Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa

cara bagaimana hendak mencuci hati.

Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a

– Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.

Semasa berdo’a turut katakan

“Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w

paling minima 100 X sebelumtidur

– Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.

Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,

murah rezeki, orang sayangkan kita dan

mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan,

dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci

hati juga menenangkan jiwa, penyembuh,

penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah

“Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari

– Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif

– Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,

merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.

katakan lah “Aku sebenarnya……

(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda –

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,

senyum, pejam mata, katakan di dalam hati

“Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku,

esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,

bersemangat, aktif, positif”.

Menurut kajian saikologi,

apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan

sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar

dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatukejahatan,

tidak sampai hati kerana bimbang

akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb),

jangan dengar orang mengumpat.
** nk bg cleAN n cLear hati wa kALbu kite..
apelagi…. jom kite zikir byk deh… pose sokmo..
amalkan yg disuruh..insyaallah..
pesanan penaja buat diri simple-shida… (“_)