iman

Barometer KeIMANan .

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu
wassalamu’ala RasulilLAH s.a.w.

Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh

Khas buat manfa’at bersama saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati, ikhlas kerana ALLAH Ta’ala.

Dido’akan kehadrat ROBBI, moga-moga kita semua
senantiasa berada dalam
‘afiyah IMAN dan ke’asyikan
ber’amal
liridholLAH, insyaALLAH, amiin.

Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,

Selaku Muslim dan Muslimat ILAHI, adalah sewajarnya
bagi kita membumbui nawaitu nan ikhlas dalam diri:
mempergiatkan agenda kegiatan dalam penghidupan
berhiaskan ‘amalan-amalan yang sholih sebagai peringatan
dan renungan
dalam segenap perkara sama ada yang sedang atau belum kita lakukan.

InsyaALLAH, dengan demikian itu, hati kita akan selalu ‘hidup’dalam mengingati ALLAH, sehingga andai kata hati ini lalai maka kita akan segera menyedarinya (hakikinya, selaku makhluk kita tiadalah bersifat dengan segala kesempurnaan, ada masanya kita tidur, lupa dan terleka).

Sesungguhnya apabila ‘hati’ sakit maka akan beratlah anggota tubuh yang lain untuk melaksanakan  keta’atan.

Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a. katanya,
aku mendengar
RasululLAH s.a.w. bersabda:

“……….Ketahuilah!Bahawa di dalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya dan
apabila rosak,rosaklah sekaliannya.Ketahuilah! Itu
yang dikatakan hati.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saudara saudari yang dirahmati ALLAH,

Penulisan berikut ini dipetik daripada milis As Sunnah karya Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah; yang mana beliau telah mengambil rujukan daripada:

# Zaad Al Muslim Al Yaumi (Bekalan Muslim Sehari-hari)
dari
hal 51-55, bab Hayatu Yaumi Islami yang diambil daripada kitab Al Wabil Ash Shoyyib oleh Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah rahimahulLAH.

Dan diterjemahkan oleh saudara seISLAM kita iaitu, Akh Fariq Gasim Anuz.

Semoga pembacaan-pembacaan berikutnya ini sesuai
dimanfa’ati bersama sebagai barometer keIMAN kita,
walLAHU’ALAM.

BismilLAH…

Kehidupan Sehari-hari Yang Islami :

1. Apakah Anda selalu solat Subuh berjema’ah di masjid
setiap hari ?

2. Apakah Anda selalu menjaga solat 5 waktu di masjid ?

3. Apakah Anda hari ini membaca Al-Qur’an ?

4. Apakah Anda rutin membaca Dzikir setelah selesai
melaksanakan solat wajib

5. Apakah Anda selalu menjaga solat sunnah Rawatib
sebelum dan sesudah solat wajib ?

6. Apakah Anda (hari ini) Khusyu dalam solat,
menghayati apa yang Anda baca ?

7. Apakah Anda (hari ini) mengingat Mati dan Kubur ?

8. Apakah Anda (hari ini) mengingat hari Kiamat, segala
peristiwa dan kedahsyatannya ?

9. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sebanyak tiga kali, agar memasukkan Anda ke dalam Syurga ?

Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian, Syurga berkata : “Wahai ALLAH Subhanahu wa Ta’ala masukkanlah ia ke dalam Syurga“.

10. Apakah Anda telah meminta perlindungan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ?

Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian,
neraka berkata : “Wahai ALLAH peliharalah dia dari api neraka“. (Berdasarkan hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam yang ertinya : Barangsiapa yang memohon Syurga kepada ALLAH sebanyak tiga kali, Syurga berkata : “Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga. Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada
ALLAH agar diselamatkan dari api neraka sebanyak
tiga kali, neraka berkata :

Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka“.

(Hadits Riwayat Tirmidzi dan di shahihkan oleh Syaikh
Al-Albani dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6).

11. Apakah Anda (hari ini) membaca hadith Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam ?

12. Apakah Anda pernah berfikir untuk menjauhi teman
-teman yang tidak baik ?

13. Apakah Anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau ?

14. Apakah Anda (hari ini) menangis kerana takut kepada
ALLAH Subhanahu wa Ta’ala ?

15. Apakah Anda selalu membaca Dzikir pagi dan petang
setiap hari ?

16. Apakah Anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada ALLAH Subhanahu wa ta’ala atas dosa-dosa (yang engkau perbuat) ?

17. Apakah Anda telah memohon kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dengan benar untuk mati Syahid ?

Kerena sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam telah bersabda yang artinya :

Barangsiapa yang memohon kepada ALLAH Subhanahu
wa Ta’ala dengan benar untuk mati syahid, maka ALLAH Subhanahu wa Ta’ala akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur“.

(Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya).

18. Apakah Anda telah berdo’a kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala agar ALLAH menetapkan hati Anda atas agama-NYA?

19. Apakah Anda telah mengambil kesempatan untuk
berdo’a kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala di
waktu-waktu yang mustajab ?

20. Apakah Anda telah membeli buku-buku agama
Islam untuk memahami agama ?

(Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang difahami oleh para shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran yang bisa merosak pemahaman Islam yang benar, walLAHU’Alam).

21. Apakah Anda telah memintakan ampunan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala untuk saudara-saudara Mukminin dan Mukminah ? Kerana setiap kali mendo’akan mereka Anda akan mendapat kebajikan pula.

22. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa
Ta’ala (dan bersyukur kepada-NYA) atas nikmat ISLAM ?

23. Apakah Anda telah memuji ALLAH Subhanahu wa
Ta’ala atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat
lainnya ?

24. Apakah Anda hari-hari ini telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya ?

25. Apakah Anda dapat menahan marah yang disebabkan
urusan pribadi, dan berusaha untuk marah kerana ALLAH Subhanahu wa Ta’ala saja ?

26. Apakah Anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri ?

27. Apakah Anda telah mengunjungi saudara seagama,
ikhlas kerana ALLAH Subhanahu wa Ta’ala ?

28. Apakah Anda telah menda’wahi keluarga, saudara
-saudara, tetangga, dan siapa saja yang ada hubungan
nya dengan diri Anda ?

29. Apakah Anda termasuk orang yang berbakti kepada
orang tua ?

30. Apakah Anda mengucapkan “Innaa Lillahi wa innaa
ilaihi raji’uunjika mendapatkan musibah ?

31. Apakah Anda hari ini mengucapkan do’a ini :

Allahumma inii a’uudubika an usyrika bika wa anaa
a’lamu wastagfiruka limaa la’alamu

Ya ALLAH sesungguhnya aku berlindung kepada-MU
dari menyekutukan ENGKAU sedangkan aku mengetahui,
dan aku memohon ampun kepada-MU terhadap apa
-apa yang tidak aku ketahui.’

Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala akan menghilangkan darinya syirik
besar dan syirik kecil.

(Lihat Shahih Al-Jami’ No. 3625).

32. Apakah Anda berbuat baik kepada tetangga ?

33. Apakah Anda telah membersihkan hati dari sombong,
riya, hasad, dan dengki ?

34. Apakah Anda telah membersihkan lisan dari dusta,
mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan
berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya ?

35. Apakah Anda takut kepada ALLAH Subhanahu wa
Ta’ala dalam hal penghasilan, makanan dan minuman,
serta pakaian ?

36. Apakah Anda selalu bertaubat kepada ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan ?

AlhamdulilLAH,

Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat ana kongsikan bersama saudara saudari seaqeedah yang ana hargai dan hormati, ikhlas kerana ALLAH TA’ALA.

Saudara saudariku,
Bukan sahaja buat kalian bahkan buat ana sendiri

Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan
perbuatan, agar kita menjadi orang yang beruntung
di dunia dan akhirat, insya ALLAH
”.

Bersama-samalah kita menatapinya dengan nikmat mata
karuniaan ILAHI
, seterusnya cuba hayati dan fahamilah
akan ia, biar sampai menyusupi sam’i wa badani, biar menggetarkan strata sukma, biar nafsu bisa mengerti,
biar kita koreksi dan insafi diri,

Aku adalah Perantau ke Akhirah, Musafir Perjuangan !
ALLAHU AKHBAR 3X!!!”

** dipetik dari blog shbt. syahiditusuci. jOm checkList diri!! (^-^ )

 

engku_quran2