Wasiat [40]: Larangan Bergaul Lelaki dan Perempuan
Dari Jabir r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Ketahuilah,
janganlah sekali-kali seorang laki-laki bersama seorang wanita yang kahwin (janda)
kecuali jika dia hendak menikahinya atau dia itu mahramnya.’

Wasiat [41]: Waspadailah Perkahwinan Tanpa Wali
Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapapun wanita yang dinikahkan tanpa izin walinya,
maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil.
Jika wanita itu sudah disetubuhi, maka mahar tetap menjadi miliknya, kerana telah dihalalkan kemaluannya.
Jika mereka (para wali) saling berselisih, maka pemimpin adalah wali bagi orang yang tidak mempunyai wali.”

Wasiat [42]: Janganlah Berdusta
Dari Asma’ binti Abu Bakar, bahawa ada seorang wanita yang bertanya kepada Nabi s.a.w.,
seraya berkata: ‘Wahai Rasulullah, aku mempunyai tetangga (madu),
lalu apakah aku berdosa jika aku pura² menerima sesuatu dari suamiku padahal dia tidak memberiku?’
Rasulullah s.a.w., menjawab: ‘Orang yang pura-pura menerima sesuatu yang tidak diberikan kepadanya,
seperti orang yang mengenakan pakaian palsu.’

Wasiat [43]: Kesalahan Besar Yang Dilakukan Oleh Isteri
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., dia berkata: Nabi s.a.w. berkata: ‘Janganlah seorang wanita bergaul
dengan wanita lain lalu dia menyebutkan sifat²nya kepada suaminya, seakan-akan dia (suami) boleh melihatnya.’

Wasiat [44]: Periksalah Saudaramu Sesusuan
Dari Aisyah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. memasuki tempatnya,
sedang di samping Aisyah ada seorang laki-laki, seakan-akan warna wajah beliau terus berubah,
seakan-akan beliau tidak menyukai hal itu. Lalu Aisyah berkata:
‘Dia adalah saudaraku.’ Lalu beliau berkata: ‘Periksalah siapa saudaramu, kerana sesusuan itu termasuk kelaparan.’

Wasiat [45]: Bai’at Wanita dan Hukum-hukumnya
Dari Umaimah binti Raqiqah r.a., dia berkata: ‘Aku menemui Rasulullah s.a.w. bersama
beberapa orang wanita, yang aku hendak berbai’at kepada beliau.
Maka beliau menetapkan syarat kepada kami apa yang ada di dalam Al-Qur’an:
“Janganlah kamu mencuri, berzina, membunuh anak-anakmu dan berbuat dusta
yang kamu ada-adakan antara tangan dan kakimu.” Kemudian beliau berkata kepada kami:
“Menurut kemampuan dan kekuatanmu.” Kami berkata: “Allah dan RasulNya lebih mengasihi kami daripada diri kami sendiri.” Kami juga berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak berjabat tangan dengan kami?” Beliau menjawab: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan para wanita. Sesungguhnya ucapanku kepada seratus wanita sama dengan ucapanku kepada seorang wanita.”

Wasiat [46]: Suamimu Adalah Syurga dan Nerakamu
Dari Al-Husain bin Muhsan, bahawa makciknya datang kepada Nabi s.a.w.,
untuk suatu keperluan, namun dia tidak mendapatkan apa yang diperlukannya, lalu Nabi s.a.w.,
bertanya kepadanya: ‘Apakah engkau mempunyai suami?’ Dia menjawab: ‘Ya.’ Beliau bertanya:
‘Bagaimanakah kedudukanmu di sampingnya?’ Dia menjawab: ‘Aku tidak mengabaikannya
kecuali yang memang aku tidak mampu mengerjakannya.’ Beliau berkata: ‘Maka lihatlah,
dimana kedudukanmu disampingnya, kerana dia adalah syurgamu dan nerakamu.’

Wasiat [47]: Segeralah Bertaubat
Rasulullah s.a.w., pernah berkata kepada Aisyah r.a.: ‘Jika engkau melakukan
dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya.’

pengisian untuk Wasiat [47]: Segeralah Bertaubat Katakanlah: ‘Hai hamba-hambaKu yang
melampaui batas terhadap mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa² semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Az-Zumar: ayat 53) Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. berkata: Demi Allah,
sesungguhnya aku benar² meomohon ampun kepada Allah dan bertaubat
kepadaNya lebih dari 70 kali dalam satu hari.” Dari Al-Agharr bin Yassar,
dia berkata: “Rasulullah s.a.w. berkata: Hai manusia,
bertaubatlah kepada Allah dan pohonlah keampunan,
kerana aku juga bertaubat sebanyak seratus kali satu hari.” Rasulullah s.a.w. yang sedia maksum tetap memohon ampun dan bertaubat kepadaNya
sebanyak seratus kali dalam sehari. Kita sebagai manusia yang
sentiasa melakukan dosa ini pula bagaimana? wallahu’alam

Wasiat [49]: Pengajaran Untuk Para Wanita
Dari Abu Bakar bin Sulaiman Al-Qursyi, dia berkata: Sesungguhnya ada seorang laki-laki dalam kalangan Ansar yang mempunyai bisul. Lalu ditunjukkan bahawa Asy-Syifa’ binti Abdullah dapat
mengubati bisul dengan ruqyah. Maka laki-laki Ansar itu menemuinya lalu
meminta agar dia mengubatinya dengan ruqyah.
Asy-Syifa’ berkata: ‘Demi Allah, aku tidak lagi mengubati dengan ruqyah sejak aku masuk Islam’.
Lalu laki-laki Ansar itu pergi menemui Nabi s.a.w., dan mengkhabarkan
kepada beliau tentang apa yang dikatakan Asy-Syifa’. Maka Rasulullah s.a.w. memanggil As-Syifa’, seraya berkata: ‘Perlihatkanlah (ruqyah itu) kepadaku!’ Maka dia pun memperlihatkannya. Lalu beliau berkata,
‘Ubatilah dia dengan ruqyah, dan ajarkanlah ia kepada Hafsah sebagaimana engkau mengajarkan Al-Kitab kepadanya.’
Dalam suatu riwayat disebutkan: ‘Mengajari menulis.’

Wasiat ke [50]: Wasiat Penghabisan Yang Harum
Dari Yusairah r.a.; dia adalah termasuk wanita-wanita yang berhijrah,
dia berkata: ‘Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada kami:
‘Hendaklah kamu semua membaca tasbih, tahlil dan taqdis, dan hitunglah dengan jari-jari,
kerana jari-jari itu kelak akan ditanyai dan akan berbicara, dan janganlah kamu lupa,
sehingga kamu melupakan rahmat.”