trip.kk,sabah-melaka ;0

19-22mei 2012 ss dan classmates Governan Pembangunan berkajian lapangan di KK, Sabah. percaturanNya sgt tersusun, cantik. adik dimah mmbntu dlm mmudhkn urusn ss dan shbt. bertemu geng uO..dan diskusi bersama adik UMS. sempat tadabur alam, melihat Maha indahnya Gunung Kinabalu.

pglmn naik mini bus, bas panjang, taxi dll yg telah tercipta mnitipkan pglmn indah buat kami.berintervie dgn pegawai Sabah Electricity Sdn Bhd-SESB. ketemu pula mmber Nisa’ Sabah di situ. alhamdulillah terima kasih ya Allah atas pertemuan yg dicipta!

hari ke 2, jumpa dgn masyitah az zahra..mmber semenanjung ;) kami makan ns+ seefood. mmg sedap ;) jln2 beli ole-ole..keychain, tshirt, keronsang.. utk bekalan pulang.. pen off cite KK, Sabah..

———–  mode agak letih, baru smpai dr melaka. sdg menanti utk bertmu dgn adiks ni. so, mengOnlinekan diri.hehe

24mei2012. pd asalnya plan nk ke melaka 28 mei. tpi, diawalkn. so, dgn penat ke KK belum hbis lg..bersmbung pula ke melaka. ke bandar hilir..misi mencari bangunan..tmpt Warisan Dunia. maka, kami ber5 berjalan-jalan…lps selesai ke BH, singgah makan,solat di masjid al azim..next ke pantai klebang.. last singgah umah nenek ;) makan durian!

okeylah. short story-ss. tired.hungray. to be continue..next episod. ;) ahlan ya rejab! lets pesta puasa..;)

-seLamat hari guru!

terima kasih pada guru-guruku yang telah mendidik diriku..

Sek Tadika Islam an Nasriah, Sitiawan Perak

SK Simpang 4, Sitiawan Perak

SMK Ahmad Boestamam,Sitiawan Perak

Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok Kedak

SMK Bandar Tun Razak, KL

SMK Miharja, KL

Legenda EducationGroup, Mantin N9

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, (KUIS) Bandar Seri Putra, Selangor

Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM) Bangi,Selangor

-jasamu kukenang abadan abada :)

Image

By simple-shida Posted in Uncategorized

semester II bz berFIELd work (^-^)

gmbr di ats ss dan classmate : Advokasi Pembangunan berkampung d Kg Gadek, Alor Gajah Melaka. fuhhh, tiap bulan keluar ke kajian lapangan.. bertabah aje lah. apr 5-7 ke kuala pilah n9. mei 4-6 di alor gajah melaka. 19-20mei bakal ke KK,Sabah.  23 Jun ke melaka lg, tmpt blum dimklumkan.

aduhai. sem yg agak pack. dgn berderet asgmt. presentation. 1 subjek : 3 pensyarah. ada certain subjek yg ke3 pensyarah bg task yg individu+group+fieldwork. what to do.. what can i say anymore.. live must go on.. ;)

11-30jun exm final week. moge gemilang dan cemerlang hendaknya..hehe.ameen!

mood kurang mengUpdate blog. agak bz.. dgn plbagai hal dunia. saham akhirat juge disiram insyaallah. ss sudah berhijrah ke kl-dkt tmn melati.setapak indah. tiada lg keje di pejabat dolu. kini di SOHO.insyaallah office bersama geng Simple TOUCH & Simple THINK. doakan kami.. insyaallah bakal dilaunch dgn terbilangnya dlm blog..tunggu yaa…:)

 

284 HISTORY

alhamdulillah.. diizinNya menjadi salah seorang utk dilipatkan sebagai kenangan terindah.. dlm lipatan sejarah malaysia juga world! niat hanya 1.. utk UBAh pilihan raya jadi BERSIH. dgn tuntutan yg dituntut.. simple je DUDUk BANTAH  ;)

biarlah anda yg tidak hadir menatap gambar, menonton youtube kisah yg sebenar. elakkan menonton media yg mmutarbelitkan cerita yg benar. alhamdulillah, bersama team BM kami bersama melangkah ke gerombolan kuning. aiwah, jumpa ramai sahabat, adik-adik, kakak, abang, suami isteri..pengantin baru..ust ustazah.. mmbw anak-anak bersama berjihad utk menentang kezaliman!

terima kasih khususan buat zauji yg kasi lampu hijau! wlupun ada urusan lain pada yg sama.. ;) tampaknya beliau tak dpt lg ikut bersih 2.0 dan 3.0 insyaallah,,moge andai ada lg bersih 4.0, akn kubawa bersama mengharungi gelombang kuning!

bergerak dr tmpt tklimat.. kmudian ke kl sentral.. next crowd dr msjd negara..then ke dtrn mybnk.. melalui msjid jamek..tsekat dihalang utk ke DM. disembur dgn gas pemedih mata.. Allahu rabbi..jemari terpaksa memendekkan kalam.. dek keletihan yg masih berbaki, berbekas.. moga Allah tautkan ukhwah fillah sesama kami, syukran jiddan pd semua petugas BM dr tganu, utara, sltn, dan seluruh yg telah sama-sama mewarnai hari KUNING 28 April 2012!

hidup ..hidup.. Hidup RAKYAT!

BERSIH..BERSIh.. PILIHANRAYA!

bangkit..bangkit.. RAKYAT!

duduk..duduk.. ;) DUDUK & BANTAH!

—- alhamdulillah… moga ALlah terus mudahkan urusan kami.. kuatkan langkah kami.. mantapkan tarbiyyah kami! salam juang min ss!

BERSIH 3.0 | 28 April 2012 | Dataran Merdaka, Kuala Lumpur.

 

 

 

GARIS PANDUAN BERSIH 3.0 – 28 April 2012

*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *
TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH

Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

CONTACT
Setiausaha Bersih 3.0 H/P: 016 9670921; Email: media@bersih.org

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”

BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari

5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

 

 

 

pack day : stay strong!

org-org kata, kalau dh nk habis tugasan di 1 tmpt, keje dh makin kurang. tpi, uh tidaklah di tmpt ss. Allahu rabbi. ;) jumaat itu PIC taklimat YAPiEM. hanya seOrang handle all the things. jmput penceramah, set up dwn, nk pggil tetamu, jd emcee. tup tap, ada pulak next slot. uhhh, cmne lah mrk incharge.

mujur terdetik nk tgur.puan dari mana ye? uh..bakal pnceramah lps slot YAPiEM. awal sungguh dh smpai jm9. entertain both pnceramah. dgn kapasiti dwn yg besar.. isipadu adalah ciput tu. sian pd pnceramah yg dtg bukan calang-calang. tapi, the served.. uhh, i already try my best. what can i do. terima kasih pd yang hadir.. moge Allah sentiasa merahmati kalian.. ameen!

9-12.15 handle 2 slot. then ke ukm talk isiUkm fssk. nuraMuna : Nisa’ Malaysia. 3-7pm klas. 8pm drive to uia,then ke unisel kuala slgr.

sbtu:8-5.30pm handle netball match : 23 sek agama sekitar selangor : jambori islami Selangor.

terima kasih pd adik-adik yg join ss. moge Allah shj yg mmbls segala perjalanan antum! mabrukk to adik-adik yg menyertai JAI 2012. insyaallah ada kesempatan kite jumpe next year @ JNS 2012. ;)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redha maka ALLAH akan meredhainya. Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.” (HR at-Turmudzy)

;0 alhamdulillah. terima kasih ya Allah atas pertemuan kami. terima kasih juga buat adik-adik yg mmbntu secara langsung n tak langsung dlm JIS. takziah buat jie nazirah atas kehilangan ayah. be strong dik! al fatihah….

 

1804:aLhamduliLlah.syukurLillah ;)

syukran ila zauji atas kad ni ;) ehem.. menanti hadiah ni..hehe.

antara ucapan yg ss copied paste.. ;) syukran for all the wishes,doa..ameen!

KhairunAtiqah KhairuddinStay Strong

♥ Dear Mujahidah..

Moga kekal and stay strong di atas jalan ini..
sekali kita memilih, kita tidak mampu untuk berpatah balik..
kerana kita telah jatuh CINTA pada medan ini..
sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja kepunyaan demi melihat matlamat kita tercapai…
DAULAH ISLAMIAH itulah matlamat
SYURGA syuhada` itu cita-cita..

Di hari lahirmu ini..
Moga semangat-semangat baru lahir meribat semangat-semangat yang sedia ada..
sungguh aku sangat kagum dengan kamu..
inspirasi sebelum Allah temukan kita..
sedang bertahun mengenali hanya nama dan tinta..

♥ Terima kasih Ya Allah temukan kami..
Moga temukan kami Di syurgaMu kerana jalan yang telah kami pilih ini..
Allahumma Ameen~

Selamat Hari Lahir..
Moga Allah berkati dan memakbulkan hajatmu di dunia dan akhirat..
Allahumma Amenn~

Spacial Dedicate : sis Stay Strong // Simple Shida // SS // Admin Green Castle ~♥

 

Selamat ulangtahun kakak. :)
semoga dirahmati umur yg berlalu dan umur yg mendatang.
sy sayang akak dan moga Allah syng akk lebih lagi.

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.

[KH Rahmat Abdullah]

 

Nurul Suhadah Shuib

·         Sanah Helwah Kak SS! Mg bertmbah usia, bertmbah taqwa, makin laju gerak kerja! Aprilian best! ;)

Firma Allah “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al ‘Asr 103: 1-3) salam eidmilad..selamat hari lahir.sanah helwah…moga thabat dlm perjuangan…juga sentiasa dalam redhaNya..insyaALLAH.. mari berselawat

sanah helwah ya ukhti :) muga senentiasa dalam lingkungan rahmatNYA. muga seiring amal dan usia. May u get eternal happiness here and hereafter, insyaAllah ^^

to all aprilian.. : may Allah bless us..salam juang.salam sayang fillah min ss ;)

Pusing-pusing Shah aLam ;) aktifkn mjlis ilmu

Jumaat 12apr, hjt nk ke Gombak. Ada pgisian d ust nik abduh..ust taib, ust riduan md nor, apekan daya.. xksampaian.. dh bertapa d surau an nur. Program baru bermula jm9.. live d ust zul ahmad, sham kamize, IM Wan najdi, ust kamarul… Alhamdulillah… best!

Setting with my zauji, minggu ni kite ke shah alam ye. Ada program d libry sbtu ni jm3-5ptg. Then singgah masjid shah alam, program maulud- HARUM. Plan juge meet mmber, but cancel dek hal berbangkit.

sabtu-13/4. Breakfast lg d gerai lina @ bangi.. selesai makan, ke shah alam. bw adik fatin & abe jln2 masuk libry. Ada talk pg tu. IMPROF.. masuk kejap, keluar..cari bhn assgmt. Alhamdulillah! Selesai 1 assmgt ;) jm2.30++ ke program seterusnya. Alhamdulillah.. ramai muslimat slgr ;)

By4.45.exit, solat.. then ke p mkn. Thari xmkn lg ;) pekena nasi kukus yg sedap d area pjbt dmpns. Then, ke masjid shah alam. masyaALlah, subhanaaLlah. Best, dpt dgr tgk maulud dr adik-adik kecik.. jumpe sorang sis. Uh, kak nida’. Lama xjumpe. Sethun lebih ;)

Dh nk msuk mghrb.. ke tmpt dituju. Selesai berwuduk.. .. em, siape ek? Mcm xkenal. Hehee. Tup, beliau bertemakan purple.. jln bersama geng Sh.Durrah. ALlahu rabbi.. kami bersalaman.. sy khairunAtiqah.. uh ;) kak shida … hehe.. berpelukan tnda ukhwah kami yg sgt utuh..ewah.. padahal xkenal pun sblm ni. Hnya d alam maya. Itulah indahnya Ukhwah bile bertemu atas dasar 1 Ummah, 1 dakwah! Alhamdulillah! Di HARUM kite ditemukan ;)

Masuk msjid.. tunai tahiyyatul masjid..mghrb..next, smbung program di dewan bawah. Allahu rabbi, masjid bergema dgn selawat ke atas baginda! Until end of munajat, ss bersama adik & zauji.. melangkah keluar masjid. Alhamdulillah!

Back home…zzzzz near 12am.

Ahad 15/4- ke shah alam lg hari ni. Pg ke Gombak, diskusi dgn team  biz. 1.30pm, end, ke Gombak.singgah d uia, fatin jumpa kwn d mahallah saffiyah uiam. Next, ke alam budiman shah alam. uhh, ku igt somewhere seksyn brp.. uhh..di puncak alam. ;) meet sorang adik yg dh 2 thun lbih xjumpa. Nik fa.. ;) jln-jln bw ke msjd shah alam. berhiwar.. jln-jln jumpa ust, ustazh sek men .. ;) borak2…

By6.30pm move back ke puncak alam.. send them back. Ss ke bangi.. misi ke masjid hasanah, ceramah perdana, IM Ashraf, Ust Tn. SYed Norhisyam & sham kamikaze. By10++ back home. Alhamdulillah.. misi selesai minggu ni. Takwim penuh, uh…esok ISnin.. hari utk bekerja. Go..go ss. 2 jumaat lg, insyaallah! ;)

fieldWork+ ukhwah netWork@ kuaLa piLah n meLaka

bermusafir dari Khamis-Ahad. [5-7april] field work @ kuala pilah.. dgn info hanya okey, next week field work d k.pilah, kaji pertanian. ITU AJE. Tempat tinggal, skop kajian, tentative langsung ZERO. Allahu rabbi. Semua dlm keadaan yg big QUESTION. (^-^).

Khamis jm8am, ke ukm. Bersama 2org adik follow me. Satu lg kete konvoi bersama. Kami singgah makan dulu ;) mana lg.. kalau bukan di gerai nasi lemak geng Nisa’ Serdang ;) ada sorang sis yg makan ni.. pengakuan jujur.. [lain macam laa, kak mkn sini. Tenang je…;) ] aiwah, inilah aura BBB ;)

Selesai bersantap,destinasi dituju ke pjbt daerah Kuala Pilah. Melalui LEKAS, mmg lekas kami smpai ke sana. 2 biji bas dh slmt smpai di pjbt sana. Sesi taklimat..ke tapak kajian. Kami tlpas bas yg diekori.hehe. maka berpusinglah kami. Last, 2 tmpt xdijumpai. Kami lunch,solat d msjid. Selesai kami solat, geng bas pun sampai. Bla..bla… mls nk cite.

Jm4 sampai dewan, setelah jln jauh berkm kami redah. Gerombolan lembu, bertebaran tompok-tompok itu yg terus melekat di tayar kete. Adusss.. sabo den. On jadual 4.30pm YB dtg. Berjam-jam kami tunggu. Dh habis gmbr-gmbr di ambil dlm dwn tu..last, 615pm baru smpai. Allahu rabbi… ni lah org MELAYU.

Ptg td dlm jm2.30, baharu kami pljr master tahu yg kami dpt family angkat. So, stay di rumah keluarga angkat. See.. aduhai, semua terpinga-pinga. Lari segala prncangan ;(

Ada hikmhnya naik kete. Jauh juga kami dpt family angkat. Alhamdulillah..omak & ayah baik belaka. Anak-anaknye xde di umah. Sbtu baru balik. Mlm, kami mkn bersama. Zzzz

Pg jumaat, meneruskan agenda kajian. My team ke lading cili. Alhamdulillah, mabruk pd tokei yg baru berusia 26 tahun, masih bujang ;) baguss menjaga solat..siap berpesan pada yg dtg. Kena byk sabar, solat tahajud, solat istiharah.. kena kuat! Allahu rabbi…ameeen. Barakallahu ;)

Selesai soalan ditanya.. kami pun mencari tmpt yg ada connection internet. Akhirnya..misi asgmt kena hantar hari ni. Alhamdulillah, berjaya hntr mini proposal tesis. Jm3pm bkumpul utk mdgr tklimt dr pgwai daerah..bla..bla. penutup. End mjlis. Ziarah rumah adik angkat ss d area kuala pilah.

Eh, anak dh 2… Allahu rabbi.hehe. Alhamdulillah, kecik cam tu je adik kak ni ;) SHEra. Lama dh kami kenai.. zmn bljr.. ss form 5. Berbual..mkn2..ok, kami beransur..dh mghrb.

Back home.. rest.

sabtu, misi yg on the spot..hmm.. ke muzium istana meranti. Pusing2 tgk sejarah.. next ke hutan ulu bendul.

Selesai trip, ss shoot to batu kikir. ;) Allahu akhbar. Jumpe geng uo yg sgt dirindui! Haruslah beliau atieshabinasha! Hehe. Still same sepeti jumpe 1st time d klia. ;) bemlm di sana. Alkisah mcm-mcm kami bincg..bla..bla.mkn tido solat sama  ;)

terima kasih ats penghadiahan tudung hijau.sgtlah LIKE coz green ;0

ahad, lps breakfast, misi ke bukit katil Melaka, singgah rumah mertuaku. Uh, haruslah p asbab husbnd balik juga hr tu. Drive ke Melaka.. smpai lunch hour.. rest, lunch.borak2.. bincg dgn bro pasal kem etc. by6.30pm, back bangi.

Alhamdulillah, selesai semua perancgn minggu ni. Menanti minggu dpn! Live must go on…biiznillah!