BISMILLAH

Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Besar..Nabi Muhammad s.a.w. sama-sama rafakkan rasa syukur kerna masih lg diberi nikmat Iman, Islam dan pelbagai nikmat yg lain. kita sematkan dlm hati agar terus melazimi melakukan amar maaruf.. insyallah.

okey, intipati blog kali ini, berkisar tntg Taufik vs Hidayah. ana nk ajak antum berfikir di luar kotak minda.. sambil menitipkn kalam utk kita berdiskusi..’brainstorm’.. yumkin juge boleh terus pOst mOrtem utk entri ni.

acapkali kita berdoa.. ya Allah, berilah HIdayah..Taufik pada kami.. namun, faham ke ape perbedaan antara dua frasa ni. ( frasa kot..ehehe.. ) adakah taufik itu kata kerja? adakah hidayah itu ayat subjektif? em.. jom, kita selami dan identifikasikan 2 ayat di atas.

** TAUFIK dan hidayah adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Muslim wajib meyakini pintu hidayah sentiasa terbuka di sisi Allah untuk sekalian makhluk-Nya. Hidayah Allah apabila ‘mengetuk pintu hati’ seseorang, nescaya pasti menjadi lembut dan senang menerima nasihat, teguran serta bimbingan atas dasar agama.

Kisah Saidina Umar yang terkenal dengan sifat bengis sebelum memeluk Islam, bertukar watak sebagai pembela Islam yang agung selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Itulah anugerah besar yang tidak dapat dihitung nilainya selepas mendapat hidayah daripada Allah.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh umatnya supaya mereka lembut hati tatkala membacanya, mendengar dan memahaminya. Semua itu terkandung hikmah supaya manusia mudah mendapat hidayah Allah.

“Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” (Surah az-Zumar, ayat 23)

copy min http://nurjeehan.hadithuna.com/

ana menaip artikel ni.  Taken from majalah dwn Agama & falsafah- Mei 2005 m/s 24-25.

 Oleh Ibnu Ahmad Kurauwi. “ Hidayah Allah “

Hidayah adalah pemberian dari Allah. Dari Wahbah al Zuhaili – Kitab tafsir al MUnir. 

Allah anugerahkan manusia 5 btk hidayah:

Hidayah al Ilham al-firi

–         berlaku kpd kanak-kanak kecil sejak mula kelahiran

–         datang dlm bentuk tabiat/ kelakuan tertentu

–         cth menangis, lapar.. etc.

 surah Al Qasas 56

 HIdayah al Hawas – pancaindera

–         bersifat menyempurnakan hidayah jenis di atas. ( no 1)

 Hidayah al AQL

–         aKAL.. kita dapat membezakan sama ada ianya Pahala / Maksiat / Benar / Salah / Halal / Haram etc.

 Hidayah al Din

–         sumber datang dari nafsu & syahwat – yang mendorong ke arah maksiat & kebinasaan.

–         Jika seseorang buat jahat.. hidayah ini akan mengingatkan manusia kembali ke jalan benar !!

Surah al Balad 10.

 Hidayah al Ma’unah wa al Taufiq

–         hidayah ini yg diperintahkan oleh Allah supaya setiap individu Muslim berterusan memohonnya

–          ( Tunjukkan kami Jalan yg LURUS – al Fatihah :6.

 Konklusinya.. hidayah terbahagi pada 2

  1. Hidayah UMUM yakni hidayah dari no1-4
  2. HIdayah Khusus yakni hidayah no 5.

 Wallahu’alam….. 

** irOnisnye.. ape pandangan antum tntang tajuk di atas?

kolum_mousejom..klik lantas menaburkan idea anda. 😉