tag

Kuatkan UKHWAH. Janakan TARBIYYAH 

8-9 Ogos 09, berlangsung Team Building NISA’ SELANGOR, bertempat di Puncak Lui, Hulu Langat. Alhamdulillah, mampir 2 bulan ke hulu hilir, meeting d Shah Alam, Pandan akhirnye tiba saat utk berprgram.

Kepelbagaian slot + modul diselitkan dlm TB. No body perfect but then we must alwiz try to be the best as we can. Bukan mudah utk merealitikan sesuatu impian apetah lagi yg dirancang bukan semua dpt direalisasikan. percaturanNYA tak dpt tidak dinafikan hatta ditepis.

Namun, kami soff pelaksana merangkap pimpinan NISA’ NEGERI SELANGOR cuba menyajikan sajian yg lazat selagi mampu. Andai ada rasa masam-masam manis, kelat, masin ke… juga tawar andalah penentu masakan tersebut. Segala yg terkurang ampun dan maaf dipintal ye😉

Kita idup ni, saling timbal balik, lengkap-melengkapi dan sememangnya tidak mampu berdiri sendiri. Jadi, ape yg penting kerjasama ehehe..

nisa.pusat

Bermula slot ice-breaking.. diikuti dgn perasmian min DR ROSNI KETUA NISA’ MALAYSIA. Rehat mengisi perut. Laman rohani.

Diikuti dgn slot kedua oleh ust ZUL. Pengisian utk bekalan seorang dai’e. bgaimana bersosial smbil menjaga ikhtilat seorang NISA’. Diikuti dgn slot diskusi SWOT.

small

Rehat mengisi bekalan spiritual.. disusuli dgn slot riadah. Aksi ekstrim..ehehe.. memecahkan belon lawan. Disambung dgn konsep wala’ pada pimpinan. Kepenatan, keletihan terasa namun, serikandi tetap melangkah dgn derapan yg mantOp.. menuruni bukit sambil mata ditutup. Begitulah umpama dlm perjuangn yg bernama DAKWAH ni.

Bukan mudah, bukan senang. Perjalanan yg memerlukan kita mengharungi, melalui, merasai segala perit jerih, onak duri yg melintang membujur.. Alhamdulillah, semua pimpinan NISA’ kawasan, tetap tegar, tabah dan cekal meneruskan langkah hingga ke destinasi yg dituju.

Benang yg dipegang umpama kita memegang TALI-TALi ALLAH. Itulah pegangn kita yakni ISLAM. Walu di mana bumi kita pijak. ISLAM kita julang, kita JUNJUNG AL QURAN dan sunnah!!

me speak

Sesi makan malam, disusuli dgn pengisian rohani yg ke 4. zikir munajat berkumandang dlm dewan solat, sambil secebis mutiara hati disampaikan yakni perihal isti’ab… daya tampung atau kemampuan utk berdakwah dikupas dari buku sheikh FATHI YAKAN.

Bersambung dgn acara makan lg. BBQ. Sambil menunggu ayam , ikan dibakar. Slot free show ditayangkan oleh setiap kumpulan. Aksi dikir barat, pantun, sajak dan pantomime. Eehhheehe.. sgt sporting tiap kumpulan dgn peel, aksi dan mcm-mcm gaya ditonjolkan. Syabas bettti!!

Maka, terkeluaq aksi wonderpetss, sailormoon, ultramen, dan macam-macam daaa.😉😉

Aksi chicken dance hehee. Sgt mencuit hati. Selesai senaman panca indera, makan lagi.. ayam dan ikan disantap. Diakhiri dgn bacaan al mulk dan masa utk merehatkan fizikal, mental dan tidoooooo ..

Jm4.30am, tadabbur alam. Ya ALLAH, syahdu rasenye. Dgn sejuk yg mencengkam ke tulang sum-sum. Andai dpt kubersama sahabat tunduk sujud padaMu… pasti berjujuran air mata jatuh kebumi. Ya Rahman Ya RAhim, moga KAU mendengar isi hati kami… kau BANTUlah gerak kerja KAMI. KAu AMPUNkanlah dosa-dosa kami ya ALLAH…

Sebenarnya slot ni, dipimpin oleh ummi yam-ustzh maryam. Namun, beliau xdpt bersama. Namun, ustazah engginerr 😉 membantu utk menyarung jubah IMAMAH itu.. syukran ya ukhtie =D

Kuhanya mmpu meratib, berzikir padaMU. Moga KAU perkenankan doa KAMI…ameeenn. Usai subuh, hemat diri. Sarapan pagi.

Jm8.30 slot bersama ust. YUsaini Yahya min Perlis diisi. Disambung dgn dialog bersama ketua dewan muslimat Ustzh Wan Hasrina. Moga kita mantopkan lgi gerak kerja di kawasan-kawasan tatkala pulang nnti ya!!

Sebagai penutupnye, ucapan dan amanat dari ketua NISA’ SELANGOR yakni kak masitah.. kalam yg cukup membara membakar hati-hati yg mndengar.. insyaallah kami akan berjuang hingga ke titisan dan garisan penamat. Last but not least,  cebisan kenangan dilayangkan sebagai tatapan kenangan bersama… syukran jiddan pada unit Multimedia & merangkap peralatan adik FARA. Bertungkus lumus utk menyiapkan slide kenangan terindah!!

Akhir slot. Diisi dgn bai’ah + doa WEHDAH. Ya ALLAH, selesai sudah team building NISA’ SELANGOR. Mohon maaf dipinta min ana simple-shida hamba yg serba serbi dhaif ini. Dedaun kemaafan juga ana mewakili soof pimpinan pelaksana & NISA’ NEGERI SELANGOR di atas di bwh di sebalik kelemahan dan kekurangan yg menimpa, tertimpa, dialami dan segala yg tempang, jurang itu.. dari kami yg serba kekurangan.

Insyaallah, sama-sama kita padukan derapan langkah. SATUKAn fikrah, perkemaskan ORGANISASi. Mantopkan GERAK KERJA. Ini taklifan utk kita .. maka, cuba sedaya habis utk melakukan tanggujawab ni dgn sebaiknya.. salam perjuangan..

Tahniah dan syabas pada semua.. khususan soff NISA’ NEGERI.

Kak masitah, arfifah a.k.a eii, kak azie, kak farah, syazwani, fatiah, fara, ain, shahida, kem komanden niza,  dan semua peserta yang dipilih dan terpilihNYA utk bersama berhimpun SATU HATI merealisasikan TEAM BUILDING NISA’ SELANGOR.

Kuatkan UKHWAH, janakan TARBIYYAH. Insyaallah, jumpa lagi di program yg seterusnya. Syukran jazilan  wa mataasif jiddan. Ilalliqa’.

Wallahu’allam.

badge