warkan, simple-shida hanya makhlukNya yang sangat sederhana lagi dahagakan pengalaman, ilmu dan segala perihal. Aduhh, maafkn diri ini kerna agak sukar utk menerima pautan yg samar-samar, yg tiada titik noktahnye.

As a result, lintasan hati ini bakal memungkinkan segalanya. Akhir kalam bisu, moga Allah serakkan sifat syirik kecil dlm taman hati ini.. penyakit hati yang tertempel di kalbu, dikuatkn pautan IMANku dalam tiap gerak langkahku.

Insyaallah mak abah akan menunaikan rukun ke 5. moge dimudhkn segala perancangan ke sana. Pesanan dilayarkan buat usrati titipkn doa buat anakandamu ini disenangkn laluan perjalanan dunia wa ukhrawi. Insyaallah andai dia tercipta milikku.. kuredha di atas ketentuanNya. Adakah dia dicipta utkku? Adakah dia milikku? Jawabannya tertulis dalam diari helaian yang akan datang. Wallahu’alam.

Al-Baqarah ayat 216 “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..

fly

** salam bakal pengntin baru buat shbt yg bakal melangsungkan walimah buln nov.dec. wahh.. berderet jemputan ni ;) buat dik yati  @ melaka yg bru usai wedin.. alhamdulillah, dpt jumpe dik.. mabruk wa barakallahu lakum..

tiap yg berlaku tertulis segala hikmah disebaliknya. bersangka baik.. lalu membuatkan kita memikirkan sedalamnya, begitu cantik percaturan yang Maha Pencipta ;) masyaAllah syukur padaMu.

“Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas jalan ketaatan kepadaMu, ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini atas agamaMu”

Leave a comment »

tahajjud C.i.N.T.a

Ku Percaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

t.ct

erm.. xpernah dgr pun this song. sje nk tempelkan dlm blog je. actualy nk cite tntg kesinambungn kisah ni ..dlm entri lps. tapi tajuk berbeda dgn yg sebetulnye nk titipkan. bercerita tntg c.i.n.t.a yg berkaitan dgn baitul musLim.

hatta di saat hilal asyraf menitipkan intipati yg hmpir sama dgn naluriku.. lantas terigt soalan biasa yg dilafazkan oleh shbt.. bile lg ni? hehe..

`bile Allah telah memakbulkan doa kite, itu tandanya Allah sayang pada kite..
bile Allah lambat memakbulkan doa kite, itu tandanya Allah menguji tahap kesabaran kite..
bile Allah tidak memakbulkan doa kite, itu tandanya Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik utk diri kite…`

new-jersey-autumn8

 

Leave a comment »

memilih antara 2?

em.. nape kak tak pilih satu je? acapkali lontaran soalan tu terpacul di mukaku..  em, xpe mudah skit gune 2.. sbb utk rukhsoh..hehee. ;) kalu yg gune maxis 012.017 call sms gune hp ni. kalu celcom user gune 013 ni.  mmglaa kkdg kredit tu mmg less. dah less gunelah tOp-Up ;)

pernah sorang ust sound looks angeri.. nape enti gune mxis.. tu yahudi punye. ana diam je.. ana memudhkn shbt yg gune mxis. mmg awal lg gune maxis. jd, bile dh keje ana gune celcom. sblm ni, awal tahun tragedi sedis melanda diri yg simple ni. hp ijo yg cumel tercicir lalu lost.. ntah ke mana arahnye. tak ketahuan diri ni. bilamana test try berkali missCall hampa je..truuuut….pnjng je. alahai.. ngak ada rezeki lagi sih. udah ilang gamaknye. sabo je la.

brp bulan kemudian, alhamdulillah rezeki dariNya kudpt menggantikan kembali kemudahn utk hiwar. maka, masih lg alive for both no. 017 + 013. thank u to Allah for the rezeki..nikmatNya. ada juge suggest.. nape tak beli hp islamic tu.? ermm, udah beli yg sony both. jd, tunggu la andai tertulis kelak ana replace other hp more. huhu.

clcm

mxs 

maka… tertera memilih antara 2? mr M or mr C ehehe.. kubulat tekad dgn lukisan bulat…hehee.. pakoh bule deh.. ;)   main_the_blog

Leave a comment »