ana copy paste dari laman www.bicaramuslim.com
moge kita hayati bersama..
wallahua’alam..

Wasiat [1]: Selamatkan diri dari api neraka
Dari Abu Sa’id r.a. berkata, Rasulullah s.a.w., keluar pada hari Aidil-adha dan Aidilfitri ke tempat solat, lalu beliau melalui para wanita seraya berkata:
‘Wahai sekalian wanita! Bersedekahlah kamu sekelian,
kerana pernah diperlihatkan kepadaku tentang kamu sekalian sebagai sebahagian besar penghuni neraka’. Di dalam riwayat lain disebutkan:
‘Bersedekahlah kamu sekelian dan perbanyaklah beristighfar!
‘Mereka bertanya; ‘Kerana apa wahai Rasulullah s.a.w.?
‘ Beliau menjawab: Kerana kamu banyak melaknat dan mengingkari keluarga (suami).
Aku tidak melihat wanita-wanita yang kurang akal dan dinnya (agamanya)
dari salah seorang di antara kamu yang dapat menyaingi fikiran seorang laki-laki yang teguh hatinya.’ Mereka bertanya: ‘Apakah kekurangan din dan akal kami wahai Rasulullah s.a.w.?’ beliau menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita seperti setengah kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar’ Beliau berkata: ‘Maka begitulah di antara kekurangan akalnya. Bukankah apabila haid, dia tidak boleh solat dan puasa?
‘ Mereka menjawab: ‘Benar’ Beliau berkata lagi:
‘Maka begitulah di antara kekurangan dinnya.’

Wasiat [2]: Menghindari Dosa-dosa Kecil
Dari Aisyah r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Wahai Aisyah, hindarilah olehmu amal-amal yang remeh
(dan dalam satu lafaz disebutkan: ‘Dosa-Dosa’).
Kerana ada yang akan menuntut dari Allah terhadap amal-amal itu.’

Wasiat [3]: Bekalan Takwa, Lemah Lembut Penghias Segala Sesuatu
“Dari Aisyah r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:
“Wahai Aisyah, hendaklah engkau bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sama sekali tidak berada pada sesuatu melainkan menghiasinya,
dan lemah lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.”
“Takwa adalah takut kepada Allah yang Maha Agung, mengamalkan wahyu,
puas terhadap yang sedikit dan bersiap-siap untuk hari berbangkit.” Saidina Ali r.a.

Wasiat [4]: Sabar Menghadapi Cubaan
“Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w., menjengukku takala aku sedang sakit,
lalu beliau berkata: ‘Gembiralah wahai Ummu Al-Ala’. Sesungguhnya sakit orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak.”

Wasiat [5]: Janganlah Menghindari Tempat Tidur Suami
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: Nabi s.a.w. berkata: “Apabila seorang wanita menghindari tempat tidur suaminya pada malam hari, maka para malaikat melaknatnya hingga pagi hari.” Dalam suatu riwayat yang lain disebutkan: “Sehingga ia kembali.”

Wasiat [6]: Iman Kepada Qada’ dan Qadar dan Menjaga Diri Agar
Tidak Terjerumus Ke Dalam Perkara Ghaib
Dari Aisyah, ummul-Mukminin r.a., dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w., pernah diundang untuk mengurusi jenazah anak kecil dari kalangan Ansar. Lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, tuba bagi salah satu burung kecil Syurga ini. Dia belum pernah mengerjakan yang buruk dan belum baligh.’ Beliau bertanya: ‘Justeru selain itu ada yang lebih baik. Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah menciptakan bagi Syurga para penghuni yang memang sudah diciptakan baginya. Mereka berada di dalam keturunan bapa-bapanya. Dan Allah menciptakan bagi Neraka para penghuni yang memang diciptakan baginya, dan mereka berada dalam keturunan bapa-bapanya.”

Wasiat [7]: Janganlah Berkata Keji
Dari Aisyah r.a., dia berkata: Beberapa orang Yahudi mendatangi Nabi s.a.w.,
seraya berkata: ‘Kematian atas dirimu wahai Abul Qasim!’ Beliau menyahut: ‘Wa’alaikum’ (kematian justeru atas dirimu sekalian). Aisyah berkata:
‘Aku berkata: ‘Tetapi atas dirimulah kematian dan kehinaan.’ Lalu aku berkata:
‘Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka ucapkan?’ Beliau menjawab:
‘Bukankah sudah kujawab atas mereka seperti yang mereka ucapkan?
Aku berkata: ‘Wa’alaikum. ‘ Dan dalam riwayat lain disebutkan disebutkan:
‘Diamlah wahai Aisyah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai kata² keji dan mengata-ngata dengan kata² keji.’

Wasiat [8]: Khitan Bagi Wanita Menurut Sunnah Yang Suci
Dari Ummu Attiyah, bahawa ada seorang wanita melakukan khitan di Madinah, lalu Nabi s.a.w. berkata kepadanya: ‘Janganlah kamu berlebih-lebihan, kerana hal itu akan lebih mendatangkan kenikmatan bagi wanita dan lebih disukai suami.’
Dalam riwayat lain dari hadis Anas bin Malik, dia berkata: Rasulullah s.a.w. berkata:
‘Apabila engkau khitan, maka sederhanakanlah, dan janganlah berlebih-lebihan.
Kerana hal itu lebih menampakkan kecantikan di wajah dan
lebih mendatangkan kenikmatan bagi suami.’

Wasiat [9]: Berlindung Dari Bulan
Dari Aisyah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah memandang ke bulan seraya berkata:
‘Wahai Aisyah, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan ini.
Kerana inilah yang dimaksudkan (ayat). “Kejahatan malam apabila telah gelap gelita”.’

Wasiat [10]: Peringatan Untuk Isteri Yang Menuntut Cerai
Dari Thauban r.a., dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w. berkata, “Siapapun wanita yang meminta cerai kepada suaminya tanpa ada sebab kekerasan, maka haram baginya untuk mencium bau syurga.”

** bersambung nanti… *-*

Photobucket - Video and Image Hosting