Tips untuk tingkatkan FOKUS !! 

doa hafal

1. Berfikiran positif. Anggapkan masa mengulangkaji pelajaran sebagai masa untuk mempelajari sesuatu, bukan untuk melaksanakan tugasan-tugasan sukar. Jika anda asyik memfokuskan fikiran kepada kesukaran dan kepayahan, otak anda akan menjadi penat sebelum anda bermula lagi. Bayangkan anda sedang mencuba keupayaan diri, belajar sesuatu yang baru, dan mempertingkatkan diri sendiri.

2. Jangan pedulikan kebisingan di sekeliling. Anda tidak boleh elakkan kebisingan. Hanya tempat dan waktu tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya, tetapi ia bukannya mudah. Jangan jadi terlalu cerewet. Belajarlah untuk belajar di tempat yang ‘agak’ bising. Gunakan kaedah ‘Jangan jaga tepi kain orang’ jika anda ingin ‘mengasingkan diri’ daripada segala kebisingan itu.

3. Gunakan kaedah labah-labah. Jika anda membaling segumpal kertas ke sarang labah-labah, ia akan mengesan satu bentuk gegaran lantas bergegas ke tempat itu. Apabila ia dapati hanya segumpal kertas, ia akan berpatah balik. Jika anda membaling kertas untuk kali kedua, labah-labah itu tidak akan bergegas lagi, kerana dia tahu jenis gegaran kertas yang tidak boleh dimakan itu. Begitu juga dengan anda. Jika anda sedang belajar di dalam perpustakaan, pasti ada orang yang lalu lalang membuka pintu, atau membelek-belek buku, atau berbisik-bisik. Cukuplah hanya sekali anda memandang ke arah mereka. Selepas itu, abaikan mereka. Jadilah seperti labah-labah yang tidak ‘tertipu’ untuk kali kedua.

4. Pastikan semuanya ada di atas meja. Buku, alatulis, dan peralatan yang diperlukan sudah tersedia sebelum anda memulakan ulangkaji anda. jangan biarkan kosentrasi anda terganggu hanya semata-mata terlupa untuk membawa pemadam pensil, atau kertas catitan, atau kalkulator. Cubalah untuk berada di meja belajar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda bangun untuk melakukan perkara lain.

5. Lupakan yang lain, penuhkan otak anda dengan apa yang akan dipelajari. Buat satu senarai soalan-soalan dalam kepala anda tentang apa yang anda ingin belajar kali ini. Timbulkan pertanyaan-pertanyaan yang mendesak akal supaya berfikir. Dengan ini, otak akan sentiasa ‘melompat-lompat’ dari satu idea ke satu idea yang lain.

6. Jangan tahan lapar. Lapar boleh menghilangkan tumpuan anda tidak kira apa jua keadaan anda. kadangkala ada pelajar yang pergi ke sekolah atau memasuki dewan peperiksaan tanpa makan terlebih dahulu. Akhir sekali kelaparan merobek usus mereka dan tiada satu pun jawapan yang dia ingat. Usah diseksa perut anda yang sedang menyanyi itu. Luangkan sedikit masa untuk mengisi sehingga hilang kelaparan itu.

7. Buat senarai semakan hilang tumpuan. Bunyinya agak menggelikan hati, tetapi ia penting untuk mengingatkan anda, berapa anda telah hilang tumpuan. Bawalah satu kertas kecil, ditulis dengan tarikh dan masa. Setiap kali anda hilang tumpuan, tandakan (?) pada senarai semakan itu. Buat secara tetap dan berterusan sehingga anda benar-benar menyedari betapa banyak diri anda ‘tergelincir daripada landasa yang tepat.

taken from http://motivasipelajarsuper.com/

To All PMR candidates.. best of luck!! fokus + be cOOl once answer all the questions;)

May Allah bless all …. salam imtihan.. salam kecemerlangan !! go.go.