valentine_prev2.jpg

Umat Islam kini berhadapan dengan cabaran dan ujian yang semakin rencam. Biarpun penjajahan bentuk ketenteraan tidak lagi berlaku tetapi kita masih diserang kiri dan kanan setiap hari.Ini terutamanya melalui pelbagai promosi oleh golongan kufar yang tidak senang terhadap orang Islam. Ini termasuk mengkomersialkan sambutan
Hari Kekasih pada setiap 14 Februari agar orang Islam turut sama merayakannya.Sikap ingkar mereka dijelaskan menerusi firman Allah,“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)…” (al-Baqarah: 120)
Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET, Dekan Pembangunan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Muhammad Subari Ramli mengulas hal ini.MEGA: Apakah konsep kasih sayang menurut Islam?SUBARI: Islam meletakkan cinta yang paling agung adalah kepada Khalik atau Pencipta iaitu Allah s.w.t.
Bagaimanapun, pada masa yang sama Islam tidak menolak naluri kasih sayang yang diciptakan kepada makhluk. Namun, kasih sayang ini masih terbatas dan tidak boleh melebihi cinta kepada Pencipta.Dalam konteks cinta yang merata ini ia meliputi bukan sahaja kepada tuhan, manusia dengan manusia tetapi juga manusia kepada makhluk lain ciptaan Allah. Contohnya kepada haiwan dan tumbuhan juga perlu diberi kasih sayang. Cuma ia tentunya berbeza dengan kasih sayang sesama manusia.Rasulullah s.a.w bersabda dalam satu hadis yang bermaksud, rahmatilah apa yang ada di bumi maka yang di langit juga akan merahmati kamu.
Dalam Islam, bandingan kasih sayang Muslim itu ibarat satu tubuh apabila dicubit paha kanan paha kiri pun terasa sakitnya.Para sahabat Rasulullah dahulu semuanya mendahulukan cinta kepada Allah dan Rasul melebihi diri sendiri. Mengapa perasaan begitu tidak ada lagi dalam diri kita hari ini?SUBARI: Antara sebabnya kita tidak lagi dibentangkan dengan kisah-kisah iktibar seperti cintanya khalifah Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w yang melebihi daripada cinta kepada diri sendiri.Demikian juga kerelaan Saidina Ali menggantikan Rasulullah s.a.w di tempat tidurnya dalam peristiwa hijrah Baginda bersama Abu Bakar. Pada logik akal, sudah tentu menjadi pengganti Rasulullah s.a.w itu bakal berhadapan maut tetapi kerana kasihkan Baginda, Saidina Ali sedia berkorban.Namun, kini kita sering dibentangkan dengan slogan seakan-akan keagungan cinta sesama manusia itu melebihi daripada yang lain. Ia disajikan kepada kita hampir setiap hari menerusi media massa terutamanya menerusi televisyen seperti filem-filem hindustan dan sebagainya.
Pendek kata, kita tidak ada asuhan dalam konteks pembinaan akidah bagi merasai atau memberi kasih sayang dalam erti kata mentaati Pencipta.Malah, apa yang sering berlaku, apabila menonton filem hindustan ramai yang melewat-lewatkan solat dan mungkin juga ada yang terlepas solat dek asyik menonton. Lebih malang lagi, mungkin inilah sikap orang dewasa khususnya ibu bapa yang kemudiannya diteladani oleh anak-anak.Dalam ayat 120 al-Baqarah ditegaskan tentang orang kafir itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikuti mereka.
Namun, masih ada umat Islam yang terpengaruh dengan perbuatan golongan kafir antaranya menyambut Hari Kekasih. Kenapa ini masih berlaku?SUBARI: Pertama, kita perlu bentangkan maklumat sebenar tentang kisah Hari Kekasih ini. Melalui sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang).
Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih.Kedua, pada masa yang sama, media boleh membantu dengan mengurangkan aspek komersial program-program yang menjurus kepada ikutan agama lain.Mengikut sejarah, orang Nasrani pun tidak merayakan hari ini tetapi apabila dikomersialkan maka sambutannya terus melonjak. Seolah-olah ia mesti dirayakan setiap tahun.Ketiga, kita juga perlu menjelaskan hukum Islam terhadap sambutan ini.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pada tahun 2004 menyatakan bahawa menyambut Hari Kekasih adalah diharamkan.Apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun.
Ini ditegaskan dalam mafhum-Nya, Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya… (al-Nisa’: 116).
Ada yang mendakwa perbuatan menyambut Hari Kekasih ini hanyalah budaya dan suka-suka bukannya melibatkan akidah. Betulkah pendapat begini?SUBARI: Pendapat sebegini adalah berdasarkan nafsu semata-mata. Lazimnya, orang bercinta atau sedang angau akan ketepikan fikiran yang waras.Ijmak ulama memutuskan bahawa keterlibatan seseorang dalam ritual agama lain adalah salah satu unsur fasik dan merosakkan akidah.Dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w mengingatkan, “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Daud)Pendek kata, umat Islam tidak boleh mencampur-adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud, Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku. (Al-Kafirun: 1-6)Tetapi kalau kebetulan kita membeli hadiah untuk isteri atau suami tanpa niat sambut Hari Kekasih itu tidak salah. Yang penting jangan ada niat walau sedikitpun untuk meraikan hari tersebut.
Kalau ada sedikit niat untuk sama-sama meraikannya, maka hendaklah cepat-cepat kita sedar dan beristighfar. Sebabnya, perkara ini walaupun nampak enteng tetapi menjejaskan akidah.Jangan kita diperdayakan oleh syaitan yang telah bersumpah memperelokkan maksiat kepada kita dalam usaha menyesatkan umat Islam. Ini ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Hijr ayat 39.Bagaimana pula Islam mengajar umatnya dalam berkasih sayang terutama kepada ibu bapa, suami isteri dan keluarga?SUBARI:
Pertama, Islam tidak ada tempoh masa tertentu untuk kita pamerkan kasih sayang. Sayangnya, dalam masyarakat Melayu ada kecenderungan hanya pilih waktu tertentu contohnya mohon maaf hanya bila tiba Hari Raya Aidilfitri.
Sebenarnya, kasih sayang ini perlu ditunjukkan setiap masa. Contohnya kasih kepada isteri dan anak-anak. Orang muda mestilah mengasihi yang lebih tua dalam erti kata menghormati mereka.Kedua, motivasi berkasih sayang berdasarkan tuntutan agama. Kita mengasihani mereka kerana agama ini menuntut demikian. Bukan kerana harta mereka atau sebagainya.Malah, ketaatan kita juga tidak melampau sehingga sanggup melakukan kejahatan atau maksiat semata-mata memenuhi kehendak mereka.Ketiga, pamerkan kasih sayang kita.
Tunjukkan melalui tutur kata dan tindakan yang baik. Pendek kata, tunaikan segala tanggungjawab yang dianjurkan oleh syarak kepada mereka. Lebih daripada itu, tidak salah mempamerkannya sekali-sekala melalui pemberian hadiah atau ucapan cinta.Allah yang Maha Pencipta tetap mengasihi hamba-Nya tanpa perlu sebab atau balasan. Malah Allah tetap melimpahi nikmat walau dibalas dengan kemungkaran. Di sinilah beza kasih kita berbanding sifat Maha Pengasih Pencipta.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
 ** copy paste dari blog sahabat..