Dr ‘Aidh ‘Abdullah al-Qarni menukilkan menerusi kitabnya lah Tahzan bahawa:

“Kesulitan itu sebenarnya…..

akan menguatkan hati,

menghapuskan dosa,

menghancurkan ujub,

menguburkan sombong,

meluruhkan kelalaian,

menyalakan lantera zikir,

menarik empati sesama,

menjadi doa yang dipanjatkan orang soleh,

mewujudkan ketundukan dan penyerahan kepada Yang Maha Esa, sebagai sebuah peringatan diri,

sebuah upaya menghidupkan zikir,

sebuah upaya menjaga hati dengan sabar,

sebuah persiapan mengadap Tuhan dan sebuah celaan untuk tidak cenderung kepada dunia,

merasa aman dan tenang dengannya

 

Maka adulah segala kegelisahan, kesulitan dan kesedihan yang tidak terzahir kepada Allah swt. Mohonlah dengan penuh tawaduk dan berharap kepada-Nya di samping berusaha mengubah keadaan, nescaya akan Dia perkenankan, kerana itulah janji-Nya menerusi Surah al-Mukmin, ayat ke 60:“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.

 

 

 “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik”(Al A’raf:56)

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah dirimu; kerana tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk(*). Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Maidah :105)