Alhamdulillah.. sajak simple masuk lg. yeah!! ups.. tapi xdpt dgr. that time tgh kemas buku-buku di rak. adik maricella sms..kak sajak kak masuk. berlari den ke atas. radio di atas. alahai, melepas dgr. ehehe.. btw tq dik. sokmo bg ucapan😉 terharu kak.. syukran jiddan wa sayang sgt dik🙂

ni sajak yg simple tu. slmt menatap. spontan je create..so ayatnye yg simple je. ehehe..

Detik Itu

 

Detik Itu

Kukenal erti mengeja,membaca, mengira, menghafal

Kukenal dengan guru besar, cikgu

Ustaz, ustazah, kawan sekelas

Pelbagai telatah kenakalan, kebudakan

Tawa ria pabila bersama

Bakatku dicungkil melalui sukan olahraga, bola jaring

Minda diasah mengatur strategi di alam percaturan

Tatkala itu, UPSR menamatkan zaman sekolah rendahku

 

Detik Itu

Kumenongkah ke alam remaja

Berbeda tingkah laku, karisma

Ilmu yang dihadam semakin mencabar

Bertambah subjek akaun, perdagangan,

Mandat kupikul jua bertambah

Pengawas, presiden, bendahari setiausaha kugalas

Bagi memantapkan sahsiah kepimpinan diri

Kumenginjak dari PMR ke SPM dan akhirnya STPM

Begitulah kututup tirai zaman persekolahanku

 

Detik Itu

Kuberjaya menempatkan diri antara mahasiswa

Nun di bumi Sintok, Kedah

Ilmu Budi Bakti tersemai dihati

Kumencorak fikrahku persis ilmu yang dititip

Rintangan halangan dugaan ditempuh

Merintis untuk menggapai segulung ijazah

Alhamdulillah, kuberjaya ke pentas itu

Bagi merencanakan laluanku yang seterusnya

 

Ya Rahman Ya Rahim

Detik itu dikala perit jerih duka pilu

Yang kutempuh yang kulalui

akan kukenang sampai ke akhirnya

semoga semangat itu tidak hilang

tidak lapuk dek arus usiaku

 

Detik ini, tiba masa untukku membalas

Segala titik peluh keringat

Penat lelah ayah dan bonda

Menggalas bebanan yang berbekas dibadan mereka

 

 

Ya Allah, kau permudahkan urusanku

Dalam menempuh titian hidup yang terbentang luas

Berbekalkan ilmu, iman didada nan setipis seurat benang

Kau padukanlah semangat juangku

Kau biuskan hati ini andaiku terkuis dari landasanMU

Kau kentalkan jati Imanku untuk terus bertali arus

bermujahadah di jalanMu

 

 

Ya Rab, tabahkan hatiku, cekalkan hatiku

utuhkan pegangan ‘addeen’ku..

Amen…amen.. ya rabbal alamin.

 

 

iLham cipta

 ‘ siMpLe-sHida ‘

26 Muharram

hasil idea nukilan..

nurul ashidah binti johari

n0 4, taman terus maju

32000 sitiawan

Perak

 

 

Nukilan “ Detik Itu ”

Dilayangkan khas untuk sahabat seUUM –fakulti pengajian antarabangsa 2003-2006, students smk ahmad boestamam, sitiawan perak, sahabat seperjuangan di Ukhwah.com+Raudhah.com.. akhirnya buat semua muslimin muslimat seantero dunia. 

 

 

Jatuh bangun suka duka itukan putaran alam. Selagi nafas belum terhenti, sama-sama cuba cungkil diri untuk menabur bakti pada keluarga, agama, bangsa & Negara. Selamat bermujahadah .. salam perjuangan dari simple-sHida.

 

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir….” Surah Yusof ‘ Ayat 87

Wallahu’alam..

3266404264_7a1aff1fa5_o