1_413338158l.jpg 

Tips Muhasabah Diri

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

:sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim‼:

 

Sabda RASULULLAH S.A.W ;
Tiadalah kekal berdosa siapa yang memohon ampun,meskipun ia
kembali berbuat dosa 70 kali sehari.***
4 TANDA PEREMPUAN YANG BERKAT;
Perempuan yang cepat kawin.
Perempuan yang banyak anak.
perempuan yang murah maskahwin.
perempuan yang baik maruah dan akhlak.

 


Mereka Yang Menggenggam Islam Dengan Tangan & Hati
RASULULLAH S.A.W Bersabda:
“WAHAI KAUM WANITA, APAKAH KAMU TIDAK SENANG ?”

JIKA perempuan itu sedang hamil hasih dari suami yang menyukainya
(kerena berbakti kepadanya),maka ia mendapat pahala sebanding
orang yang berpuasa serta berperang untuk membela agama Allah.

DAN JIKA ia merasa sakit akan melahirkan anak, maka ahli(penduduk)
langit dan ahli bumi tidak mengetahui rahsia kebahagiaan yang
tersimpan di dalam hatinya.

DAN JIKA ia menyusukan anak, maka tidaklah satu titis pun dari
air payudaranya kecuali ia mendapat pahala satu amal kebajikan pada
tiap titisan dan tiap hisapan.

DAN JIKA ia kurang tidur dari melayani anak pada malam hari,maka
ia mendapat pahala sebanding dengan pahala memerdekakan 70 budak
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

LIMA PERKARA RACUN & PENAWARNYA
DUNIA adalah racun & ZAHID penawarnya
HARTA itu racun & ZAKAT itu penawarnya
PERKATAAN SIA-SIA itu racun & ZIKIR itu penawarnya
SELURUH UMUR itu racun & TAAT adalah penawarnya
SELURUH TAHUN itu racun & RAMADHAN itu penawarnya

KASIH 5 PERKARA & LUPA 5 PERKARA
Kasih mereka kepada HIDUP, Lupa mereka kepada MATI.
Kasih mereka kepada HARTA, Lupa mereka kepada HISAB.
Kasih mereka kepada MAHLIGAI,Lupa mereka kepada KUBUR.
Kasih mereka kepada DUNIA, Lupa mereka kepada AKHIRAT.
Kasih mereka kepada MAKHLUK, Lupa mereka kepada ALLAH.
Itulah yang terjadi kepada umat Islam kita hari ini.

DAN AKHIR KATA SEBAGAI PENUTUP …INGATLAH!!!!!

Sesungguhnya :
Hartanya itu untuk warisnya
Nyawanya untuk Malaikat Maut
Dagingnya itu untuk ulat-ulat
Tulangnya untuk tanah
Amalan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya