bismillahirrahmaniirrahim. AssaLamualaikum w.b.t

nk mencoretkan monoLog nan bisu utk refresh myseLf. hari ni bgun pg.. kepala sedikit sakit.huhu. berlarutan ke sekolah. aduh.. nape ek?  syahid bbrp minit di meja bilik guru. 1st & 2nd period msuk kelas.. asek nguap je. huhu. masuk klass form 5, xde PnP. trial spm since last week.

end klass back to teacher’s room.rest.. after wake up, alhamdulillah lega skit. basuh muka. bce buku + mjlh ats meja. smlm beli mljh I. intipati tntg yakjuj makjuj…erm kiamat hmpir sudah??! pelbagai kejadian yg menunjukkan tanda-tanda kecil melata seantero dunia. uhuhu..

jm1pm, back home. operasi mengemas umh. pc dibw ke atas.clean all the things. selesai mengadap bertapa pc😉 lalu expLore..

09/09/09 angka yg sgt cantik. ada ape dgn nombor? sometin happen today? insyaallah masing-masing sure ada kisah yg best .. sediss.. dll dlm diari hidup 09.09.09. checklist diri rmdhn ni.. ada buat tadarus ke? dh khatam? solat sunat tahajjud? hajat? taubat? istikharah? derma? zikir? jemaah di msjid surau? sahur? p majlis ILmu? erm..erm.. tepuk dahi tanye diri sendir!!😉 adakah rmdhn ni lebih baik dari yg lepas?  wallahu’alam

nuthin to say anymore. mohon doa dipanjatkan buat penaip ini, utk meneruskan perjuangan hidup yg persis berbaki bbrp hari. hrpn dan rintihan agar masih lg diberikan kesempatan utk terus menabur bakti nan sekelumit utk bekalan ke alam lain insyaallah.

pecutan utk 10 hari terakhir.. utk bertemu dgn kekasihKu.. habibi..😉 upss.. insan yg tanpa DIA tiadalah insan bernama simple-shida ni lahir ke dunia nyata.  sama-sama kita rebut hari istimewa LQ-lailatul qadar. full house dgn zikir, bacaan ayat suci kalamuLlah, infaq wang, tenaga, idea, etc.. sedekah SENYUM yg paling mudah😉😉

utk titipan bersama.. terimalah sajak simple touch by simpLe-shida😉

Sejadah Hijauku

 

rintihan kasihMu

rayuan nikmatMu

hembusan rinduMu

tercalit terpercik

Ya Allah, hiba bucu hatiku

mencarik keampunanMu

mendamba cintamu

mencari hamparan kasihMu yang tidak terhitung

 

 

tatkala dimalam syahdu

titisan menitis disejadah hijauku

meratapi rentetan kehidupanku

mengimbau sejarah silamku

lantas terkenang zaman lebih separuh abadku

jejalur corak terlukis dipakaianku

gegaris tercalar di sebalik tudung bajuku

 

Ya Rahman, Ya Rahim

Yang Maha Pengasih nan Pemurah

Kau titipkan haruman dan wangian

Kau lemparkan debunga manisan

Kau renjiskan rahmat ujianMu

buat insan yang dahagakan belaianMu

 

kusujud tunduk padaMu

meratap gegalur dosa yang melingkari

menangisi perihal disebalik helaian diariku

merayu agar masih ada waktu

utk hambaMu yang naif diberi rongga

bagi memadam kesan parut dan luka yang berserak

 

ya Allah, ya Karim

janganlah kau pikulkan kepadaku

apa yang tak mampu kujinjing

ampuni pepasir dosaku

jernihkan kelodak taman hatiku

sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar

lagi Maha Mengetahui

Ya Allah ampunilah hambamu

Amenn…ameen..ameen.

 

simple-shida

16 Ogos 2009

Darul NAdwah, Cheras.KL.

 

 ijo