me-merun.jpg
 `TawAsuL MUjahidah`

Rintik hujan yang membasahi bumi
Deruan angin nan persis menusuk ke tulang sum-sum
Panahan kalam herdikan tohmahan
Bertalu-talu menghentam serikandi itu..
Namun, serikandi tetap tegar dalam derapan langkahnya
Terus mantap membawa panji wasilah ISLAm
Menghayunkan langkah mara ke hadapan
Menepis segala ranjau yang bersimpang-siur
Allahu Akhbar,
Ku kagum dengan semangat jihadmu
Walaupun terpaksa menempuh rintangan ranjauNYA
Bersilang bersegi disalut derita Gumaman puji-pujian terus meniti di bibirmu
Disulam dengan taqwa peneman setia
menjahit ketabahan hati

Serikandiku

Ku takjub dan terpana dengan pendirianmu
Mendokong amar ma’ruf nahi mungkar
Penyelamat bagi yang lemas dengan lumpur jahiliyah
Dek bergelumang dosa dan hasutan syaitan
tiada kesusahan jika dipermudahkan Allah tiada kegelisahan bila mengingati Allah tiada tekanan bila Allah di sisi tiada kesunyian bila Allah di hati tiada kekurangan bila Allah sentiasa mencukupkan’
“Ya Allah, berikan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang akan menghalang kami derhaka kepadaMu. Dan anugerahkan kepada kami ketaatan yang akan menyampaikan kami kepada syurgaMu dan keyakinan yang akan menjadikan kami merasa musibah dunia menjadi sangat ringan
Moga tabah hati tak berbelah bagi, sehati sejiwa dulu, kini dan selamanya.. Istiqomah di jalanMU … InsyaAllah
 >>> iLhaM ciPtA
:: siMpLe-sHiDa ::
14 november 2007
Kamarku..
Bandar Universiti teknologi Legenda,Mantin n9.