salamun alaik.. 

khususan ila ummi-rahmah baba wa abi johari ali piah.

ukhtie nurul ashiqin.abg ipar tahiruddin + anak sedara najmi aqil

akhi khairul jasma, adik nurul aini, nurul aishah, mohammad juraij wa nurul fatin fatimah nadiah..

( thun ni ana beraya di kg melaka.. with nenek..hihi.. )

salam eid juge buat semua cikgu-cikgi smk ahmad boestamam sitiawan, lecturer UUm, sahabat Ukhwah.com, Hanan.com.my, Raudhah.com, Halaqah.net, Iluvislam.com, pendengar IKIM.fm, semua adik+kak Usrah Online UO.Uc .. team NISA’ Serdang + NISA’ Malaysia.. team raKAn masjid UUM.. last but not least semua pelaayar blog greencastle.wordpress.com

salam eidul ADHA, maaf zahir batin. jOm hayati kisah penGorbanan sahabat rasulullah.. serta sama-sama ambil ikhtibar dari segala pengorbanan mereka.

Korban cinta?? huhu.. tok seh laa yg lagho.. korban study !! korban MAsa.. korban Duit utk hal-hal bermanfaat. korban lembu..kambing..ayam..hihi.. walu apepun, LIVE must go on!!

nuthin to say.. not to much time.. lps ni nk masak kek coKelat pula..yeaahh..

barakallahu lakum.. wa ilalliqa’

nisa-serdang

** jom bace sejenak..

Korban yang diterima Allah

ESOK umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Korban. Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Berkorban (dalam istilah fekah disebut udhiyah) adalah menyembelih binatang ternak pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad SAW.

Kita gembira melihat ramai kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak mereka. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah SWT dan jangan sekali-kali ia dilakukan supaya lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih dari itu berkorban itu biarlah benar-benar sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyebelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya (hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi). Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban) dan pada hari Kiamat kelak, korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang berkorban akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.

Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis mengungkapkan, orang- orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak antara dia dengan Allah. Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Salah satu caranya dengan berkorban. Kerana itu Nabi SAW bersabda bermaksud: Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami (hadis Ibnu Majah dengan sanad sahih).

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.

“Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.

“Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.

“Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

/// ni lagi.. jom bace ye.. 😉

Daging korban untuk orang Islam

SOALAN
Jika bukan Islam boleh makan daging akikah, bagaimana pula daging korban?

JAWAPAN

DI negara ini apa yang biasa berlaku ketika raya korban ialah apabila orang Islam dari masjid atau surau atau taman melakukan ibadah korban, ia melibatkan orang Islam sahaja tanpa pembabitan orang bukan Islam.

Perkara ini juga dimaklumi oleh orang bukan Islam bahawa ibadah korban hanya melibatkan orang Islam sahaja. Sebelum ini pun belum ada rungutan daripada kaum bukan Islam yang mengadu mereka tidak tersenarai dalam penerima daging korban. Maksudnya, ia suatu yang dimaklumi oleh masyarakat daripada agama lain bahawa perayaan ini hanya untuk orang Islam. Ini kerana ibadah korban bukan amalan budaya dan ia adalah ibadah khusus di bulan Zulhijjah mulai 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Namun demikian ada timbul persoalan boleh atau tidak daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam? Pertama sekali daging korban adalah hak orang yang melakukan ibadah korban, keduanya pula manfaat daripada ibadah korban. Setiap orang melakukan ibadah korban adalah disunatkan membahagikan daging korban itu kepada tiga bahagian. Satu pertiga diambil, sepertiga dimasak dan diberi makan dan sepertiga lagi diagihkan.

Katakanlah Ali berniat melakukan korban kemudian dia masuk satu bahagian, ini kerana seekor lembu boleh dikongsikan tujuh orang. Biasanya lembu yang sihat dan cukup umur dan matang akan mencecah 100 kilogram (kg) lebih dagingnya sahaja.

Bila dibahagikan kepada tujuh bahagian dapatlah setiap seorang dalam 15kg. Daging 15kg itu kalau mengikut saranan Nabi SAW hendaklah dibahagi tiga. Maka jadilah setiap bahagian 5kg. Mungkin juga 5kg kita ambil dan yang bakinya 10kg kita sedekah kepada orang ramai. Kalau kita bahagi 10kg kepada 10 orang maka seorang akan dapat satu kg, maksudnya agihan itu dapat diberikan kepada 10 orang atau lebih daripada itu, paling kurang pun dalam agihan jangan kurang daripada setengah kg.

Persoalan ini saya timbulkan supaya kita dapat lihat adakah keperluan orang Islam dipenuhi? Bukan apa, khuatir dalam sibuk kita bincang hukum pemberian daging kepada orang bukan Islam, rupa-rupanya ada orang Islam yang tidak dapat merasakan daging korban. Dalam keadaan ini saya lebih cenderung kepada pendapat Mazhab al-Syafie, ini kerana demi memelihara manfaat raya korban itu sampai kepada falsafahnya.

Sekiranya kita ingin menjaga perasaan jiran yang bukan beragama Islam, belikan daging untuknya dari pasar. Dan sekiranya ingin kita menjamu selepas daging korban itu dimasak adalah disarankan agar dibeli daging sekilo dua dari pasar untuk dimasakkan bersama daging korban. Ini adalah semata-mata untuk keluar daripada keraguan yang timbul. Dan harus juga diagihkan daging korban kepada golongan yang mempunyai ciri mualaf, iaitu cenderung dan jinak dengan agama Islam. Mudah-mudahan pengagihan itu dapat merapatkan lagi mualaf itu kepada Islam.

Namun di bawah ini saya akan jelaskan hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam.

Di dalam Kitab Kasyf al-Qina’ menyatakan Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging korban sunat kepada bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka.

Dalam al-Bajrimi dinyatakan tidak harus memberi makan daging korban kepada bukan Islam. Dinyatakan juga dalam Kitab al-Majmu’ disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib.

Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir ahli zimmah.

Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Lith menganggapnya makruh, namun berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.

Ibnu Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan al-Syarbini dalam al-Iqna’ menyebutkan Mazhab Maliki berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani.

Mazhab Hambali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus.

Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib.

Ibh Hazim dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan tuan punya korban boleh memberi makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.

Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat:

l Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.

l Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

l Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

l Semua ulama mazhab sepakat (ijma’) memberi atau memberi makan daging korban atau akikah wajib kepada bukan Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafie saja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam.

Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat dan tidak harus jika korban wajib.