solat1

Kita tidak pernah mencipta rasa cinta,
tetapi kita hanya menerima rasa cinta tersebut.

Kerana itu di dalam laman web ini, saya sentiasa menyarankan untuk selalu berdoa agar Allah berikan kepada kita rasa cinta padaNya. Kita tidak mampu menciptakan rasa cinta itu tetapi ia adalah kurniaan Allah SWT lalu kita memohon untuk mendapatkannya.

Begitulah dengan khusyuk di dalam solat.
Kita tidak menciptakan rasa khusyuk solat,
tetapi kita memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.

Kita hanya mendapatkannya,
bukan menciptakan rasa khusyuk itu.

Perasaan khusyuk tidak mungkin mampu kita perolehi jika kita tidak memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN bahawa sebenarnya ketika solat, kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
(Fahami, hayati dan rasai makna Ihsan).

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
(QS: Thaha 20:14)

Khusyuk di dalam solat itu mudah.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah 2:185)

Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).

Lalu bagaimana untuk memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN itu? Bagaimana mengharapkan agar Allah mengilhamkan kepada kita taqwa dan bukannya fujur? Kita mestilah ingat Allah agar Allah ilhamkan ketaqwaan dan bukannya menjadikan jiwa kita tertutup rapat, keras membatu dan gelap gelita (fujur).
Mintalah pada Allah, komunikasilah denganNya di dalam setiap apa yang kita lakukan, fikirkan, rasakan dan semuanya agar kita sentiasa ingat Allah.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(QS: Al-Insyiqaaq 84:6)

Kita bersolat setiap hari 5 waktu, tetapi kita masih memiliki masalah jiwa (penyakit a’in). Kita masih berasa hebat dan merasakan orang lain tidak hebat. Kita sentiasa berasa taksub, dengki, megah, sombong, riak, ego, takabur dan lain-lain sifat mazmummah.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(QS: Al-Ankabuut 29:45)

Berapa ramai orang yang solat namun hanya mendapat letih dan penat.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

********

Adakah solat itu suatu keperluan atau kewajipan? Siapa sebenarnya yang memerlukan solat? Allah atau kita?
Jangan jadikan solat itu semata-mata hanya kewajipan.
Jadikanlah solat itu satu keperluan (di dalam solat itu ada hikmah untuk di miliki) untuk diri kita disamping
ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita lakukan.

Maka yang memerlukan solat itu sebenarnya adalah kita. Jika kita melakukan solat kerana kewajipan semata-mata, ia seolah-olah seperti Allah yang memerlukan solat. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Jika manusia tidak memuji Allah sekalipun, Allah tetap Maha Hebat dan Maha Berkuasa. Tidak sedikit pun menjejaskan pujian ke atas Allah.

Masalah utama kenapa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun kita masih berasa solat itu sangatlah berat. Ini kerana kita tidak pernah atau jarang sekali mengecapi nikmat solat.

Solat itu lebih baik daripada tidur.
Ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan istirehat untuk umat islam di mana ia lebih baik daripada istirehat tidur. Tetapi mengapa masih tidak kita kecapi? Mengapa terasa penat dan letih ketika melakukan solat? Ini kerana kita gagal mendapatkan rasa khusyuk di dalam solat.

 

*******
Adakah saudara belum pernah merasai nikmat khusyuk di dalam solat? Saya tidak mampu memberikan rasa khusyuk tersebut tetapi inshaAllah
(dengan izin Allah) saya boleh bantu bagaimana untuk memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.

Sesungguhnya khusyuk di dalam solat itu sangat mudah. Tidak seperti yang telah banyak diperkatakan di mana khusyuk di dalam solat mesti dicapai dengan pelbagai syarat yang awalnya sudah menjadikan solat itu berat.

Analogi: Jika saya mampu dan sentiasa merasai nikmat air kopi, namun sesungguhnya saya tidak mampu menceritakan betapa nikmatnya air kopi tersebut kepada mereka yang belum pernah merasakannya.

Tetapi saya hanya mampu memberitahu dan mengajar bagaimana membuat air kopi dan cara terbaik untuk meminumnya agar sesiapa pun dapat merasai nikmat air kopi sepertimana saya serta mereka yang lain dapat merasai kenikmatan air kopi tersebut (dengan izin Allah).

*********

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) Segala binatang Yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang meyakininya. dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki Yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang mahu menggunakan akal fikiran. itulah ayat-ayat penerangan Allah Yang Kami bacakan kepadamu (Wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka Dengan perkataan Yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaannya (Mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
(QS: Al Jaatsiyah 45:3-6)

solat2

http://www.fuadlatip.com copy paste min blog ni.

alhamdulillah, terpilih utk ke sesi kuliahnye..with geng nisa’ wp. intipati yg sgt enak !!😉