Wibawa Teguh, Ukhwah Pengukuh

brand_tb

Motto yang sgt cantik tampak menarik dan tertarik..eheheh.Alhamdulillah, selesai sudah Team Building bersama Team Nisa’ Serdang di bumi Bandar Sri Putra. Hari yg agak busy bg diri ini. Alhamdulillah, wlpun pengkhbaran mutakhir tentang program Motivasi Bersama NIK MADIHA baru kutahu sehari sebelumnya.. lantas dek kekosongn program di pagi hari terus ku isi utk ke sana.

Awalnya, dicop utk ke Majlis Penutup MSSM, di Stadium Bukit Jalil, diikuti dgn Ijtima’ Pendidik utk guru Mate, Sains, Pendidikan Islam. Namun, surat cinta utk ke MSSM sampai terlebih dahulu, maka kena ke sana lah. Wlpun hati ini prefer utk ke ijtima’. Ijtima’ 8.30-4.30ptg. Mjlis penutup 2.00ptg. kok bagaimana utk keduanya sih..So, setelah berjumpe dgn PK, diarahkan ke MSSM. Emmm..

Maka, dek kekosongan jadual event pg sbtu, bersama shbt ke Masjid Saidina Uthman utk mendengar slot Nik Madiha. Syukur alhadmulillah, bicara yg mmg BEST. Bguih adik ni. Byk input, tips dilontarkan buat remaja kini bagi menongkah leliku kehidupan dgn penuh mehnah tribulasi.

Beliau menekankan dua FAktor DOMINAN yakni HabblumminaAllah wa HablumminanNAS. Hbungn dgn ALLAH + Hubungan dgn MANUSIA. Diterapkan rencah sabar, tabah, cekal dan IKHLAS dlm tiap peri amalan rutin. Maka, rasa hidangan setiap hari mmg lazat berkrim ditambah dgn perisa BArakohNYa.. MasyaAllah. Mekap yang selalu dilazimi melalui pembacaan Kalamullah, serta amalan sunat yg mencorakkan lukisan itu lebih indah. SubhanaAllah.

Tetiba dlm rancak berkalam, blackout sebentar. Hehe.. Alhamdulillah dgn izinNya, bekalan elektrik kembali pulih. Ayah tercinta ‘Pok Nik’ turut berkongsi ramuan RAHSIA utk mendidik anak dgn menekankan SUMBER HALAL utk santapan keluarga. Penerapan nilai ISLAM sgt ditekankan bg melayari kehidupan dgn lebih harmoni dan mawaddah😉

By 12.45 selesai sesi slot Nik Madiha, tiba sesi QnA. Sempat ku dgr 3 soalan.. kemudian terpaksa melangkah kaki keluar utk persiapan barang ke Team Building dan ke Bukit Jalil. Melangkah kaki pulang menapak.. setiba di Darul Nadwah, terus ‘pack’ all the things utk ke program seterusnya. By1.45pm bersama cikgu Azurah ke Bukit Jalil.

By lrt ke Bukit Jalil, ohh dekat je. Igtkn jauh. Sampai je Stadium Bukit Jalil, mencari kaunter pendaftaran. Emmm, besaq tmpt ni ye. Dgn cuaca yg mmg boleh tahan. Bersinar memancar menggalakkn utk menyingah ke deretan air utk meneguk bg membasahkan tekak yg kering kontang😉

Yeah.. jumpe dh meja kaunter. Yeahh, misi diselesaikan dgn jayanya..kih..kih.. usai je menunaikan tggjwb.. ca alif ba wau ta.. hehehe..

Terus ke destinasi ke BTS, by komuter ke stesen UKM.Alhamdulillah, smpai awal. Igtkan mmg lewat. By3.40 dh smpai ukm. Waiting dik Fitrina dlm 5 minit je. Ditemukan dgn adik Ukhwah.com + usrah online. Maka, kami berhiwar dgn kepelbagaian kisah. By 5 menuju ke tmpt program.

Wibawa TEGUH, UKHWAH pengukuh. Insyaallah menjadi momentum pd kami Team NISA’ Serdang utk terus melangkah membuat anjakan dan terus berjuang di jalan dakwah.. Sirru ala barakatillah =D

Pelbagai dugaan diUji, diBius, diSuntik ..akhirnya by 2pm selesai penutupan Team Building di tepi Tasik Cempaka dgn santapan makan thari. MAbruk buat semua adiks+sahabt Nisa’ Serdang yg telah bertungkus lumus utk TB. MOge infaq saham bakal ditambah bg tiap gerak kerja yg telah dituaikan.. Ameen.

Sebelum ni, dh lama kotak mindaku memikirkan utk membuat perubahan yakni reformasi utk intipati ramuan dan kandungan utk blog grenncastle. Insyaallah lps ni, byk sesi komentar + diskusi dibangkitkan manakala blog simple-shida more to kembara kehidupan.

Insyaallah, cuba mendobrak pemikiran ke arah yg lebih kritis+kreatif utk menjana cara pemikiran yg di luar kotak.. Think out of the box. ILmu ni luas, wajib disemai dlm diri utk lebih byk mendalami dgn ilmu duniawi dan tak pentingnya ilmu ukhrawi. Medan dakwah salah satunye melalui blog ini.

Ada sahabat ada melontarkan pendapat. Nape nk buat blog? Nape nk buat open diari? Bukan ke lagho tu.. emm.. Nah, ini lah salah satu serangn halus andai ianya terkesan di tiap hati yg membaca butiran ayat di paparan skrin. Dakwah bi Lisan.. ni salah satu indirect yakni penulisan. Hujah, perkongsian ilmu dibangkitkan, dikongsi pada semua pelayar blog.. moge ada sekelumit ilmu yg dpt ditebarkan buat taman hati yg dahagakan ilmu.

Jadi, tuntasnya di sini sebenarnya bermula titik permulaan utk kita beraksi di medan penulisan dgn melontarkan buah fikiran, buah Minda dan panahan kalam yg insyaallah kadangkala mmberi ‘bekas’+’parut’ pada pembaca sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Pada yang ada bakat utk menulis, maka jom mulakan langkah dgn mencipta blog, dikit demi dikit berkobgsi ilmu yang ada. Insyaallah melalui sedikit itulah bakal mencambahkan bergunung-gunung limpahan ilmu.

Doakan diri ini dan juga sahabat blogger, moge terus menitipkan kepelbagaian ilmu utk tatapan pelayar. Dgn niat yg Ikhlas tanpa ada unsur PENYAkit HATI.. insyaaallah.

 Harapanku agar pelayar dpt memberi sedikit komentar utk diri ini lebih meneruskan medan ini dgn pengisian yg dapat memberi impak, suntikan ke arah yg lebih POSITIF … bagi membina MAGNET DIRI..hihi.. pinjam trademark  mr Amin Idris dan mencipta diri lebih berpengaruh..

 Akhir kalam, doakan simple-shida diberi kekuatan dlm mengait sulaman, leliku dan mendongkah arus yg getir. Moga diri ini, akan disulam dgn sabar, cekal, tabah dan IMAn yg utuh bg meneruskan sisa hidup sebagai khalifah au little.muslimah.. little.mujahidah di muka bumi ini.. Ameennn.. BArakallahu lakum jami’an. 😉

think

 Buat team uc.maaflaa xdan je nk wat planner dlm yG. Busy je..hihi.

Okeylaa. Kekadang ss buat dlm blog je. Nk listkan takwim kembara perjalananku minggu ni.. till awal jun.

 Planner (*-*)

26 Mei-meting pOst mOrtem-tB, Bangi 9pm.

29 smbutn hari GURU, smk btr

30- wedin NISA’ Serdang-sumayyah, msjid Uniten

   – adik ain balik dr sabah.fetch her.

31.1.2 jun- kem motivasi, Gombak

4.5.6 Jun – meeting, Shah Alam

7 – wedin Azemi, N9

 Cuti sekolah 30 Mei – 14 Jun.. yeahh.. school holiday !!