Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

copy paste min http://qalamhazin.blogspot.com/

Jadi lah kamu orang-orang yang melakukan ibadat dengan menjiwai ketaatan kepada ALLAH sepenuhnya (Sifat Rabbanian), dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang melakukan ibadat hanya pada bulan Ramadhan sahaja..

kalam Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

culik ayat ni min blog http://nahwannur.blogspot.com/

 

Ya ALLAH, Engkau jadikan bulan Ramadhan yang KAU istimewakan ia,
Dari semua bulan KAU pilih ia dari semua masa dan zaman,
KAU lebihkan ia dari semua waktu-waktu dalam setahuh,
Dengan Ramadhan, KAU pilih kami,
Kami berpuasa pada waktu siang nya, atas PerintahMU,
Dan kami dirikan shalat malam nya, atas PertolonganMU,
Untuk memperoleh pahala dan ampunan dariMU…

taken from
http://ukhti27.blogspot.com/

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

aiwah.. tulisan jawi😉 sape nk tulisan jawi.. selawat … info yg bentuk islamik, explore blog ukhti27 ni.. mmg bestt.. syukran sis😉

ana nk titip kalam utk rmdhn yg kemuncak nan persis ke hujungnye.. jOm kita muhasabah diri kejap, one second ke.. dh byk ke kite lObi Pahala dlm buln rmdhn ni? kalau markah 100% brp ekk kita dpt? bonus, elaun, dan pelbagai komisen bersepah dalam bulan ni..shoping free je.😉

aduhai.. ana sgt sedih..sayu…pilu.. kerna kekuatan dan momentum tidak begitu konsisten.. awal rmdhn didatangi ujianNya. seminggu lebih kuKurang sihat..kugagahi juga terawihku.. pertengahan zikir nan amalan cebisan yg boleh kutaburi.. akhirnya di penghujung baru rase nk pecut.

waduh. sempat ke sampai garisan ye?? tatkala kita sama-sama berpesan, pasti ada yg cakap je senang but action wallahu’alam.. huhu..  acapkali kita biasa dgr..biasa nampak.. bln rmdhn ni ‘ awalnya RAHMAT. pertengahannya keAMPUNAN, penghujungnya bebas dari NERAKA’

adakah LQ sudah kujejaki.. sedang kujejaki.. au bakal kujejaki kelak persis berbaki 2 rmdhn ni? andai LQ melepasi sudah.. moga kutelah pun melaluinya dgn amalan yg termampu kulakukan.. ayat ‘ter’ ishh.. wajarnye tidak ada.. tapi, manusia ni mmg enak dgn ALASAn .. just turn finger to our nose & eye !! huhuhu..

harapanku agar dikit amalan yg telah kuhamparkan..yumkin tercicir di mana-mana ALlah jua yg menilai dgn selayaknya.. ana insan yg dhaif lagi faqir.. :(   hati kini sayu..pilu.. kepelbagaian things yg telah kufikir.. bakal kufikir dan kelak akan kufikir..kondisi thinGking lagi daaa..ehehe..

kesempatan yg berbaki ni, mohon ampun & maaf.. mohon doakan utk ana ye..😉 moge segala perancangan hidupku.. perjalanan onak duriku bakal kulalui dgn penuh kecekalan.. ketabahan..kesabaran😉

salam penuh takzim min simpLe-sHida (“-)

بارك الله فيكم