image011.jpg

Mengucapkan Ucapan Selamat Ala Kaum Jahiliyah

Kaum jahiliyah selalu menggunakan kata-kata Birafa’ Wal Banin, ketika mengucapkan selamat kepada kedua mempelai. Ucapan Birafa’ Wal Banin (semoga mempelai murah rezeki dan ramai anak) dilarang oleh Islam.

            Dari Al-Hasan, bahawa ‘Aqil bin Abi Thalib nikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah: Birafa’ Wal Banin. ‘Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata: “Janganlah kalian ucapkan demikian !. Kerana Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam melarang ucapan demikian”. Para tamu bertanya:”Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?”.

‘Aqil menjelaskan:

            “Ucapkanlah: Barakallahu lakum wa Baraka ‘Alaiykum” ( Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam”. (Hadis Shahih Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi 2:134, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad 3:451, dan lain-lain).

            Do’a yang biasa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ucapkan kepada seorang mempelai ialah: “Baarakallahu laka wa baarakaa ‘alaiyka wa jama’a baiynakumaa fii khoir”

            Do’a ini berdasarkan hadis shahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah: ‘Ertinya: Dari Abu hurairah, bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan do’a: (Baarakallahu laka wabaraka ‘alaiyka wa jama’a baiynakuma fii khoir) yang bermaksud; Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”. (Hadis Shahih Riwayat Ahmad 2:38, Tirmidzi, Darimi 2:134, Hakim 2:183, Ibnu Majah dan Baihaqi 7:148).

 

walimah adik angkat ana..

nurul hanan & azril..

moga sokmo dlm barakahNya..

 2 dec 2007 & 9 dec 2007

** maaf dik..kak xdpt attent di manjung 9dec..

ada program… ^-^