1 . Bulu kening
Menurut Bukhari ” Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)
” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
” Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki
( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
” An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian ” Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya ,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina
” Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada ” Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka ” An-Nur : 31

5 . Gigi ” Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ” Riwayat At-Thabrani ” Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah
” Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher ” Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu ”
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan ” Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma !
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja ”
Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan ” Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
” Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata ” Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya ” An Nur : 31
” Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya .
Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama ,
ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan ”
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara ) ” Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya ,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik ” Al Ahzab : 32
” Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan ” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin ,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) ” An Nur : 31 ” Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina)
dan menta’hati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya ” Riwayat Al Bazzar ” Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah ” Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian ” Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti
” Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
” Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya
” Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
” Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu ,
anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang
” Al Ahzab : 59

13 . Rambut ” Wahai anakku Fatimah !
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
” Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . ” Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta’hati suaminya,
segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut ,
malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya “