24okt. Jumaat

Belum pun panas bangku..xsempat landing ats tilamku.. dh mule membiizikan diri.. dh selesai kemas baju.. thigs.. bersiram. By7> p cc utk check email & explore UC. Byk laa msg nk kena tgk ni..huhu.. By9++ shoping sensorang beli brgn utk masak. Plan nk wat mee..bihun goring &spageti.. tapi.. tukaq plan. Bihun tomyam.mee goring. spageti…alamak. xde pun kuah dia… cancel laa..

Beli brg2.. menolak laa troli tu, smbil pk.. ape nk beli. Dlm half an hour, ok settle. Balik rumah.. put all the things d dapur. Tunggu shbt nk hantr cpu.laptop kwn ni. By10> bru sampai. Bla..bla.. by11 ++ we move to puchong. Open house sahabati.. sampai umah shbt 11.50pm ehehe.. raye dh lewat sgt ni..huhuu.. Alhamdulillah, terisi skit perutku ni. By1.30++ back home..zzzzzzzzzz

25okt. Sabtu.

Pg jm 8 mengemas umah. Sapu.mop etc. By9 prepare nk masak.. aduhai tgn ada 2 je. Byknye nk cut ni. Xpe, pelan..pelan.. bwang..sayur.. ayam..etc. by10++ shye & ummu dh sampai..Ups, tetamu kena tolon masak ni.😉 next dtg pula wani.maknye & zura. Jap ye.. tgh nk cooking kuah tomyam ni. Then sampai pula sahabati mar.yati & khalifah. Bihun tomyam.mee goreng siap utk dimakan..

Next sampai pula umar.azrul.mohamad. then mujahid & kwnnye. Summa, lina & kwnnye.. last sab & haslina.. Alhamdulillah.. dh selesai ’open house’ baiti. Kemas all the things, sempat kuhulur mee goreng & air oren sebotol pada jiran sebelah.. rest kt sofa.. zzzzzzzzzz.. Mlm, rest. Taip keje-keje mak tam bg. Nk key in data marks students.

26okt. Ahad

Pg by9.30 mve to pj. Melilau cari jln masuk TJ ni. Last jumpe juge jln masuk.. menuju ke tmpt berkumpul. Em.. oh, salafian dh sampai😉 shye. Alwalid.shafiq.hanan.kak sue. Yati dh sampai. Mencari port yg best.. then by11++ begin the JK Eid 08’. Ucapan dari presiden Hanan. Next usrah min salafian.. then ta’ruf by team. Then, lunch time. Wah.. byk mknn ni. Kek, kerepek, kuih raye, bihun dll.

Me & shye p kedai sat buy meals. Yg lain go on dgn mkn..dll. slmt sampai back to TJ. Kami makan berjemaah. Then, solat zohor. After that, begin 1st game. Bina tower. :: lat ta lilat lai li tammmm plomm ::: ehehe..

ok.. ss.cs.eira.sadiqah team sama / Hanan.ismi.soleha.kwn ismi one team.

Masing2 show kekreatifan.. kepanjangan akal utk bina tower plg tinggi..Ehehhe… pelbagai gelagat dilihat =D last, kami berjaya membina tower yg tinggi dr team Hanan. Tpi, kurang nk stabil.. asek senget je haa..haa..Team muslimin boleh tahan juge.. ambuiii.. daeng vs sts.Biasalaa budak laki ni kan biasa bab reka ni.. macam-macam gelagat aksi shbt UC ni.

Selesai bina tower jam pun dh 4++. Stop, announce sape menang.. penyampaian hadiah. Ucapan akhir last tangguh LIQa JK Eid 08’. Diskusi a bit… by 6pm move dr TJ. Plan on the spot. Hajat nk p msjid.. last decide ke umah shye raye… yeah! Kami solat.. raye.. diskusi.. til ke mlm. Plan JK to perak dll.

27okt. Isnin

Hepi deepavali to all yg menyambut =D

Plan to setapak wit shye cancel. Nk p mana ekk.. p umah eira lah. Then p umah mimi. Ok.. plan on the spot..jalan. greenwood ..slmt dijejaki. Mkn kutiew goring. Next p uiam jenguk adiks nk exm. Immad.wani. then raye ke umah mimi. Fetch yati di hentian PUTRA. Sedap mimi masak..hihii.. kami mmg lapaq. Siap ada pencuci mulut.. dadih & kek secret recipe.. sedap nyerr….😉

send back yati to wgsa maju. Last shye send me to serdang. Alhamdulillah, selamat sampai baiti.. then shye pun dh sampai umahnye d PJ.. syukur evertin fine.  I’m too tired. Xlarat nk berkalam lagi. Dari semalam.. today.. byk btul berfikir.. berkalam.. moge Allah buka pintu pintu yg BELUM TERBUKA..Sama-sama kita FIKIR & ZIKIR dlm tiap waktu..

( ups, trademark eija.UKM hihi )

 

Astagfiruullah….kena byk muhasabah.. munasarawak diri.. no body can be PERFECT ( jadi pengawas..hihi..) sbb kalu dlm sek sume jd pengawas sape nk jd budak nakal kan.. .. sure upih n epin habaq gini. /// betull…betul… betull…hihiiiiii

No body MAKSUm coz nabi Muhammad je ada title tu. So, kita checklist diri. Iman.Amal.haTI…Hati kita dh cuci ke tiap hari?? Cube tak berSUGI one day.. rase xselesa kan.. gitu juge dgn HATi.. kena selalu cuci.. siram air dgn zikir.. amalan sunat..

Segala panca indera yg dikurniakan.. Telinga dgr tazkirah, ayat al Quran, p majlis ILMu. Mata lihat yg molek je.. jgn dok tgk video,Youtube yg xsenOnoh je..huhuhu.. Tangan kena rajin tolon keje-keje BAik.. sedekah.. kaki rajin ke masjid, ziarah kawans, p dgr ceramah..tazkirah..dll.

Kalau panca Indera kita ni hilang satu.. MATA xnampak… telinga tak Dengar. Tgn dh kena POTONG.kaki dah xleh jalan.. LIDAh xboleh rase.. Bayangkan….betapa Allah nk uji sABAR.Iman seseorang.. (^-^)

Konklusinye, “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Riwayat Ibn Majah).

“Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74).

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati kerana:

l Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar, ayat 22).

l Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya.

Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannyalah dengan cara banyak mengingati Allah SWT (zikir).

Firman Allah bermaksud, “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88 – 89).