daynight.jpg
Salam Maulidul Rasul.. Hari mulia,
hari keputeraan Baginda, Muhammad SAW.
Nabi terakhir… Nabi kita sebagai umat
akhir zaman, Pengulu segala nabi..
Harus dimuliakan hari ini.. Hari besar
buat junjungan kita Nabi SAW.
Berselawatlah dan perbesarkan dan
muliakan hari ini…
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membesarkan hari
keputeraanku nescaya aku akan menjadi
penolongnya pada hari kiamat dan
barang siapa membelanjakan untuk
majlisku seumpama ia membelanjakan
emas sebanyak sebuah gunung untuk
agama Allah.”
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq
Radiallahuanhu berkata:
“Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam, maka
sesungguhnya ia akan menjadi temanku
di dalam syurga.”
As-Sirri As Saqati berkata:
“Barangsiapa pergi ke tempat yang ada
dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam sesungguhnya dia
diberi satu kebun daripada kebun-kebun
syurga kerana dia pergi ke tempat itu
tidak lain kerana cinta kepada
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”
koleksi nasyid..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran
Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Sungguh mulianya pekertimu
Sinar bercahaya di wajahmu
Kaulah Nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan
Demi umat rela berkorban
Jiwa dan raga kau taruhkan
Demi Tuhan kau tempuhi
Dugaan dan cabaran
Ya Rasulullah
…………..
Tika mula kau menerima wahyu
Hatimu resah tiada menentu
Khadijah mengukir kata-kata
Bahwa kau Rasul buat seluruh umat
(Bahwa kau Nabi buat seluruh umat)
Bila kau hampir memejamkan mata
Lidahmu basah menyebut ummati
Kasih sayangmu tak bisa digambar
Hanya selawat pengikat kasih
…………………
Ya Nabi salamun’alaik
Ya Rasul salammun’alik
Ya Habib salammun’alik
Sollawatullahi’alaik
Di mulakan dengan selawat
Ke atas Nabi syafi’ul ummat
Moga diberkati hidupku
Selamat di dunia dan akhirat
Pergimu tiada penganti
Hilanglah seri buana ini
Kaulah penyeri kaulah purnama
Yang menerangi hidup manusia
Lahirmu dijanjikan Allah
Membawa rahmat sekelian alam
Membina ummat yang bertamadun
Kaulah Nabi kekasih Allah
Walau ujian melanda
Kau sabar menghadapinya
Kau contoh sebaik ummat
Tauladan sepanjang zaman
Walau kau tiada lagi
Kau tetap disanubari
Jasamu terlalu agung
Namamu tetap di hati

*** jom selawat sokmo….