Eid : Hukum dan Adabnya العيد عند المسلمين: أحكامه وآدابه

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
Hari Raya membawa satu sinonim kepada perayaan

bagi orang-orang Islam diMalaysia. Di negara jiran ia
dikenali sebagai Hari Lebaran atau Eidul Fitri.
Di Malaysia ia dikenali sebagai Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Kemungkinan juga timbul istilah-istilah ini akibat dari
‘turn over’ atau assimilasi kalimah-kalimah arab ke dalam Bahasa Malaysia.

Walau apa pun ia dipanggil, ia tetap terasa kemeriahannya
lebih-lebih lagi setelah memasuki juzu’ ketiga atau
10 malam terakhir Ramadan. Kemeriahan Hari Raya
ini seolah-olah mengatasi kegembiraan orang-orang alim
menyambut 10 malam terakhir Ramadan.
Lampu-lampu minyak dan lampu-lampu warna-warni
menerangi malam-malam Ramadan ini. Amat berbeza
sekali dengan iman-iman umat Islam dahulu kala yang
sangat sedih melihat berlalunya bulan Ramadan yang Mubarak ini.
Mahu tidak mahu, bagi kita yang Allah swt dipanjangkan umur,
pasti akan melalui hari yang kita panggil, Hari Raya.
Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan satu-satu perayaan
yang di sambut oleh umat Islam diseluruh dunia.

Ulama tidak berselisih pendapat mengenai kesahihan
perayaan ini jika nak dibandingkan dengan sambutan-sambutan
yang lain seperti meraikan Malam Isra’ dan Mi’raj, Mawlid Nabi,
Malam Nisfu Sya’ban dan sebagainya. Ulama mempunyai
pelbagai tanggapan mengenai perayaan yang selain dari kedua-dua Eid ini.
Ada golongan yang mengatakan walaupun ia bukan dari hadis shahih
(seperti Nisfu Sya’ban), tetapi disebabkan oleh fada’il ‘amal
maka mereka membenarkan ia disambut.

Ada pula golongan yang mengatakan bahawa sambutan-sambutan atau
perayaan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan hadis-hadisnya
juga bertaraf da’if malah ada yang maudhu’,
maka tidak boleh sama sekali ia diraya atau diamalkan.
Walaupun Eid Al-Fitri dan Eid Al-Adha merupakan
satu amalan warisan dari Nabi saw, tidak dapat tidak
kedapatan berlakunya amalan-amalan penambahan
dan mitos-mitos tertentu didalamnya.

Artikel kali ini meringkaskan fatwa yang dibawa oleh
ulama dan penulis terkenal Arab Saudi, Sheikh Saleh Munajjid
bagi membicara mengenai hukum dan adab-adab di dalam
merayakan kedua-dua Eid ini. Eid Al-Fitri di negara kita
akan berlaku di musim cuti sekolah dan juga penghujung tahun.
Pasti ramai saudara-saudari kita (termasuklah kakitangan dipejabat kami)
yang akan menamatkan penghidupan bujang mereka dan
melangkah ke alam perkahwinan. Apakah tidak baik mereka
berkahwin didalam bulan Syawal yang mulia ini?
Apakah ia merupakan satu ‘bad omen’ bagi kedua-dua mempelai?
Tidak kurang juga mereka mula berpuasa 6 pada hari Eid/Syawal
ke 2 dan pada 8 Syawal mereka akan menyambut
Hari Raya ke 2 atau Eid Al-Abraar. Apakah perayaan ini dibenarkan?

Fatawa (fatwa-fatwa) dibawah ini akan menjawab
persoalan-persoalan tersebut. ———— ——— –

a. Eid Adab dan amalan – ringkasan dari fatwa Sheikh Mohammad Saleh Munajjid
[1] Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a. – “Setiap kaum ada perayaan,
dan ini adalah perayaan kita” {إن لكل قوم عيد وهذا عيدنا } (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.
Orang Islam tidak ada perayaan lain selain dari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha. Anas.r.h. berkata :”Nabi saw datang ke Madinah, orang-orang Madinah biasa mengadakan 2 pesta/perayaan. Dikedua perayaan itu mereka ada permainan/pesta.
Kata beliau (Nabi saw bertanyakan kaum Ansar mengenainya. )

Apakah itu dua hari? Mereka menjawab : kami biasa bermain/pesta
dimasa zaman Jahiliyyah dahulu lagi. Nabi saw memberitahu mereka :
‘Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai
kebaikan didalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha.”
{عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ . ” سنن أبي داود 1134 } Riwayat Abu Daud, 1134. Kedua-dua Eid ini adalah di antara syiar Allah,
dimana kita harus mengambil berat dan memahami objektifnya
{وهذان العيدان هما من شعائر الله التي ينبغي إحياؤها وإدراك مقاصدها واستشعار معانيها }.

Dibawah ini akan dinyatakan adab dan peraturan Eid.
Peraturan Eid
أحكام العيد ) 1. Berpuasa : Haram berpuasa pada hari-hari Eid
kerana dari Hadis Abu Sa’ed Al-Khudri r.a., dimana Rasulullah saw
telah melarang berpuasa satu hari didalam Eid Fitr dan satu hari didalam Eid Adha.
{يحرم صوم يومي العيد لحديث أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَيَوْمِ النَّحْرِ . ” رواه مسلم 827 حكم صلاة العيدين } (Riwayat Muslim, 827).

2. Melakukan solat Eid : Beberapa ulama’ mengatakan bahawa
Solat Eid ini hukumnya wajib – Ini adalah pandangan ulama’-ulama’
kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah.
Beberapa ulama-ulama yang lain pula mengatakan bahawa
Solat Eid ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali.
Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Eid ialah Sunat Mu’akkad (مؤكدة).
Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafie.

3. Solat Sunat : Tidak terdapat Solat Sunat sebelum atau sesudah
Solat Eid yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan
oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw biasanya akan keluar dihari
Eid dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya.
{رواه البخاري معلقا مجزوما به النافلة في المصلى: لا نافلة قبل صلاة العيد ولا بعدها كما جاء عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج يوم العيد فصلى ركعتين لم يصل قبلهما ولا بعدهما }. Ini didalam hal solat dilakukan dikwasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Eid dimasjid,
maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid
sebelum duduk {وهذا إذا كانت الصلاة في المصلى أو في مكان عام وأما إن صلى الناس العيد في المسجد فإنه يصلي تحية المسجد إذا

دخله قبل أن يجلس }. 4. Wanita yang menyertai Solat Eid :
Menurut sunnah Nabi saw, setiap orang digalakkan menghadiri Solat Eid,
dan berkerjasama diantara satu sama lain. Wanita yang datang haid,
janganlah lupa mengingati Allah atau pergi ketempat perhimpunan
yang bermatlamatkan penambahan ilmu dan mengingati Allah
selain dari masjid. Wanita, tidak dapat dinafikan lagi,
tidak boleh pergi tanpa memakai Hijab!

Adab-adab Eid
(آداب العيد) 1. Mandi (الاغتسال) :
ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat.
Ia telah dilaporkan oleh Sa’id Ibnu Jubair, berkata :”3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Eid: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Eidul-Fitr)

{سنة العيد ثلاث المشي والاغتسال والأكل قبل الخروج } 2.
Menjamah makanan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ):
Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat
Solat pada hari Eidul-Fitr sebelum makan beberapa tamar,
kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :
“Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Eidul-Fitri sehingga
dia memakan beberapa tamar…. dan beliau akan makan bilangan ganjil”.

{عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا } 3.
Bertakbir pada hari Eid (التكبير يوم العيد ) : Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Eidul-Fitr dan Eidul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.

{وروى الدارقطني وغيره أن ابن عمر كان إذا غدا يوم الفطر ويوم الأضحى يجتهد بالتكبير حتى يأتي المصلى ، ثم يكبر حتى الإمام }. 4. Mengucapkan tahniah (التهنئة) : Orang Islam boleh mengucapkan tahniah
dan ucapan-ucapan yang baik dihari Eid, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun {أيا كان لفظها }. Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :
“Taqabbal Allahu minnaa wa minkum” –
Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan
dari kamu atau Eid Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }.
Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : “Taqabbal minnaa wa minka” –
semoga diterima amalan dari kamu dan dari kamu

{تُقُبِّل منا ومنك . ابن حجر إسناده حسن }. 5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Eid (التجمل للعيدين ) :
dari Jabir r.a. berkata :”Nabi saw, mempunyai Jubbah yang
beliau akan memakainya pada hari Eid dan hari Jumaat”
{وعن جابر رضي الله عنه قال : كان للنبي صلى الله عليه وسلم جبة يلبسها للعيدين ويوم الجمعة }.
Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya
memakai pakaian yang baik pada hari Eid, jadi kaum lelaki
haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Eid

{صحيح ابن خزيمة 1765 وروى البيهقي بسند صحيح أن ابن عمر كان يلبس للعيد أجمل ثيابه فينبغي للرجل أن يلبس أجمل ما عند من الثياب عند الخروج للعيد }.
6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat (الذهاب من طريق والعودة من آخر ): Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Eid – {عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ رواه البخاري 986 }(Riwayat Al-Bukhari).