Pemimpin berwawasan utama rakyat melebihi kepentingan diri

Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad ** info dlm bharian.com.my

DR Prajudi Atmosudirjo memberikan pandangan mengenai kepemimpinan yang antara lain menyebut: “Kepemimpinan adalah suatu seni kesanggupan atau teknik untuk membuat pengikut mengikuti atau mentaati segala apa yang dikehendaki serta membuat mereka bersemangat untuk mengikuti bahkan ada yang sanggup berkorban.”

Katanya: “Kepemimpinan adalah suatu proses berterusan yang membuat semua orang bergiat dan berupaya untuk memahami dan mencapai tujuan ditentukan oleh pemimpin sehingga mereka bersedia untuk berubah fikiran serta pandangan, sikap dan kepercayaan.”

Kepemimpinan juga sebenarnya fenomena biasa yang bersifat sejagat berlaku di mana saja tanpa mengira bangsa dan budaya bagi menjalankan dasar baik untuk kesejahteraan serta kegembiraan masyarakat keseluruhannya.

Oleh itu, pemimpin perlu berpandangan jauh, berkebolehan merancang dan menganalisis keadaan serta dapat merungkai atau menangani kemelut selain berpengetahuan, berpengalaman juga memiliki ketangkasan berfikir.

Pemimpin juga tidak hanya berfungsi sebagai lambang kekuasaan, keunggulan dan kebesaran malah perlu bertanggungjawab ke atas apa juga pemasalahan yang berlaku di bawah jagaannya.

Pemimpin ialah seorang yang mementingkan hasrat perjuangan dan pertubuhan melebihi kepentingan diri, bertimbang rasa dan bercita-cita tinggi malah mampu membuat keputusan secara kolektif serta jauh sekali daripada menghasut apa lagi mengadu domba.

Seorang pemimpin juga perlu berkebolehan dalam pelbagai aspek kepemimpinan, bijaksana dan mempunyai keyakinan diri untuk memikul tanggungjawab diamanahkan kepadanya. Tanggungjawab kepemimpinan sebenarnya adalah amanah kerana di tangannya terletak keadilan.

Huraian Hasan al-Basri kepada Amirul Mukminin Umar Abd Aziz antara lain katanya: “Ketahuilah wahai amirul mukminin. Allah mengangkat seorang pemimpin yang adil untuk menegakkan setiap yang miring, untuk meluruskan setiap yang menyeleweng, memperbetul setiap yang rosak, membantu setiap yang lemah, menginsafkan setiap yang berbuat penganiayaan, memberi kekuatan setiap yang dianiaya dan menolong setiap yang sengsara.”

Rasulullah SAW pemimpin unggul yang menjadi contoh. Benarlah urusan persoalan rakyat adalah beban yang berat, semuanya meminta kesedaran, kejujuran, keadilan, keberanian dan ketabahan.

Sarjana Islam yang masyhur, al-Imam Taqiudin Ibn Taimiah menerangkan: “Di dalam sebuah masyarakat manusia, tidak boleh tidak mesti ada ketua atau pemimpin. Hukumnya wajib kerana ia menjadi sebesar-besar kewajipan dalam Islam.”

Justeru, soal kepemimpinan tidak boleh diremehkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah Ya Tuhanku! Barang siapa yang mengurus sesuatu urusan umatku lalu ia menyusahkan mereka, maka balaslah ia kesusahan. Barang siapa yang memudahkan, mudahkanlah urusannya.” Sebagai pemimpin, Khalifah Umar al-Khatab juga pernah berkata: “Sekalipun ada tali unta yang hilang, aku juga yang akan bertanggungjawab dan memikulnya.”

Itu hanya tali unta. Apa hal pula jika masalah yang lebih besar seperti bencana alam? Semua itu tidak lain hanya mampu dilaksanakan oleh pemimpin yang benar-benar jujur dan bertanggungjawab.

///// em..bukan senang nk jd pemimpin yg baik. hatta kita sendiri, mmg belum maksum pada hakikatnye. kita semua sebenarnye adalah pemimpin. adakah pemimpin yg berwibawa lahir semula jadi? atau dibentuk ?

dipetik dari motivator yg makin hari tampak membina magnet diri yg positif !! ;)  mr amin idris. patik copy paste naa..

www.aminidris.com   http://www.aminidris.com/ver2/index.php?paged=2

Di sini saya berkongsi 11 kepercayaan saya;

  1. Pemimpin DIBENTUK MAHIR bukannya terus DILAHIR
  2. KEMAHUAN umpama pemerintah! Kita dicipta secara fitrah untuk membuat apa yang kita suka.
  3. KEPERCAYAAN adalah asas dalam kepemimpinan. SIKAP membentuk kepercayaan dan KEPERCAYAAN memperkasakan kepimpinan
  4. Sentuh hati dahulu sebelum menuju kepada minda seseorang.
  5. Kuasa memimpin tidak datang bila kita dilahirkan. Ia datang dari dalam diri melalui sikap dan pemikiran yang perlu dibentuk dan dibina.
  6. Anda MEMIMPIN manusia dan MENGURUS benda
  7. Pemimpin hanya jadi EFFEKTIF bila mereka fokus pada KEKUATAN
  8. Kepemimpinan adalah PILIHAN!
  9. Kepemimpinan adalah PENGARUH, bukannya KEDUDUKAN
  10. Kepemimpinan adalah TANGGUNGJAWAB, bukannya KEMULIAAN
  11. Anda perlu kuasai KEMENANGAN DIRI sebelum menguasai KEMENANGAN ORANG LAIN

banyak lagi info2 yg boleh kita hadam dan pelan-pelan aplikasikan dlm diri utk terus membina JAti diri, bukan menenggelamkan sinar Cahaya dlm diri kita. ‘sucess is not a destination.. but a JOurney!. memerlukan kita menongkah arus, meredah onak duri berliku, lelorong yg bengkang-bengkok..ehehe.. (kalu lalu highway, kena bayar toLl daa..ehehe..)

okeylaa.. nnti dah mengomel je penaip ni. irosnisnya, bukan senang nk jadi sEnang.. bukan SUsah nk jadi Susah.. fikir dan thingking..  (“_)

silat

3043104190_cca891424e_o