“ Pautan Ukhwah, Terungkai Mahabbah”

Dalam meniti rencam rutin harian
Pasti ada tempang, lopak nan berliku dilalui
Suram, dingin, pilu, sebak menyulam memori syahdu
Tawa, ria, suka dan ceria turut diselang-seli

Pejam celik sudah pun menjangkau usia lebih 5 tahun
Kukenal dengan sahabiah yang berlatarbelakang pelbagai bidang
Berbeda fikrah, bermacam gaya dan tingkah laku fitrahnya
Tanpa medium itu, tidak mungkin kuberdiri seperti begini sekarang

Kadangkala indah khabar dari rupa
Tapi, itukan lumrah alam
Kerna penghuninya membawa identiti tersendiri
Ada yang jujur, ikhlas, ada jua yang bersifat hipokrit
Ironisnya, terpulang pada nawaitu empunya diri
Ke mana haluan tuju yang hendak dilayarkan

Makin hari makin kurang identiti jenamanya
Pasti ada sahaja pelbagai calitan yang diconteng
Dengan lukisan yang indah, samar, calar-balar
Tak menang juga dengan lakaran abstrak yang dicetuskan

Dunia tanpa sempadan mencetuskan global modenasasi
Geliga minda dengan panahan hujah
Bijak jua mencaturkan buah fikiran
Natijahnya, panahan kalam kadangkala berbisa
Tercuit, terguris dek bicara titipan yang tertera

Hari demi hari
Silih berganti mengikut arah putaran jam
Harapan dan doaku
Agar wasilah dakwah bakal diteruskan
Walaupun ombak badai duri menanti
Teruskan derapan langkah perjuanganmu

Pendakian yang belum sampai kemuncaknya
Perlu mendokah menerobos dunia yang penuh mehnah tribulasi
Sirami, bajai, hembuskan taman-taman hati
Yang persis dahagakan ilmu ukhrawi
Fardhu ain, fardhu kifayah menjadi tuntutan aulawiyat

Ya Allah, Ya Karim,
Padukan semangat cintakan ilmu dalam tiap penghuninya
Kentalkan Iman, semarakkan Amal mereka ke jalanMu
Semoga ia terus menjadi panduan untuk menongkah leliku kehidupan
Sesungguhnya kualiti menjadi tunjang sesuatu asas
Bukannya kuantiti yang dikejar semata

Syukran jiddan buat semua yang telah bersama
Mengharungi pahit manis liqa’ yang tercipta
Mohon dedaun kemafaaan dariku atas segala kekurangan diri
Insyaallah ketemu lagi kita semua di alam realiti au alam maya
Portal Ukhwah.com

Dulu, kini dan selamanya
Menyemai kasih, memupuk ukhwah
Ukhwah filllah abadan abadan…

Wallahu’alam.

Ilham cipta
`siMpLe-sHida`
10 Muharram 1430H

Nukilan “ Pautan Ukhwah, Terungkai Mahabbah”ini,
dilayangkan khas buat semua sahabat Portal UKHWAH.com.
khususan ila Kang Razzi Armansur, Hanan Alam Faizi,
istisafa, khalifah, rumaishaa, sadiqah, syahidatul, immad,
semua soff MT Events, moderator, dan semua penghuni taman Ukhwah.com

ila sahabati yang sefikrah, Team NISA’ Serdang,
kepada PENDOKONG ISLAm tak kira di mana jua antum berada.

Salam perjuangan,salam mahabbah wa salam ukhwahfillah min simple-shida.

Ya Allah, angkatlah kegelapan daripada umat Islam, turunkanlah kepada mereka pertolongan yang segera dan rahmatMU yang luas dan keampunanMU yang sempurna, Engkaulah yang MAHA Pengampun dan MAHA Pengasih, Engkaulah yang MAHA membantu memberi kemenangan, sesungguhnya tiada kekuatan kecuali kekuatan ALLAH yang MAHA TInggi dan MAHA Agung….
Amin..amin… ya rabbal alamin….

logo

keluar dlm IKIM.fm.. alahai melepas lg nk dgr..ehehe.. 13 April 2009.