Archive for August, 2008

jOm.. sambut MERDEka dgn NISA’ WP!!

NISA’ GARDEN TALK

PADA: 31 OGOS 2008, 8.45 A.M

BERTEMPAT DI: MASJID AS-SYAKIRIN KLCC

DENGAN TAJUK: “HADIAH DARI KEKASIH”

AHLI PANEL:

USTAZ FAUZI MUSTAFA (tv3)

USTAZAH HAFIZAH MUSA (bicara ad-deen ikim)

PENAMPILAN ISTIMEWA:

AZHAN FINALIS AKADEMI NASYID

FAKHRULRADHI JUARA AKADEMI AL-QURAN 3

====

Jemput hadir ya….  ;)

Bertemakan ‘EVERYONE CAN PLAY’, NISA WP akan menganjurkan INDOOR GAMES (Permainan Tradisional @ Rakyat) dengan Kerjasama masjid KLCC :

Tarikh : 30hb Ogos 2008

Masa : 3petang – 6 Petang

Tempat : Ruang Legar Masjid KLCC

Yuran : PERCUMA saja..

Acara : BATU SEREMBAN, DAT, CONGKAK, DAM HAJI & CEPER@ TUTUP BOTOL

HADIAH MENARIK DISEDIAKAN

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA LELAKI, WANITA,REMAJA & kanak-kanak.
TERDAPAT 3 KATEGORI PENYERTAAN

UNTUK PENYERTAAN AWAL SILA HUBUNGI :

FAZ 012 2945732
@
FAMIRA 016 3054547

AYUH..bawa keluarga & kawan-kawan anda ke sana.

Banyak program lain menanti pada hari tersebut

Leave a comment »

NafsU & PuAsa ?!

Nafsu dan Puasa

Nafsu manusia itu lebih jahat dari tujuh puluh (70) syaitan.

Nafsu terbahagi kepada 3 kategori :-

1.Mutmainah. Nafsu yang mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga.

Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

[28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

2.Lawwamah.Nafsu pertengahan yang juga mendorong kearah kebaikan dan membawa ke syurga, tetapi apabila tidak dapat dilakukan kebaikan itu ia kemudian mencela dirinya kerana tidak dapat melakukan kebaikan.

Al-Qiyamat [2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

3.Ammarah. Nafsu yang mendorong kearah kejahatan dan membawa ke neraka.

Nabi Yusuf juga kata beliau tidak gerenti dengan ujian nafsu:-

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Puasa untuk melemahkan nafsu.

Nafsu terhasil dari darah, dan darah terhasil dari makanan yang dimakan. Nafsu subur apabila makanan masuk kedalam badan. Makanan yang dimakan menghasilkan darah, air mani dan juga susu. Antara kebesaran Allah ialah boleh memisahkan hampas makanan dan susu dari satu kilang perut:

An-Nahl [66] Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.

Fokus dan matlamat puasa ialah melemahkan nafsu. Ada 2 kategori puasa:-

1.Puasa sepanjang hayat ialah berpuasa dari semua benda yang diharamkan makan atau minum itu seperti babi, arak kerana ia menjana darah yang kotor dan nafsu yang kuat. Oleh itu untuk menjaga dan menstabilkan nafsu kenalah puasa sepanjang hayat dari memakannya kecuali darurat (apabila melibatkan nyawa).

Al-Baqarah [173]Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2.Puasa Ramadhan pula ialah berpuasa dari benda yang halal. Makanan yang halal juga menjana nafsu, namun tidaklah sekuat yang haram. Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takutkan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Al-Baqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

** sumber dari internet.. ** gmbar di atas hanya hiasan je..ehehehe.. ;)

Leave a comment »

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAHAN ;)

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAHAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:

1. Disyariatkan Ibadah Puasa

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu.” ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.

2. Bulan Diturunkan Al-Quran

Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:

“(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” – Surah al-Baqarah: 185.

3. Pintu Syurga Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.

4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas

Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” ­- Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.

5. Pintu Langit Terbuka Luas

ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat

Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.

7. Syaitan dan Jin Dirantai

Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.

Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

“Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.” – Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.

Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.

Firman ALLAH S.W.T:

“Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia.” – Surah al-Nas: 1-6.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.

8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.

Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

info di atas ana copy min..  http://akob73.blogspot.com/

Leave a comment »

ALHAmdulillah..PKR menang!!

Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016673&Itemid=85

Leave a comment »

pilihan RAYA di permatang pauh (“_)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Hamat (tengah) sambil diperhatikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

ALLAHu Akhbar.. laugan TAKBIR bergema.

Salam PERJUANgan buat semua PARA daie’ MUDA…

Ungkapan yang menggetarkan nadi bagi yang sinonim dengan bicara persoalan PERJUANGAn….

 

Jika TAKUT dengan RISIKO, usah bicara soal PERJUANGAN !!

 

Dalam proses DAKWAh.. kita juga mentarbiyyahkan diri kita dari kurang BAIk ke arah yg BAIK.  Dari yg BAIK ke arah yang LAGI BAIk…seterusnya dari yg terbaik, diperkasakan ke MAKAM yang tertinggi.. insyaallah..

 

justeru, kita seharusnya menjadi DUTA yang menDOKONg usaha perjuangan untuk menegakkan ISLAM di mata dunia..menabur benih semaian tazkirah, menitipkan suapan rohani yang mendidik jiwa gersang nan sepi dengan NUR yakni jalan LURUS…

 

melihatkan KEPINcangan UMAT ISLAM yang kini diMAMAH dengan rakus… dek JAHILnya manusia..serangan HALus dari puak YAHUdi.. dengan memasukkan jarum dikit demi dikit… aduhai.. sedihhhnya melihat bakal pemimpin yang menerajui NEGARa pada masa akan datang.. ^-^

 

ayuh.. bangunlah  ya syabab…jadilah DUTA.. duta kepada generasi kini..   bukan hanya ahli NOMINal.. yang hanya menyOKONg.. malah angguk-angguk geleng-geleng dengan kerenah BIROkrasi yang macam-macam helah tipu nya.. huhu..tapi, jadilah daie yang boleh menyalakan OBOR dari kegelapan yg kelam gumpita.. amar makruf wa nahi mungkar !!

 

 

AYUh… bangun umat MUHAMMAD… bangun dari LENA yang bersulamkan kesenangan yang bertatahkan hiburan maknawi semata-mata.. berintikan suapan rasuah yang melata.. bertunjangkan fakta palsu yang disogokkan bagi mangaburi mata-mata rakyat..

 

Ya ALLAH, tegakkanlah Negara yang mendaulatkan AL Quran di setiap tempat, Hidup bahagiakanlah kami dengannya, matikan kami sebagai SYUhada’ yang mulia.

 

Ya ALLAH, tegakkan Negara Islam yang sebenar dan kurniakanlah kami padanya kemuliaan, kekuatan dan kesatuan di bawah naugan kalimah

‘ Lailahaillallah Muhammadurrasululallah ‘.

 

Ya Allah bantulah agamaMU, kitabMU, dan penolong-penolong agamaMU, dan hancurkanlah musuhMU dan musuh agamaMU, Ya Allah, jadikanlah kalimahMU yang tertinggi dan hinakanlah kekufuran.

 

Ya ALLAH, tundukkanlah jiwa kami menjadi jiwa yg hancur luluh penuh harapan kepadaMu dan jadikanlah kami dari golongan yang bermunajat kepadaMu di waktu sahur sehingga tersingkap nyata kebesaranMU dan ketinggianMu.

 

Ya Allah, turun pertolonganMU kepada kaum muslimin dan masukkan mereka kelebihan dan kemuliaan. Ya Allah, sesunguhnnya kami mohon kepadaMU pertolongan yang segera dan angkatlah dari kami kesusahan kami, ampunkan dosa kami, tunaikanlah hajat kami dan permudahkanlah urusan kami dalm keadaan jiwa kai tenang, tubuh kami selamat, sejahtera agama kami dan dunia kami.

 

Wahai pertolongan Allah, dekatlah kepada pendokong agamaMU, dan janganlah Engkau lepaskan meraka kepada diri mereka sendiri ( yang lemah) walau sekelip mata. Ya Allah, bantulah pendokong agamaMU, selamatkan mereka daripada keburukan diri meraka, kejahatan musuh mereka dan segala kejahatan daripada syaitan, manusia dan jin.

 

Ya Allah, angkatlah kegelapan daripada umat Islam, turunkanlah kepada mereka pertolongan yang segera dan rahmatMU yang luas dan keampunanMU yang sempurna, Engkaulah yang MAHA Pengampun dan MAHA Pengasih, Engkaulah yang MAHA membantu memberi kemenangan, sesungguhnya tiada kekuatan kecuali kekuatan ALLAH yang MAHA TInggi dan MAHA Agung….

Amin..amin… ya rabbal alamin….

 

 

Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (at Taubah:41)

 

 

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah niscaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad:7)

 

 

Akhir kalam bicara bisu ana.. sama-sama kita tanya diri..

Adakah kita sudah JALANkan amanah sebagai KHAlifah??

Kita wajib memilih pemimpin yg bertunjangkan yakni mendokong daulah ISLAmiyah .. JANGAN ada yang MENGANggur dalam menjalankan AMANAH BERSAma.. FARDHu bagi MENdokong perjuangan…be al mutajarrid yakni menumpukan kesetiaan yg tidak berbelah bagi kepada ALLAH…

 

ALLAHU AKHBAR !!!!

 

Wallahu’alam bissawab…

 

Ya Tuhanku, sesungguhnya diri ini penuh kekeliruan dan keluh-resah,walaupun ku tahu tanggungjawab dakwah ini satu kewajipan namun hatiku ini sentiasa menyeleweng dari landasanMu,oleh itu Ya Tuhanku kau kembalikanlah Nur kebenaran,dan kekuatan buat diriku ini agar diriku mampu berdiri tegak bersama kaum Adam untuk sama-sama menjunjung kalimahMu…ameen, insyaAllah..

Leave a comment »

liqa’ jk kOnvo uIam

Liqa’ jk konvo UIAM.
Kalu ikutkan nk je rest at home..
tapi, mengenangkan team UIAm dah set liqa’.. shye.ss.
tekadkan diri utk ke UIAm juge.
memikirkan sape shbt Ukhwah.com yg nk konvo ni?
Erm.. xketahuan sape ntah..huhu..
Jumpe sirat82 di bts.. syukran susahkan diri nk hantar ke Uiam terus..
hujan lebat.. kami redah juge ke UIAm.
 
 Jumpe dgn mahyudin.mohamad.sufti_ilham.immad + kaknye mahani.
Izzah-nawwal.littlemuslimah.Dari jm2-7 kami di bumi UIAM gombak..
syukran pada mahyudin atas planning liqa’ ni..
 
** to salafian-danny Alf mabruk.. miledi.. konvo juge ke? 
 Erm.. maaflaa xdpt nk alert pd semua benda..huhu..
Begitulah jadual hujung minggu ni. Esok ISnin- selasa ke UTM Skudai JOhor… ke CEPP.
 Lwatan keje + meeting.. will stay one night.. selasa ptg mve back serdang.
 
Wah.. jalan lagi baa…aiyaaa.. ;) jumaat pg, tetibe dpt arahan dari bos utk ikutnye ke meeting..
 jumpe org besar tradewinds.. merangkap staff Tn. Al BUkhary..
yg famous dgn YAb .. yysn al BUkhary di alor setar tu.. etc..
best dgr pglmn.. perkongsian dari TUAn Ngah.. juge dari Tengku tntg business..etc..
 my bos nk JV kilang gula dari tradewinds.. make Rights Choice brands. 
 
 Diskusi till jm1. back serdang.. mula membusykan diri utk keje-keje akhir MHD.
Tapi, agak terbats.. bla.bla.. bos ada meting jm3.. mujur ku xkena ikut..hehe.
tapi, aik.. by4++ dh back.. kejap nye. Patutlaa ada appmt by5 di office..
alamak.. I kena stay, coz pegang key.. bos pesan..
shida jgn balik lg ye..ehhee..
Nk prepare utl handbills.. terbats..
 
by8++ baru move back home. Bersiap ke pkns bangi..utk tgk keje-keje akhir..
 kenangan di office ku..bersama iza+zura..ehehe.. lets keep as sweet memories..
Okeylaa.. dh ngntukss..tired.. masa utk naum…
 
Mohon maaf pada semua..mohon halal mkn minum..
Insyalllah jumpe antum next program.. ;)
Sayonara………..
** doMo..arigato to sirat..jemput..hantar balik..
  

bersama littlemuslimah+syahidatul..

Leave a comment »

selesai sudah Merdeka Health day ;)

Assalamualaikum.w.bt

Selawat dan salam ke atas JUnjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah, dirafakkan ke hadrat Ilahi,

yakni MAHA Pencipta kerna masih lagi memberi kita semua ruang,

dalam kesempitan serta masa yg terbatas ni,

 utk sama-sama bantu dlm keje-keje berbentuk kebajikan..kemasyarakatan,

 

Monologku more to MHD.HKM yakni merdeka Health day au hari kesihatan merdeka ;)

 23 ogos 2008. hampir 2 bulan program ni dirancang..disusun..akhirnya..

 

Syukur puji-pujian padaNya serta setinggi tahniah.syabas..

Alf mabruk pada semua tenaga PENggerak MHD anjuran bersama NIsa’ serdang.

persatuan penduduk bangi.lajnah wanita.Ukhwah.com & PKNS.

 

Pelbagai dugaan..cobaann.. rintangan..halangan.. keperitan.

Pengorbanan.. dan kepelbagaian rahmat ujian yg mencalit kalbu-kalbu penggerak MHD.

Semua itu Pengalaman hidup.. keep it as sweet memories walaupun ianya pahit utk ditelan..

bila lg nk rasai nikmat yg ALLAh berikan.. tiap UJIAn.. adalah Rahmat.

Kerna semuanya diCaturkan olehNYA utk menguJI sejauh mana kecekalan hati..

ketabahan hati.. kekuatan azam..semangat serta nawaitu sesame kita..

 

Masing-masing dah titipkan pelbagai warna-warni dlm merealisasikan MHD..

seusai MHD ni.. aplikasikan pglmn..skilss serta ambil pengajaran ke atas ape yg dah terjadi..

harapnye antum dapat make improvement.. insyaallah..

 

Agak busy on MHD.. pg, xdpt nk join wai tan kung.. memantau booth..

prepare utk all the things.. talk 1 dr FAtimah xdpt juge nk dgr huhuu..

by11++ observe pertandingn mewarna.. taklifan utk menjaga adik2 yatim.. min al Khadeem + rabeka.

Maaf, ana tak dpt menjaga sebaik mungkin..

 

By2++ standby utk MC talk 2.. sory coz I’m not to good..ehhee..

Riso juge dgn adik2 tu.. ana xdpt nk handle.. pas by to haslan also to AJK lain to guide them..

to owl_UM.sadiqah.khalifah.dll team Ukhwah.com syukran jiddan wa domo arigato

kerna sudi nk jaga booth Ukhwah.com … kalau antum xde..

nampaknye xdelah booth Ukhwah.com agaknye..hiihihi..

setia menjaga dari pg-ptg.. syukran was if menyusahkan..membuang masa antum..

 

Sempat beberapa AJK.. sblm tutup booth, kami p rawatan dr sabjack.permata hijrah..

get info..etc. last, makan berjemaah dlm showroom.. sambil berhiwar..

manisnya Ukhwah bila bertemu dan berpisah..  ;)

 

Alhamdulillah.. habis makanan ku makan..ehhee.. thanks to all the organizer..

sponsor.. SABJACK resources sdn.bhd. RIGHTS beauty sdn bhd. Sigtech.

ALL AJK.Voluteer dari UNIten..

Team Ukhwah.com…semua yg menderma. Semua yg terlibat secara LIVE dan unplugged..ehhe..

 

Hanya Allah yg dpt membalas jasa antum.. jasamu dikenang..;)

 

Mlm, bermalam lg di bumi Bangi,nampaknye dari rabu.khamis.jumaat.sabtu bermalam di Bangi..

mcm nk jadi warga Bangi je..hihii..bersama ketua NIsa’ serdang.. (^-^) Sabrina –kak nisa’..hiihi.

walupun kami dah mmg dh letih amat.. ngntukss..etc, kok nk dgr majlis ilmu dari Tn Guru NIk Aziz kami gagahi jua..

 

Tersengguk juga dgr kalam tn.guru.. sblm balik, sempat jumpe shbtku.. hehe..

raudhatulmardhiah.. kuat btul insssting.. bw novel ke ceramah..ehhe..

novel syabab yg terselit waktu walimahnye. Aiya.. hadiah pgntin tertambah buku lain..hehee.

 

Jumpe geng HT.. erm.. mengexplain cerite background ISLAm..

sistem khalifah..etc.. HT..HT.. sampai umah sab.. hemat diri.. naum…

 

syabas.. syukran wa asif.. pada semua penggerak MHD.. Ketua Pengarah..

zura.. sabrina.. haslaily..masyfuah..aziah..sumayyah..haslina.. halijah.. haswani..

iza..husna..wani.. ikram.. mujahid..muhammad.. arepis.. bukhari..

dan semua yg tidak diListkan dlm blog nan bisuku ni..hehe..

 

jazakallahu khairan kasira.. ;)

slmt berjuang… TAKBIR !!   

 

 

 

gambar MHD bakal menyusul kelak.. tungguu..;) insyaallah..

Comments (1) »

pose jumaat+sabtu iye ker?

salam di penghujung syaaban.. ahlan ya ramadhan.. yeah syOknye pOse ;)

bulan ni nk lipatgandakan..kite berpesta ibadah..

tapi..kena go ON juge lps bulan ramadhan. insyaallah..:)

dolu..penah tnye mak, kenapa bile pose jumaat sabtu kena juge pose?

mak pun jwb.. ia berangkai..jadi, kalu bgus isnin + khamis.. pose sunat.

tapi, jumaat + sabtu pose 2 hari terus.. kini, ada juge shbt..adik..tanye..

kak iye ke…kena pose jumaat & sabtu.. kenape ek?

hari ni, rajin nk explore blog shbt..

ana suke explore blog al qasam kekadang..ehehe.. byk input  yg boleh dihadam….

disamping links tepian blog al aqsam ni, byk sahabat2 yg masing-masing ada core bidang tertentu.

http://alqasam.blogsome.com/ mantOp adik nan sorang ni.

penah jumpe di msjid USJ.. kuliah sheikh umar al habib. tetibe terjumpe blog ni..

http://akhisalman.blogspot.com/ bile diexplore postings yeah.. jumpe info pose :)

Berpuasa hanya pada hari jumaat.

Makruh berpuasa hanya pada hari jumaat melainkan jika dia biasa selang2,

puasa sehari dan tak puasa sehari (puasa Nabi Daud a.s), lalu bertepatan hari berpuasa pd hari jumaat atau dia biasa puasa awal , tengah dan hujong bulan . kebetulan terkena pada hari jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.” (Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu khususkan hari jumaat dgn puasa melainkan puasa yang dia berpuasa sebelum itu.” (Hr Tirmizi)

Hikmahnya: Hari jumaat adalah dari perayaan orang islam dan tidak mau umat Islam hanya menumpukan ibadah pada hari tertentu sahaja.

Puasa hanya hari sabtu sahaja.

Makruh berpuasa pada hari sabtu sahaja tanpa digandingkan dengan hari sebelum atau selepasnya.

Nabi s.a.w bersabda:

“Jangalah kamu berpuasa pada hari sabtu melainkan puasa yang wajib.” (Hr Muslim)

Ini kerana hari sabtu adalah hari kebesaran bagi Yahudi. Jadi kita dilarang mengkhususkan hari sabtu dgn puasa.

Rujukan: http://qaradawi.net/

Comments (2) »

‘MerdeKa Health Day’ moh le kite!!

MHD / HKM
merdeka health day / hari kesihatan Merdeka.
TARIKH:
23 OGOS 2008
8.00 PAGI – 5.00 petang

TEMPAT:
KOMPLEKS MEMBELI-BELAH
BILLION-PKNS

ANJURAN

NISA’ EDUCARE CENTRE (NEC)
LAJNAH WANITA DAN KESIHATAN, ADUN BANGI
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR(PKNS)
PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI(PPBBB)
PORTAL UKHWAH.COM

MASA    TENTATIF
0800-0930 am :w.a.i Tan Kung Kaum Hawa
0930-1000 am : Majlis Perasmian
1030-1200am : Talk 1 : ‘Rawatan Secara Natural Terapi’
(Dr. Hajjah Fatimah Ahmad, Pusat Kesihatan Natural Terapi)

1030-1230 pm : Pertandingan ‘Smart Spelling’
1230-0100 pm : Penyampaian hadiah
(Pertandingan Smart Spelling)

0100-0230 pm : Rehat (Solat Zohor dan Makan)

(Promotion booth)
0230-0400 pm : Talk 2 : ‘Makanan, Pencemaran,
Badan, Penyakit Anda & Rawatan’
(Prof. Dr. Ahmmad Sabri b. Zon Kaply,
SABJACK Resources Sdn. Bhd.)

0400-0500 pm : Majlis penutup dan Penyampaian Hadiah
             dan Cenderahati

-Persembahan sajak Kemerdekaan oleh pelajar PASTI
-Persembahan nasyid dari kumpulan al-Safar (UNITEN)

MASA    PROGRAM BERTERUSAN

1000-0500 pm : Pameran Kesihatan
1000-0400pm : Pemeriksaan Kesihatan dari Pusat Kesihatan Bangi
1000-0400pm : Pemeriksaan Kesihatan dari
         National Kidney Foundation (NKF)
1000-0500 pm :Jualan barangan kesihatan

http://mhc2008.wordpress.com  www.ukhwah.com

Leave a comment »

barakallahu lakum..

seLamat pengantin new..hehe.. assif jiddan ana tak dpt hadir utk 4 jemputan kali ini.anak ummimq- miqdad, anak bosku – haidhar, fazli UNIC, kak umar_khalil..dah plan utk balik kg. lame juge xbalik kg.. ;)

Alf Mabruk…
BaarokALLAHulak wa Baaroka `alaiika
wa Jama`a Baiinakumaa fii Khoiirr…

syukran ats jemputan antum..asif ana tak dpt hadiri..huhu


last..exm dpli..bile nth exm tu..thne..now bln 8. lame juge lah..hihi. jadinya, lama juge tu..anak sedara pun dh msuk 5 bulan..tembamnye aqil ehehe.. walupun kejap je lik kg, dpt juge bntu apa yg patut..yg best pegi ipoh..hihih..

tolon kemas umah skit..buke lelangsir.. potong rambut mak.hajatku nk cut hairs.tapi, xleh nk cut.so, postponlah… next time lik kg. lg bbrp jam je nk naik bas. sempat lg ku explore. erm, ada keje nk wat skit. so explore lah..

okeylaa.. nk mengemas ape yg ptut dlm rumah ni. moga segala perancangan walimah antum dipermudahkan. insyaallah.. jumpe lg di lain ketika.. ;)

wallahu’alam..

** mlm ni usrah online -UO Umum.. moge adik-adik havockan ye..;) maaf, kak ade meting..huhu. slmt berUsrah.. :)

Comments (1) »