Photobucket - Video and Image Hosting
Tangisan Selubungi Alam

Kisah Manusia Yang Terleka

Terhina Di Bumi Sendiri

Kifarah Tarbiyyah Dari Ilahi

Hilanglah Segala Apa Yang Dibina

Kehancuran Memusnah Merata

Kehidupan Insan Tak Bermaya

Linangan Air Mata Suka Bertukar Duka

Cahaya Harapan Berubah Gelita

Kepayahan Hidup Yang Amat Sengsara

Keamanan,

Kedamaian

Keharmonian Dan Kasih Sayang

Harapan Dalam Kehidupan

Setiap Insan

Hulurkan Bantuan

Kepada Yang Memerlukan

Perhatian Dan Pembelaan Belas Kasihan

Semaikan Benih Keimanan

Agar Ia Tumbuh Subur Memayungi Kita…

Hentikan Sengketa,

Hilangkanlah penderitaan

Kita Sesama Manusia Bersaudara…

Derita Mereka,

Juga Penderitaan Kita

Kita Sesama Manusia, Bersaudara…

Sinar Dan Harapan

Pastikan Tiba Menerangi Hidup Diri Kita

Memerlukan Pengorbanan Semua

Masa Hadapan Yang Kita Impikan

Dunia Yang Penuh Ceria Hidup Aman,

Sentosa,Bahagia