kunu ansaruLlah

Peringatan Bagi Pejuang Islam
www.iluvislam.com
sting7071
Editor: deynarashid
tarbiyah


Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.


“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk” (Al-Qashash:56)


“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam” (Al-Ankabut:6)

2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

 

“..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir” (Ali-’Imran:141)


“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu’min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar” (Ali-’Imran:179)


“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu” (Muhammad:31)


“Musa berkata kepada kaumnya:’Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa” (Al-A’Raaf:128)

3. Sesungguhnya da’wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

 

“Allah berfirman:’Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu’jizat-mu’jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan),” (Asy-Syu’araa’:15)


4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.


“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)” (Al-A’raaf:201-202)

Leave a comment »

keberangkatan umi wa abi ke tanah suci

Photo 0113

bismillahirrahmannirrahim..  menitipkan diari lembaran bertarikh 22 oktober 09- khamis. sejurus menziarahi ustzh khadijah wa ust rmdhn.. menanti ketibaan usrati. alhamdulillah mak..abah..adiks dan kakak berserta familynya selamat tiba di kompleks kelana jaya by4pm.

eem.. berkali mengajak abah singgah ke teratakku d btr. namun, begitulah keputusannya nk terus ke kJ. akhirnye akur dgn keputusan ketua keluarga kami. mak haya ikut je abahnye. ok dik, kak p mlm nnti lah. hang tunggu sana naa.. sulam..kait kain sabar..heehe.. kumelawak dgn adik, smbil menanti kedatangnku bersama abg, mak tam sefamili dan nenek.

kumenanti abg dari melaka. abg smpai d pudu dlm jm6pm. then, kujemput abg d lrt btr je. rest at home bbrp minit. by8.00 lebih kami berlepas ke kJ. setibanya kubersama abg di kJ..mencari parking.. em, parking tepi rumah ni je abg.. kita jln je ikut pintu blkg. ok.. ;)

sampai d kompleks kJ..masyaAllah ramai umat Muhamamad s.a.w. mencari port mak abah. akhirnnye..uh di blkg ni. jumpe mak..abah..nenek..mak tam yg dh sampai dahulu dari kami. mane kak nor? soalku pada adik aishah.. kak nor bru je balik. ooh.. xsempat jumpe kak nor + abg din & aqil.

bertapalah kami adik beradik menatap wajah mak..abah utk mlm ni. smbil abg sibuk citekan pglmn pergi umrah sewaktu bljr d yaman dahulu.. bla..bla.. nenek menambahkan perisa sekali sekala. mak byk diam je..smbil mengangguk lesu dek keletihan perjalanan yg dlm 4jam lebih siang tadi.

Photo 0114

mak tam dan anaknye bersama adikku juraij mengundur diri utk pulang. kupesan pd adik laki.. haa.. hang elok2 balik dh mlm ni. naik bas tu.. smpai umah, terus tido. jgn merayau je.  jenoh mengajak tido di rumahku mlm ni. macam-macam alasan disusun. moge slmt smpai bumi sitiawn lewat mlm ni..

mengesot tmpt duduk sebelah mak, mak.. kwn2 kim slm. smue minta mak doa2kn moge dimudhkan segala urusan.. mak doakan ye utk kite.. hehe.. sihatkan bdn. mudhkn segala perjalann hidup. mak mengiya..angguk-angguk. ;)

Photo 0115

jm dh melewati 1200am. ok dik, kak nk keje esok. hari ni dh off. ni pun kurang sihat lg. panadol pun xmkn lg hari ni. mak pesan.. jgnlaa jln2 sgt. rehat skit. asek jalan je.. mana bdn nk sihat .. ye..insyallah mak.

Ok..kami menghantar mak abah ke pintu utk ke bilik penginapan. Tetibe, eh.. mak, cik syima call ni. Dia dh sampai agaknye. Jap ye mak. Bbrp minit pn syimah merangkap umi kak long .. adik angkatku nurul hanan tiba bersama umminya.. juge mukhlis anak ke2 yg baru melangsungkan walimahnye. Uh, kak long xdtg pula. Lgpun dh lewat mlm.. anak kecil myb dh tido..

Photo 0118

Mak abah berbual dgn cik syimah.. suaminye en shakiman ex bos abah dulu..di tempat keje.. segari powerplant-malakoff bhd. Bla..bla.. cik syimah pun nk jumpe sanak-sedara yg sama-sama akan berangkt ke makkah.. bersalaman dgn mak.. kami adik-beradik pun nk bersurai.. ok mak..abah.. slmt pergi menunaikan hj.. doa byk2 ye mak..abah ;) ;)

Kubersama adik aishah dan fatin pulang ke cheras. Manakala abang bersama nenek balik melaka. Pak usu balik sorang ke gombak. Jom… masa utk pulang…..

Salam lambaian kaabah buat mak –Rahmah bt Baba dan abah Johari bin Ali Piah. Ada hikmahnye.. tertulis dlm diari mak..abah dan family.. kisah memori 22 oktober 09 terlakar d harian metro 23 oktober 09.

Barakallahu lakum wa yarhamkallau ila umi wa abi… ameen..

** syukran ats kehadiran antum serta kalungn jmbgn doa buat umi wa abi.. teruskan titipan doa buat semua jemaah haji..agar dimudhkan segala urusan di sana…  :)

Lambaian Kaabah: Asal ke Makkah

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my

Photo 0119

 http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20091023083233/Article/index_html

Leave a comment »

al Fatihah..( update )

bas0087

mohon sedekahkan al fatihah buat adik kecil puteri kepada ustzh khadijah wa ust rmdhn fitri mantan YDP PMIUM yg telah pergi ke rahmatullah awl pg tadi.. yakni khamis kira-kira jam 6.20 pagi.

housemateku syamsyifa’ mengkhabarkan awal pg.. kak..adik nur fatimah dh meninggal. ya Allah innalillah.. aduhai, sedihnya. tak dpt nk ziarah. kami baru plan mlm td nk lawat adik ni jumat ptg. memandgkn jadual kami hmpir sibuk utk hari ni..smlm.. tampaknye Allah lebih sygkan adik nur fatimah..

buat naqibahku.. yg baru shj kukenal. usrah pertama bersama nisa’ serdang.. kududuk sebelah naqibah dan anaknye fatimah.. fatimah juge seakan nk lontarkan kalam bg usrah ;) wlupun bru 2 bulan.. beliau yakni ustzh khadijah gagahkan juge utk berikan mutiara kata buat kami team nisa’ serdang..wlupun fatimah dh merengek.. yumkin dahaga..tetibe sorang muslimin masuk dlm rumah tu..  itulah 1st time.. kutahu.. uh.. isteri ustz rmdhn. uh.. ;)

hikmah ujianNYa. sulamkan s.a.b.a.r dan taman hatimu.. terimahlah qada’ dan qadarNya. teringt anak sedarku juge. yg telah pergi bbrp tahun lps.. dek serangan demam panas.. virus di jantungnye.. semestinya ibu yg melahirkan tersgt sedih..huhu. tabahkan hati ya sahabati khadijah wa kakakku.. insyaallah Allah akan kirimkn cahaya mata yg seterusnya..ameen..

akhir kalam.. al fatiHah.

P9210153

** alhamdulillah.. menerima panggilan dari housemate. ‘ kak, nk p ziarah kak dijah? nk p ptg ni.. by 2.20pm..aishah dtg. uh..ok insyaallah.. kak d luar ni. jap lg kak back ‘. tampaknye, wlupun bdn ni kurang nk sihat..demam panas on off..xp keje hari ni.hehe. ada hikmahnye dpt ziarah naqibahku..

back home.. get ready.. then by2.30pm, geng nisa’ btr smpai. ok.. jom jenazah dh kebumi kot ni. dpt msg lps zhr. area upm. kami menuju ke msjid upm.. xde orang sini. kita ke rumahnye lah..d serdang. berbekalkn ingtn 1st time ke rumah naqibah dgn kesasatan melanda di mlm hari.. berpusing mencari..akhirnye.. alhamdulillah dimudhknNya perjalanan kami ke sana.

setibanya.. disambut sendiri oleh ustzh khadijah. tenang je wajahnya.. seredup juge dgn ust rmdhn. ramai sanak-sedara bertamu di rumah mereka. kelihatan sibuk belaka utk hal-hal yg perlu diuruskan. khadijah yg tak mengisi perut dari pg, menjemput kami bersama menjamu.

walupun butiran nasi terisi pasti pelbagai sua rasa dirasai. namun, wajah ibu dan abi yg kehilangan puteri kesayangan redha menerima ketentuanNya. kami berbual dgn adik-beradik ust rmdhn. bbrp minit berlalu, kami pun meminta izin untuk berundur.

salam takziah buatmu ya khadijah..kupeluk dakap melafazkan kalam itu. moge tabah..sabar hadapi segala dugaanNya. insyaallah Allah permudhkan utk urusan yg mendatang hendaknya..ameen..  * min nisa’ serdang + nisa’ bndr tun razak ;)

Leave a comment »

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BANGI SESSI 2010

PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’
KUMPULAN KE-22 BANDAR BARU BANGI SESSI 2009/2010

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 NOVEMBER 2009

TARIKH TEMUDUGA: AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN



Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.

2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4″X 9″ yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4″X 9″ yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen, hendaklah diserahkan di Pejabat Darussyifa’ sebelum tarikh tutup.

6. Borang permohonan boleh diserahkan terus di pejabat Darussyifa’ atau dihantar melalui pos ke alamat yang tertera di borang permohonan.

7. Borang permohonan yang discan dan dihantar melalui email tidak akan dilayan.

8. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tamat tidak akan dipertimbangkan.

9. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.

10. Pemohon yang dipanggil untuk temuduga tetapi tidak dapat menghadirkan diri maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.

11. Jika sekiranya pemohon tidak dihubungi selewat-lewatnya selepas dua minggu tamat tempoh penyerahan borang, anggaplah permohonan tersebut tidak berjaya.

12. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM500 setahun. Bayaran ini ialah untuk bayaran pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian. Pada hari pendaftaran bayaran minima ialah RM200.00.

13. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
14. Borang permohonan untuk mengikuti kursus ini boleh dimuat turun di bawah ini.

Nota: Untuk muat turun borang ini, sila klik dengan “right mouse button” kemudian pilih “Save Target As…” selepas itu simpan fail ke folder yang diingini.

Format PDF : Borang Permohonan Kumpulan Ke-22, Sessi 2009/2010 (Iss1.0)

15. Sebarang pertanyaan sila emailkan ke alsyifa@streamyx.com  atau telepon pejabat Darussyifa’: 03-89250443 atau hubungi Ustaz Roslan: 019-2398573 atau Ustaz Jufry: 019-3634124 (dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg. sahaja)

Dipublikasi pada Monday, 05 October 2009 oleh admin

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=84

Leave a comment »

syafakillah

2978035038_4e6162a364

Assalamualaikum..w.b.t

bismillah walhamdulillah. .

menitipkan khabaran dari shbt..

kondisi terbaru adik nur fatimah..

masih lemah.. belum dpt keputusan sepenuhnye dari doktor..

 mohon rafakkan bersama munajat buat adik nur fatimah + berserta ummi- ustzh khadijah..abinye- ust rmdhn.. serta seluruh keluarganya. . diberikan kekuatan.. ketabahan..kecekalan dlm menempuh ujianNya..

 moga adik kecil nur fatimah dpt kembali menyambung wasilah umi wa abinye..

sama-sama panjatkan doa & solat hajat …agar dimudhkan segala kembara hidup mereka..syafakillah buat adik nur fatimah..

nurfatimah

 

mohon fwd-fwd.. pnjgkan msg ni..

syukran jazilan..

simple-shida purple

almukhlisoh min simple-shida

anak usrah ustzh khadijah ;) nisa’ serdang.

* info blog dilayari juge dlm

http://an-naurah.blogspot.com/2009/10/sembuhlah-nurfatimah-sayang.html

http://nuwairah.blogspot.com/2009/10/didoakan-syifa-buat-nur-fatimah.html

 

Leave a comment »

syawal yg penghujungnya..

DSCI0143

beraya di rumah shbt nisa’ wilayah @ sri petaling. team nisa’ btr bergabung wehdatul aql + nisa’ wgsa maju..ehehe ;)

DSCI0163

open house nisa’ btr with adik teen circle. gmbr di ats dgn kak nisa’ je. adiks tc dlm kamera lain..eheh.. nntikan report open house d http://usharewecare.blogspot.com

 

banner_Jamuan_raya_azhar

banner_ismi

bismillah walhamdulillah..  saat ss menaip monolog bisu ni, ss sudah berada di teraatak sitiawan perak. perjalanan di pg sbtu jm9.00am drive keseorangan ke sitiawan..alhamdulillah, dimudhkan . no tol ;) wah..jimat. ikut jln slyg…tembus rawang.. exit k.slgr.. terus ke sitiawan. 3 jam 15 minit lebih kurang.

syukran  jazilan atas jemputan via sms . mohon maaf pd shbt asbab diri ini tidak dpt memenuhi jemputan antum utk bersua rasa.. ;) insyaallah ada kelapangan nan kesempatan nnti, kita jumpe ye…

ila team nisa’ serdang.. mohon kemaafan ana nxdpt nk hadir ke jamuan raya @ bangi ptg ahad.. juge buat soff nisa’ slgr.. slmt menjamu selera ehehe @ TM. insyaallah kita jumpe by next week.. utk gerakeje JNS.  doa-doa, moge segala percaturan…urusan dimudhkanNya. ameen.

ucapan tahniah + mabruk buat semua adikss merangkap shbt yg ss kenal.. for ur convocation day! congrates utk izzah @ nawwal uiam. alfaqierah @ fauziah uiam. utk adiks uo yg konvo .. juge buat semua juniors .. welcome to ur new revolations..slmt memburu misi yg belum selesai ;)   barakallahu lakum.

Leave a comment »

hebahan prOgram

syeikhnuruddin_181009

 

raya_1430_pr2

Haul al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad

Tarikh: 4 Dhulqaedah 1430/ 23 Oktober 2009 (Jum’at)
Masa: Bermula jam 6.00 petang
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor

Tarikh: 5 Dhulqaedah 1430/ 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa: Bermula jam 5.30 petang
Lokasi: Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Kuala Lumpur

Tarikh: 6 Dhulqaedah 1430/ 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa: Bermula jam 6.00 petang
Lokasi: Masjid al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

*********************
Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya

Tarikh: 6 Dhulqaedah 1430/ 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa: Bermula 9.00 pagi
Kitab: Sairus Salikin
Pengajar: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

*********************

Pusat Pengajian Baalawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah.

Tarikh: 29 Syawwal 1430/18 Oktober 2009 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Kitab: Pengajian tafsir surah terpilih
Pengajar: Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid

Tarikh: 6 Dhulqaedah 1430/ 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Kitab: Bekalan Akhirat
Pengajar: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

http://majlisilmu.blogspot.com/

http://laman-annur.blogspot.com/


Leave a comment »

Labbaik Allah humma labbaik – Here I am O Lord!

Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni’mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.

Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty

“Hambamu datang menyahut panggilanmu, Ya Allah, Hambamu datang menyahut panggilanmu…. Hambamu datang menyahut panggilanmu, Tidak ada sekutu bagimu, Hambamu datang menyahut panggilanmu….. Sesungguhnya segala pujian.Dan nikmat….Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu…..Tidak ada sekutu bagimu….”

kaabah

Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama’, fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

“Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”
(Surah Al- Baqarah ayat 196)

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

“Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam”
(Surah Ali Imran ayat 97)

bismillah walhamdulillah.. ;) kembali di arena blog. tajuk entri kali ni, nk cite tntang rukun ke 5 yakni menunaikan haji.. insyaallah, ummi wa abi bakal berlepas pd 23 okt hingga 6 dis 09 ke makkah. doa dan harapan, dipermudhkn segala urusan harian, diberikan kesihatan yg baik sepanjang berada di sana.. mohon munajar utk anak-anakmu di perak, melaka, kl wa sabah. ;)

bilamana jemari ni menaip, jam menunjukkan angak 12.41am. kok mmpir tiap malam berjaga hingga kesihatan badan terabai dek ketersengajaan..huhu. uh shida . berkali shbt, dok pesan. hang ni.. makan banyak skit.. kurangkn skit prgram tu. udah-udahlaa.. hehe. blum msuk ayat mak lagi. haa, asek berjalan je.. ;) ehhee..

em, sejak minggu N31 bdn ss kurang sihat. tapi, ss bukan antara insan yg terpilih ke N31 itu. mmg berhajat sungguh ke sana. namun, ketidaksihatan badan, memaksakan diri ni bertapa sahaja sepanjang sbtu-ahad di rumah. maaf pd shbt yg menjangkakan ss bersama utk segala gerakeje. hanya doa yg mmpu dirafakkan terbang ke bumi n9.

shbt tegur, eh.. kak shida nmpk pucat ni.. xsihat ke? cikgu-cikgu pun menegur.. ashidah kurang sihat ke? nmpk mcm lemah je.. huhu.. begitulah shbt sekeliling yg empaty pada diri yg serba semudah shida ni ;) doa-doakan agar ss diberikan kesihatan nan berterusan.. ameen.

okeyla.. dh tiba mase saat utk menyudahkan ayat. nk tahu info hj, boleh click layari 

http://www.al-azim.com/haji/index.htm , http://dalil-alhaj.com/my/intro.htm

Photo 0078

Photo 0084 

kumohon pelayar yg melayari blog ss.. menitipkan doa buat umi-rahmah binti baba wa abi johari bin ali piah serta jemaah haji wa hajjah yg lain dipermudhkn segala urusan perjalann… ameennn.. ;) syukran jazilan atas kalungn doa antum.

huhu.. memikirkan jadual yg pack minggu ni. aduhai, dlm dilema.. nk balik bile ek? hajat nk balik kg after sek je. but then, jamuan nisa’ btr bakal berlangsung.. seisi rumah kami dipertggjwb utk memasak sejenis mknn dan set up etc. ahad jamuan raya PUSAt d TM. em.jm2pm tu. isnin cuti sekolah.. sempena deepavali…cikgu pakat cuti lebih ni. dgn jemputan open house sana-sini.. plan to KLH isnin pg. tapi…huhu.. rase-rase i’ve decide already the trip..

kite hanye merancang.. tuhan yg menentukan ;) wallahu’alam. pen off here. salam mahabbah. salam perjuangan !!

Photo 0004

Leave a comment »

SEMBAHYANG JUMAAT BAGI PEREMPUAN

muslimah pray

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Wajibkah Bersembahyang Zuhur Setelah Menunaikan Jum‘at?

Apabila seorang perempuan bersembahyang Jum‘at, sah sembayangnya itu dan memadai sebagai ganti kepada sembahyang zuhur. Perkara ini disebutkan oleh kebanyakkan ulama Syafi‘eyah seperti Imam an-Nawawi, Ibnu Hajar al-Haitami, Abu Ishaq as-Syirazi, Syeikh al-Qalyubi dan Syeikh ‘Umairah Rahimahumullah ajma‘in dan lain-lain.

 Berkata Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam al-Minhaj:

 Maksudnya: “orang yang sah menunaikan sembahyang zuhur maka sah  sembahyang Jum‘atnya” (Minhaj at-Thalibin: 1/264)

 

Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah menjelaskan perkataan Imam an-Nawawi Rahimahullah iaitu “orang yang sah menunaikan sembahyang zuhur” bermaksud orang yang tidak wajib ke atasnya sembahyang Jum‘at seperti perempuan, maka sah Jum‘atnya jika ia menunaikan sembahyang Jum‘at itu. (Tuhfah al-Muhtaj: 1/330)

 Menurut Syeikh ar-Ramli Rahimahullah yang mashur dengan gelaran as-Syafi‘e as-Syaghir (Syafi‘e Kecil) yang meninggal pada tahun 1004 Hijrah ketika mengulas perkataan Imam an-Nawawi Rahimahullah di atas iaitu perkataan “sah sembahyang Jum‘atnya” bermaksud memadailah sembahyang Jum‘at itu (sebagai ganti sembahyang zuhur). (Nihayah al-Muhtaj: 2/288)

 As-Syeikh Abu Ishaq as-Syirazi Rahimahullah mengatakan

Maksudnya: “Dan orang yang tidak wajib Jum‘at atasnya mempunyai pilihan antara melakukan sembahyang zuhur dan sembahyang Jum‘at. Maka jika ia telah melakukan sembahyang Jum‘at memadailah apa yang ia lakukannya (sembahyang Jum‘at) itu daripada sembahyang Zuhur”. (Al-Muhazzab: 1/360)

 Imam an-Nawawi Rahimahullah pula menjelaskan perkataan as-Syeikh Abu Ishaq as-Syirazi Rahimahullah di atas bahawa orang-orang yang diberi kelonggaran (ma‘dzur) seperti hamba, perempuan, orang yang musafir dan seumpamanya adalah wajib ke atas mereka menunaikan sembahyang zuhur. Jika ditunaikan sembahyang zuhur tersebut adalah dihukumkan sah. Manakala jika ditinggalkan sembahyang zuhur itu dan mereka menunaikan sembahyang Jum‘at memadailah bagi mereka menurut ijma‘ ulama. (al-Majmu‘: 4/415)

 Menurut Syeikh Qalyubi Rahimahullah pula, orang yang tidak wajib ke atasnya sembahyang Jum‘at ialah kanak-kanak, hamba, perempuan dan orang yang musafir. Adalah sah sembahyang Jum‘at itu jika dilakukannya dan memadailah sembahyang Jum‘at itu sebagai ganti sembahyang zuhur. (Hasyiatan: Qalyubi wa ‘Umairah: 1/310-311)

 Mufti Hadralmaut dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin berkata: “Harus bagi sesiapa yang tidak wajib mengerjakan Jum‘at seperti hamba, orang yang musafir dan perempuan sembahyang fardhu Jum‘at ganti sembahyang fardhu zuhur dan Jum‘at itu memadailah sebagai ganti fardhu zuhur … Begitulah sebagaimana fatwa daripada Ibnu Hajar….” (Bughyah al-Mustarsyidin: 78-79)

 Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Awang Haji  Ismail bin Umar Abd Aziz ketika menjadi Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah menfatwakan mengenai kedudukan perempuan yang telah menunaikan sembahyang Jum‘at, adakah perlu lagi bersembahyang zuhur? Beliau menjawab: “Boleh dan harus bagi perempuan sembahyang Jum‘at di masjid dan sah Jum‘at perempuan itu dan memadailah Jum‘atnya jadi ganti sembahyang zuhurnya yakni tiada wajib dan tiada sah bagi perempuan sembahyang zuhur setelah ia sembahyang Jum‘at itu….. bagaimana yang disebutkan oleh Mufti Hadralmaut di dalam kitabnya Bughyah al-Mustarsyidin” (Fatwa Mufti Kerajaan: 20/78)

 Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Ilmiyah dan Fatwa yang berpusat di Riyadh yang diketuai oleh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz memfatwakan kedudukan seorang perempuan yang mendirikan sembahyang Jum‘at, adakah gugur tuntutan sembahyang zuhur ke atasnya? Jawatankuasa itu menjawab: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang Jum‘at dengan berjemaah Jum‘at, memadailah Jum‘at itu daripada sembahyang zuhur dan tidak harus baginya bersembahyang zuhur lagi pada hari itu…” (Soalan Empat daripada Fatwa No: 5553-Fatawa al-Lujnah ad-Daimah li al-Buhus al-Ilmiyah wa al-fatwa: Jld 7/337)

 Berdasarkan perkataan ulama-ulama as-Syafi‘eyah dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan di atas, maka bagi perempuan yang menunaikan sembahyang Jum‘at itu tidak wajib ke atasnya menunaikan sembahyang zuhur. Kerana gugurnya  tuntutan Jum‘at ke atas mereka itu adalah sebagai takhfif (keringanan). Memadailah sembahyang Jum‘at itu sebagai ganti daripada sembahyang zuhur. Bahkan tidak sah mengerjakan sembahyang zuhur setelah dia menunaikan sembahyang Jum‘at

 

Adakah Dituntut  Perempuan Bersembahyang Jum‘at?

 Sembahyang Jum‘at tidak wajib ke atas perempuan berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Walau bagaimanapun perempuan tidak dilarang untuk menunaikan sembahyang tersebut. Menurut kebanyakan ulama, apabila seorang perempuan menunaikan sembahyang Jum‘at maka ia tidak wajib melakukan sembahyang zuhur pada hari tersebut. Persoalannya adakah afdhal dan dituntut seorang perempuan itu keluar ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jum‘at atau ia duduk di rumah mengerjakan sembahyang zuhur?

Menurut Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah (Tuhfah al-Muhtaj: 1/275) bahawa perempuan lebih afdhal berjemaah di rumah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhu katanya: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Janganlah kamu tegah perempuan-perempuan kamu pergi ke masjid sedangkan di rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka”

(Hadis riwayat Abu Daud)

 

Dalam perkara perempuan keluar ke masjid menunaikan sembahyang Jum‘at menurut kitab al-Majmu‘, perempuan-perempuan sama ada muda atau tua yang boleh merangsang nafsu adalah makruh pergi ke masjid kecuali sebaliknya. (al-Majmu‘: 4/415)  Dengan perkataan yang lain menurut Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah makruh bagi perempuan berjema‘ah ke masjid jika perempuan itu boleh merangsang nafsu sekalipun dengan hanya mamakai pakaian harian (pakaian yang tidak cantik) atau perempuan itu tidak merangsang nafsu tetapi dia berhias-hias atau berharum-harum. Lebih-lebih lagi haram hukumnya jika ditakuti akan berlaku fitnah  ke atasnya. (Tuhfah al-Muhtaj: 1/275)

Manakala menurut al-Bandaniji pula adalah dituntut (mustahab) bagi perempuan tua pergi ke masjid menunaikan sembahyang Jum‘at sebagaimana katanya: 

Maksudnya: “Adalah disunatkan (mustahab) bagi perempaun  tua hadir menunaikan sembahyang Jum‘at (ke masjid) dan makruh bagi perempuan muda hadir pada semua sembahyang yang berhimpun (bercampur) dengan lelaki kecuali pada sembahyang hari raya” (Al-Majmu‘: 4/405) 

 

Penutup

Perempuan adalah termasuk di dalam orang-orang yang diberikan takhfif (keringanan) untuk tidak menunaikan sembahyang Jum‘at berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan penjelasan para ulama mengenainya. Walau bagaimanapun, perempuan tidak dihalang untuk menunaikannya dan bagi perempuan yang menunaikan sembahyang Jum‘at maka tidaklah wajib atasnya menunaikan sembahyang fardhu zuhur pada hari tersebut dan memadailah sembahyang Jum‘at itu sebagai ganti sembahyang zuhur.

  http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic28_2004.htm

 * syukran ats kiriman sms dari adik due. bertanyakan tntg ni.. wa jazakillah ila ija fwd sgt pntas link fatwa min brunei ni.. masyaAllah walhamdulillah ;)

Leave a comment »

Perjuangan yg belum selesai ?

Perjuangan yg belum selesai ?

 Bismillah walhamdulillah..

Nk menempelkan cebisan catitan perjalanan ss sepanjang hujung minggu dan hari yg istimewa ;) ahakss..

Sabtu 3 okt, team nisa’ dtg menyinggah ke teratak di btr known as DArul Nadwah-DN utk meneruskan misi perjuangan.. aiwah.. sempat memasak nugget + air hot kopi sawda. Dr ROsni dan bbrp shbt Nisa’ menjamu utk alas perut. Usai makan, semua bergerak menuju ke N31. slmt berjuang ye. ss sek pg ni. Ada LDP+meeting+jamuan raya. Insyaallah menyusul ptg nnti.

Maka, bersiap utk ke sekolah pg tu. Kepelbagaian senaman diajarkan oleh cikgu yg diimport tu. Erm, xde part lain ke? Asek baring je ats jln tar ni.. emmm.. sabo je laa. Hanya melihat dan merenung segala bentuk peel yg terpampang..huhu..

Skip a while ke workshop.. then back to school. Okey.. mase yg ditunggu, makan time ;) masyaAllah wa subhanAllah.. sgt sedap. Wlupun nmpk simple tapi mmg lazat ehehe..Nasi impit+kuah kacang. Mee bandung+ nasi berlauk. Cume makan mee bandung + nasi impit. Alhamdulillah, kenyang sudah.. back home. pack some clothes.. ok, drive to KJ. Then move to n9. mlm slmt smpai d UPU.springHiLL. segala gerakEje disimpan dlm taman hati.ehhee.. ;) ups, jumpe dgn team nisa’ gombak. ustzh engin menegur ss nmpk sombong ek? membizikan diri ye..  lalu menjawab, xdelaa bz pun. sebenarnye shy-shy je dgn ustzh ni.ehehe.. ;)

Ahad by3pm kami berlepas ke tg malim. Liqa’ fikri dianjurkan oleh komitee upsi. Aiwah, ramainye dtg. Mabruk..teruskan istiqomah di medan dakwah..ameen. mmg tersgt letih, namun begitulah nikmat pabila bertemu dgn akhwat.. indah lagi nikmatnye bertemu asbabNya dan berpisah keranaNya…

Photo 0104

Photo 0103

 By 10.30pm move back kl. Send adiks ke KUIS.. then ke KJ. Last back btr.. slmt sampai by 1.30am. zzzzzzzzz

 

 Isnin ke sekolah cam biasa, hari ni form 3 ada taklimat PMR. Jd, guru-guru yg mengajar form 3.. free. Hinggalah end of PMR. Waduh.. kok boring baa. 

 

Selasa, setelah planning dgn nahwanNur, after sekolah ke KLIA. Jejak UO. Hehee.. jumpe dgn naqibah yg bagus banget ni..hehe.. dik atiesha. Cantik percaturanNya. Ada hikmah dik smpai lewat. Kak back sek pun jm2pm.. solat then ke bhp fetch nahwan.

Next, shoot to KLIA. Reach around 3.30++. Setibanye.. call kak long atiesha.. dh smpai aishah? Belum.. tunggu dia call je.. oh..ok.  sambil kami berjalan seiringan.. nmpk sorang adik yg comei.. hehee.. mcm atiesha ni. Tapi, kok pakai topeng ijo tu.. H1N1 xdpt nk cam. Erm… ye laa kot mcm dia.. xpelaa, kite jln2 lg.

Akhirnye, kak long call. Aishah dh sampai. Kami tunggu d pintu 4..luar. oh..okey. maka, kami berjalan lg… akhirnye.. SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. betul laa adik ni tadi..ehehe.. Kami tergelak kecil. Nk tegur takut salah.  ;) ;)

atiesha

hehe.. tersama kaler baju PURPle dgn nahwanNur+simple-shida ;)

Ya Allah sgt rindu.. huhu. Detik pertemuan lebih setahun kenal dlm alam maya. byk diskusi ilmiah, islamik, dan tng HAti byk dikomentar bersama ;) adik usrah.online UO ;) . Hari ni, 6 okt menemukan kami di alam reality. MAsyaAllah.. ku kenalkan teman sebelah.. kenal x? Sape? Kak nahwanNur.. oh.. doktorgigi?

Hehee.. igt ym ID lagi. Wah.. mantOp ingatan dik ;) bersalaman dgn mak, kakak dan sepupunye. Berborak skit. . bla..bla.. sempat snap pic ;) ok dik, jumpe lg nnti insyaallah. Xbleh nk borak lama.. ayahnye menunggu. Lagipun adik ni perlukan rehat yg sgt pnjang. Almaklumlaa cuti belajar.. setelah 4 tahun di Morocco. Ye ekk, 4 tahun kan? Ehehe..  selamat berEhat sakan. ;) moge dimudahkan segala urusan yg seterusnya.. sama ada smbung pengajian au bekerja. Go..go caiyoK !!

Photo 0107

gaya photograper yg prOfesiOnal..ehhee.. ;)

Kami berjalan lg, smbil nahwan snap gmbar utk simpanannye. Tertibe kami jumpe dgn ex KM Penang. Sape ekk? Tan… tan chen lock? Yap ah Loy?  Lim kit siang? Aduh.. sapo lak nama uncle ni? Sama-sama lupe igtn kejap. Mr ni kalah PR lepas. Jd, terus terlupe sape ekk.. nama dia? Smbil menundukkkan kepala.. said SIR ;) senyum dia. Wlpun xkenal simple-shida..ehehhe.. ;) ;) xtaulaa nk ke mana beliau.

Berjalan dan terus berjalan kami di dlm perut KLIA. Jom, p surau. Dh msuk asar ni. Kami hmpir menawaf mencari surau. Akhirnye.. oh.. tepi ni. Kak penah p. Lupe laaa lama xsinggah ;) alhamdulillah, syukur di atas pertemuan yg singkap tapi sgt bermakna td. 

Photo 0108

ole-ole dari morocco. syukran dik tie  ;)

Kami mengeluarkan diri dari surau utk meneruskan perjalanan yg belum selesai. Haaa.. kak dh tau. Nama KM td.. ko su kun.. haa.. btul.. btul.. ye kot. Ehhee.. masyaAllah dpt ilham slps solat.. ehehhe.. ;) ;) lawaks btul.. hihi

Sempat singgah ke kedai buku. Kubeli satu buku tajuk 98 golongan DILAKNAT ALLAH & RASUL. Em, best je.. lalu dibayarkan di kaunter. Ok.. jom, back to park. Meninggalkan perkarangan KLIA yg sgt mewah ni.

Drive dari KLIA ke UIAM Gombak. Hari ni, kita jalan 3 negeri dik. KL. SELANGOR. N Sembilan. Hehee.. smpai bumi Ampang.. jemm waduh, sabo je laa. Smbil kami diskusi pelbagai cite. tntg HT, tntg syiah, tntg dia..ehehe.. macam-macam daa.

Alhamdulillah, by 6.30++ smpai bumi UIAM. Singgah ke mahallah nahwan. Order makan, perut dh agak lapar. Smbil berSMS dgn adik littlemuslimah. Lantas dibalas pantas oleh adikku syg ni. Kak, mai laa dtg bilik wani. Iftar dgn wani. Wani sorang.

Alamak, huhu. Bru je order. Sure dpt lmbt skit. Huhu sory dik. Xdpt nk msg awal td. Drive. Huhu.. biasa mmg akan berSMs dgn adik ni, khabarkan kedatanganku di bumi UIA ni. Tpi, kok td ada hlgn dan mcm. Akhirnnye.. maaf ye dik, nnti kite jumpe lenkali.

Maka, kami makan ber2. dek lapar, habis nasi goreng kerabu kuhadam ;) alhamdulillah. Okey, jom nk dating dgnNya. Usai solat mghrib. Ikutkn badan mmg nk syahid je dlm bilik ni. Tapi, perjalanan yg belum selesai. Maka, kuteruskan pemanduan berHEmah..ehehe..

Pecut juge kubawa..ehhe.. tpi, dek jem xdpt tidak utk loloskan diri lah. Akhirnye.. slmt smpai by 8.45pm. bersiram.. solat. Zzzzzzzzzzzzzz

Bru nk syahid, hp berdering. ’ baiti jannati’ aik mak agaknye call. –salam- Uh.. mak, sihat? Bla..bla.. mak dpt p haji dgn abah 22okt. Oh alhamdulillah. 22 khamis. Em, mak suh amik cuti khamis. Jumaat naik 3pg. Uuhh, nnti sy plan cmne ye mak.

 Mak tnye kak nor + abg jas kot dpt amik cuti juge. ;) cite kat mak.. td p klia.. wekend p n9.. mak cm biasa habaq. Jalan sakan je kamu ni..ehhee.. badan pun kurang rehat.  ;) hehe.. biasalah mak..  perjuangan yg belum selesai ehehe.

 End of convers.. syahid sudah….zzzzzzzzzzzz

 JJCK

Leave a comment »