salamun alaik, kondisi laa ni tampak mendung nan muram.

nk coret skit.. amat busy ahad lps.meting d bbb bersama team UC. fuhh meting yg amat lame dr jm10.30-6pm.masyaAllah.. mabruk pd smue yg bersabar dlm blk meting tu..ehehe. pg tu sempat wat jejak kasih dgn adik ifa-ukm. jk breakfast di gerai makan haslina SUK bangi. sedap…yeahh mkn nasi lemak😉 tamrin sabar kata lina..eheh.. itu laa korang order roti canai..ehehe..

end meting jk minum ptg + makan malam di medan bbb tu.. order nasi goreng ayam berlatna..cam tu laa kot ehehe.. lupe daa namanye. kongsi dgn shye😉 makan satay kajang skit. tq yati belanje satay.. syukran wa arigatOO pada wani belanje makan huhu…wani bayaq sume bil yg dimakan oleh sahabat uc…wani..wani.. moge Allah murahkan rezeki dik..ameeenn =D

next jk ziarah ke umah wani. tumpang solat..lalu sesi borak ngn maknye. by9 kami beransur pulang. on the spot plan utk lik kg perak. smlm adik call kak lik..bla..bla.. ok, lps meting kak lik. smpai umah dlm jm1-2 laa kot.  

ALhamdulillah slmt smpai umah jm12.15am. sampai umah.. minum air.. huhu dahaga amat dek air dah abih..huhu.. naik blk.. zzzzzzzzzz

pg isnin dh lps hemat diri. mak suh masak lemak udang tu.. ok.. p pasaq sat. lama xp..heheh. beli santan..bawang..etc. back umah terus ke dapur masak. masak lemak cili padi.. wah.. sedap ooo..😉 masak sayur..panaskan lauk daging.. hangatkan ikan goreng tu. ok..siap. ku breakLunch .

alhamdulillah. kenyang.. bdn kurang sihat.. batuks skit.. ikutkan ptg tu ke tabung hj. tapi.. sometin happen.. membuatkan diri ni..syahdu..syahdan dlm al ghurfah..huhu.. mak je yg tahu.. ptg tu.. lps hantar mak ke surau di manjung. bgtau mak. mak, ptg ni shida lik kl. nnti kawan hantr ke bus stand. salam mak..huhu.. maaf mak..terima kasih byk mak..;) sebak hatiku.

sampai umah..makan skit. then shbtku ayu sampai umah. lalu dia hantr ke bus stand manjung. boraks skit.. ok.. bas pun sampai.by7 berlepas ke kl. sampai kl by11. menapak ke lrt masjid jamek. destinasi ke rumah sahabati yati.. menumpang bermalam di sana. slmt sampai by12am. rest.. minum hot milo + biskut😉 hiwar… 2++ naum zzzzzzz

ni gmbr ummi.. dgn adik ain mase konvo lps dtc UM. sblh tu..abgku..

ain-abg-mak

jk-tautan-ukhwah-090

cmne ekk rse dibalut ni.. huhu.. time ni gelak-gelak laa.. tapi, bilamana jasad kita di alam lain.. jantung tidak lagi berdenyut….huhuhu.. ma rabubbbuka? lps je 7 tapak meninggalkan jasad kitas dlm tanah tu.. haa KESEOrangan laa..kesepian.. sensorang laa kite… huhuu..

akhiran.. nk titipkn hadis ni buat renungan kita bersama.. jom bace pelan-pelan ekk😉

 

Hadis: 10 mayat tidak reput 

DALAM satu riwayat menyatakan, apabila makhluk dibangkitkan dari kubur mereka berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan, minum, duduk dan bercakap.


Bertanya orang kepada Rasulullah saw: “Bagaimana kita dapat mengenali orang mukmin pada hari kiamat?”
Disebutkan hadis Rasulullah, 10 orang yang mayatnya tidak busuk serta tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal pada waktu mati.

Jawab Rasulullah: “Dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan wuduk. Apabila kiamat, malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.

“Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggil dari zat yang memanggil.

“Bukanlah debu itu daripada debu kubur mereka, akan tetapi debu itu adalah debu keimanan mereka.

“Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat mukmin itu mengetahui mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-Ku.”

  Nabi.

Ahli jihad.

Alim ulama.

Syuhada.

Penghafal al-Quran.

Pemimpin yang adil.

Tukang azan.

Wanita mati bersalin.

Orang mati dianiaya.

Orang yang mati pada siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Dalam satu riwayat yang lain dari Jabir Abdullah, Rasulullah bersabda: “Apabila datang hari kiamat dan orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan, maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga. Ambillah dan berikan mereka makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.”

Maka, malaikat Ridhwan menyeru: “Wahai sekalian kawan dan semua anak yang belum baligh.” Lalu mereka datang dengan membawa dulang daripada nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap seperti firman Allah dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang kamu kerjakan pada hari yang lalu itu.”