Lintasan Hati

Ya Muqtadir
padaMu kumemohon petunjuk
berikan aku kekuatan
permudahkan urusanku  buat masa kini dan akan datang
andai ia tidak baik untukku, agamaku, dan duniaku
maka, elakkan dariku daripadanya
andai ia ditakdirkan baik buatku
maka, mudahkan laluannya

Ya Allah Yang Maha Mengetahui
Putaran alam mengajar erti hakiki seorang insan
Bangun, jatuh, gagal, cemerlang
Baik, buruk, putih, hitam
Mewarnai kanvas kehidupan

Detik cetusan hati kadangkala menyoroti peristiwa
Namun, siapalah kita untuk melawan taqdirNya
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa
Atas tiap peri yang berlaku

Kalbu gusar tatkala saat genting
Dilema memikirkan antara keperluan kehendak
Kewajiban yang aula’ atau terpaksa dilepaskan
Tuntutan jemaah, keluarga, sahabat
Menjadi dacing dan dadu untukku membuat pilihan

Ya Nur, Ya Baqi’
Curahkan padaku rahmat dan nikmatMu
Limpahkan cahaya taufiq buatku untuk menetapkannya
Berikan hatiku meredhai atas percaturanNya
Bukakanlah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku
Andai dia tercipta buatku, milikku
Perkenankanlah permohonanku..
Ameen..ya rabbal alamin..

Ilham cipta
`siMpLe-sHida`
11Muharram 1430H

Lintasan Hati ini juga dilayangkan buat insan yang dalam dilema untuk membuat keputusan untuk belajar, kerja dan segala hal. Timbal balik tiap keputusan yang kita mahu lakukan..
banyakkan doa dan istikharah..Moga kita tidak salah membuat keputusan… insyaallah.. 

Barakallahu lakum.
Al faqierah min simple-shida😉

* yeah, Alhamdulillah, dh keUdara di IKIm.fm. best ker? ntahlaa..ehihi

a_love_letter_by_hellknight10