salam syawal mubarak😉 byk dpt duit raye? ehehe. ss ni dh keje pun msih lg dpt duit raye. ehehe. syukran yg menghulurkan pd ss, hihi. mencoretkan catitan kembara di bulan syawal.

ke masjid solat sunat eid bersama pak usu. penuh sesak masjid. masyaAllah.. alhamdulillah, meraikan syawal yg penuh nikmat dan rahmatNya. moge kite semua kembali ke fitrah😉 ameen. sesusai khutbah..bacaan doa, pulang ke kg nek.  sesi bersalaman dan bergambr bersama sanak sedara.

ramai kerabat ni. family pak ngah- fmilyku. family pak tam, family pak lang, family mak teh, family pak cik, yg tak de di pagi rye family pak long. beginilah suasana beraya dgn sanak sedara. meriah.. mcm-mcm peel. baju berwarna pelangi.. tema thun ni ramai yg pilih ijo😉 termasuklah ss.hehee.. thun lps ramai biru. subhanaAllah.. bersalam-salaman..mohon keampunan..

S6305735

1st rumah ke rumah pak tam. blkg umah nek je. diikuti rumah pakcik.. mak teh. singgah ke umah nek lang. smpai ke ptg beraya. mlmnye, kami berehat. syawal ke 2, sebelah siang..ss duduk rumah je. mlm bru folow family.

syawal ke 3, bersiap utk pulang perak. destinasi pertama ke labu, n9. umah pak usu. next beraye di rumah umi-naza_firman mmber Ukhwah.com. then  ke nilai 3. mak..abah nk shoping beli karpet. maka, berjalan kami mencari kedai yg murah lg best.ehehe. ss jarang ke sini. nth..penin nk pilih yg mana satu idaman kalbu😉

S6305788

dh abih shoping.. bergerak ke rumah abang abah di trolak, sungkai. mkn laksa… bestt.. then mak abah ke kampar.. kami terus back ke rumah. singgah sebentar jamak takdim di msjid lekir.. usai solat, perut pun lapar.. singgah di medan selera.. bersantap. Alhamdulillah, perut dh diisi.. kami bertolak pulang. smpai umah by 9.30++ terlafaz tq to Allah. syukur perjalanan yg selamat ..

S6305779

plan nk beraya d sekitar manjung ..sitiawan..teluk intan. tpi, nampak mcm bertukar plan ni, mak abah nkk ke kelantan. ada kenduri kwin.. adik pada kak long.😉 my cute  petsis..hehe. mukhlis.. adiknnye sebaya dgn adikku ain. emm.. redha dan pasrah ye.hehe. upss, jodoh dan ditentukan… nampknye mcm ss folow the trip je. hehee.. yeahh… jenjalan ke kb.😉

okeylaa.. nk menitipkan adab d bulan syawal. haa.. apelg, aplikasi dan praktikkalkan ye. slmt beraye. pesanan jgn mkn ketupat, lomang, kuih byk sgt. nnti perut kembong ehehhee.. ;) 😉 jgn lupe..pose 6  ek… ok igt tau !! 

PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL

1) Disunnatkan berpuasa 6 hari dalam bulan syawal, berdasarkan perintah Nabi SAW : “Sesiapa berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun”.

2) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan berselang seli tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara berturutan selepas hari raya pertama.

3) Melewatkan puasa sunnat syawal akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera melakukan ibadah adalah lebih afdhal.

4) Menurut ulama’ terkemudian dalam Mazhab Syafie seperti al-Khatib asy-Syarbini dan Imam Ramli, orang yang menunaikan puasa kerana qadha, nazar atau sebagainya dalam bulan syawal akan memperolehi pahala puasa sunnat syawal.

ADAB BERTAMU

1) Berziarah pada masa yang sesuai dan disenangi tuan rumah.

2) Masuk ke rumah setelah diizinkan dan memberi salam.

3) Menjaga mata, jangan liar memandang ke sana ke mari.

4) Tidak meminta sesuatu yang boleh menyusahkan tuan rumah.

5) Tidak berziarah ke rumah yang boleh mendatangkan fitnah seperti berdua-duaan tanpa mahram dan sebagainya.

6) Tidak berziarah semata-mata tujuan memuaskan kehendak perut.

7) Jangan duduk terlalu lama atau terlalu bersegera hendak pulang.

8) Meninggalkan tuan rumah dengan salam dan berjabat tangan sesama lelaki atau sesama perempuan.

ADAB MENERIMA TETAMU

1) Memuliakan tetamu dengan bermanis muka dan kata-kata yang sopan.

2) Memenuhi hajat tamu jika ia memerlukan bantuan mengikut kemampuan.

3) Tidak membezakan layanan antara tetamu yang berada dan sebaliknya.

4) Tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah supaya dipuji orang.

5) Memberi jamuan walaupun ala kadar sebagai penghormatan.

6) Menerima, melayan dan memuliakan tetamu termasuk ajaran Islam dan ciri-ciri orang beriman. 

TUNTUTAN BERMAAF-MAAFAN

1) Memohon maaf terhadap sesama manusia adalah satu sikap yang dianjurkan agama, tambahan lagi kepada orang tua dan ahli keluarga.

2) Suka memberi maaf termasuk sifat orang bertaqwa. Firman Allah : “(Orang yang bertaqwa itu) ialah, orang yang menafkahkan harta ketika senang dan susah, menahan marah, dan suka memaafkan orang lain; Allah suka orang yang berbuat baik”. (Ali Imran : 134)

3) Sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang, ketika ia mampu membalas maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan (hari kiamat)”.

LARANGAN BERJABAT TANGAN ANTARA BUKAN MAHRAM LELAKI – PEREMPUAN

1) Rasulullah SAW tidak pernah berjabat tangan dengan wanita bukan mahram, kecuali dengan para isterinya.

2) Islam melarang perbuatan itu dengan tujuan pencegahan awal, supaya jangan sampai timbul fitnah, atau keinginan seksual atau keseronokan.

HUKUM MEMBERI DUIT RAYA

1) Harus hukumnya bersedekah duit raya sebagai satu kegembiraan terutama kepada anak-anak kecil dan orang susah. Sabda Nabi SAW : “Hendaklah kamu memberi hadiah, nanti akan timbul rasa kasih sayang”.

2) Sabda Nabi SAW : “Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”.

3) Walaubagaimanapun, para ibubapa hendaklah mendidik anak-anak agar jangan suka meminta-minta dengan orang lain.

MENERUSKAN AMALAN YANG BAIK DALAM RAMADHAN KE DALAM BULAN SYAWAL

1) Antara ibadah yang sewajarnya diteruskan adalah seperti rajin membaca al-Quran, solat berjamaah, suka bersedekah, berpuasa sunnat, mendengar ceramah dan tazkirah, mendirikan solat sunnat seperti solat tahajjud, tasbih, hajat, witir, rawatib, rajin ke masjid dan sebagainya.