USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari
tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang
dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin,
jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah
bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang
dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh
sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini
tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga
(negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam
cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua
bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan
berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan
untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar erana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul
berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya
dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda
turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan
makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar,
majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan
permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan
isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat
anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di
ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi
sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah,
nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu,

http://www.zaharudd in.net/content/ view/789/ 72/

qunut-nazilah_thumb9