Assalamualaikum.w.bt. Selawat dan salam ke atas JUnjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, dirafakkan ke hadrat Ilahi, yakni MAHA Pencipta kerna masih lagi memberi kita ruang dlm kesempatan.. persis berbaki kehidupan yang menanti ke penghujungnya.. Secebis kalam ana ingin hamparkan.. sekadar renungan kita bersama.Moge sesame kita fikir, tafsir, renung dan refleksi diri.. kita di mana?

Adakah puasa rmdhn yg berlalu pergi bakal berlalu begitu sahaja tanpa adakah sebarang reformasi..statik lagi pegun sikap + amalan kita slps rmdhn ni ? Atau insyaallah bakal mensajikan anjakan positif dlm diri kita?? moge begitu hendaknye…amen..😉

tahap pose..menurut Imam al Ghazali dlm buku Ihya Ulumuddin,tingkatan puasa ada 3. Puasa Umum. KhuSUS.khusus yg lebih khusus Puasa UMUM. Tingkatan plg rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima’. Puasa KHUSUS disamping menahan 3 atas.. juge memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat au tercela.

Puasa KHUSUS yg lebih KHUSUS. Adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi. Juga mencegah memikirkan apa-apa selain Allah. Tahap ni, adalah puasa Nabi-Nabi, shiddiqqin dan muqarabbin..

so.. kita tahap mana ye?? haa.. jwb angkat tgn dulu..ehehe..😉

amalan… ada pertambhn..defisit? inflasi? Aktif..pasif.. mandom…?? jOm kita ushaa jadual rutin seorang muslim yg boleh dikira mantOPP.. bgun di awal pg : qiaMUllail ..melazimi solat-solat sunat– solat tahajjud.solat taubat.solat hajat.solat istikharah.solat witir. Solat fardhu subuh + mathurat. Next, lps syuruk dlm 20minit slps tu, lakukan solat sunat isyrak diikuti solat sunat dhuha.T/hari masuk waktu tunaikan solat zohor. Kemudian sblh ptg solat asar.Disebelah malam solat maghrib.isyak… rase kekok jika xmembaca surah al mulk.surah al waqiah…juga kalamullah dikit walaupun sehelai muka surat.

Disamping tu.. lakukan perkara sunnah.. isnin & khamis pose sunat. bilamana nk makan, amalkan makan buah dahulu.. bukan makan buah selepas makan ( itu amalan barat ) jumpe shbt lafazkan salam.. senyum itu sedekah paling mudah😉 Dan kepelbagaian lagi amalan yg boleh kita praktikkan dlm kehidupan harian.

Yg paling remeh kalau dipandang remeh ialah ZIKIr…haa.. bile terlepas satu barang or terjatuh or terlanggar sebutlaa kalimah yg baik. Ya ALLAH, subhanallah.. dll. Bg yg melatah tu, boleh praktikkan sebut yg baik lelama dah biasa sebut yg baik😉 practice make perfect kan??!! One more bila bab bersin… haaaaacumm… ups.. jgn dok sebut excuseee me… tu omputih.. ape lah susah sgt sebut ALHAMdulillah… haa, kalau shbt kita bersin. Sebut yarhamkallah au yarhamkillah bg female. Make it easy and small matter…. Bit a bit do reformasi..okey !

the pOWER of dzikir.. kalu tak caye? Cube trt test… lazimi hari2 juge tiap masa yg senggang.. naik kete.. naik moto… naik ktm… nk tunggu kwn. Evertime..evrywhere lah.. u’ll see the miracle & marvelous things happen😉

Sakit tnda Allah syg kita… ujian… Hari-hari kita dibebani dgn pelbagai keje. Sememangnya keje tak akan habis. Ada sahaja yg bakal menunggu lps satu…satu. Nak basuh baju, jemur kain, lipat kain, menyapu, memasak.. kalau yg status study pegi masuk keluar dewan kuliah, asgmts, test, exam, meeting etc

Kun fayakun.. tup.. kita diuJI oleh ALLAh dgn ujianNYa. Demam/fenin/migraine/gastric/lenguh kaki tangan /accident/terjatuh/dan macam-macam lagi. Ada hikmah tiap yg berlaku. Syukur kerna kita dipilih olehNYa utk menghadapi ujian tersebut. Itu semua nikmat. Nikmat sakit. Nikmat sihat. Nikmat lapar. Nikmat senang. Nikmat susah.😉Ironisnya, bila kita ditimpa pelbagai ujian, hadapi dengan tabah.cekal nan sabar.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sungguh menakjubkan sifat dan keadaan orang Mukmin, seluruh urusan kehidupannya mengandungi kebaikan dan hal tersebut tidak terdapat pada orang lain. Orang Mukmin jika diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kemudian dia bersyukur maka hal itu menjadi kebaikan baginya, sebaliknya jika dia ditimpa musibah, kemudian dia bersabar maka hal yang demikian juga merupakan kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan itu Allah berfirman maksudnya: “Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa peristiwa kemenangan atau kekalahan) Kami gilirkan ia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya).” (Surah Ali “Imran : 140)

Di sarnping itu, Rasulullah tidak ketinggalan mengajar umatnya supaya mengamalkan doa yang ma’thur dibaca ketika menghadapi musibah yang besar mahupun yang besar. Doa tersebut lebih dikenali sebagai istirja yang bermaksud penyataan kembali kepada Allah iaitu, “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nyalah kami akan kembali. Ya Allah! Berikanlah kepadaku pahala dalam musibah yang menimpaku ini dan berikanlah kepadaku ganti yang lebih baik daripadanya. (Hadis riwayat Muslim)

Akhir kalam… ana titipkan poem yg tak pasti siapakah yg mengarangnya..

Kita selami maksud tersirat dalam tiap bait-baitnya…

Andai Ini Ramadhan Terakhir
wahai dikau… renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu… sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal… terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian… adalah sesuatu yang pastiandai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu… kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai… sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh, minda, dan qalbu… bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang… bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih… berqiamullail… bertahajjud…
mengadu… merintih… meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi… aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”
oleh itu duhai Ilahi… kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru… kita cari… suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri… rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan … lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi…
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti… paling berseri…
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha… bersedia… meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

 

 

 

insafi diri….

singkapiLah tabir siLAmmU

renungiLAh masa depanmU

hayatiLAh pengorbanan ayah bondamU

semaiLah baktimU

moga dikau menjadi insan yg berguna

 

ubahLah tirai kelamU

LeraikanLah kekusutanmU

reformasiLah dalam dirimU

cerakinkanLah kekuatanmU

jitukanlah sahsiahmU

gemiLangkanLah gaya hidupmU

janakanLah kecemerlanganmU

asimilasikanLah pengetahuanmU

moge kau kan menjadi insan yg terbiLang

 

YA RAHMAN YA RAHIM..

KAU Limpahkanlah daku rahmatmU

KAU murahkanLAh rezeki pemberianmU

KAU tunjukkanLAh petunjukMU

KAU kuatkankanLAh semangat hambaMU ini….

 

suLamkanLah santunmU

tundukkanLah keegoanmU

pasakkanLah istiqomahMU

tanamkanLah benih mahmudah dalam sanubarimU

tuluskanLah hatimU

dalam menerima ujianNYA

 

LayarkanLah keinsafanmU

tuntuniLah gerakmU

pagariLAh jatimU

murnikanLah panjimU

agar kelak melalui titian nan lurus..

 

himpunkanLah kekuatanmU

jernihkanLah segenap ruang

hujaniLah air mata keinsafanmU

agar terlerai segala kekusutanmU…

 

risikkanLah peluangmU

mampatkanLah pengalamanmU

binakanLah panjimU

bisikkanLah semangat juangmU

tekadkanLah azammU

pintalah pada TUHANMU

agar dipermudahkan urusanmu

duniawi wa ukhrawi….

InsyaALLAH… =)

 

Ya ALLAH kau tetapkanlah pendirianku

Kau kukuh dan patrikan jiwaku

Agar teruskan ISTIQAMAH ke jalanMU..

Amin..amin…

 

iLHam ciPta :: siMpLe-sHiDa ::