bismillah walhamdulillah.. coretan ni agak awal utk dilafazkan, apepun, xpelaa😉 sbb nnti dh xpsti sempat ke nk lafaz ..dek byk keje-keje yg akan dtg menghunjam. ptg td, mcm last kelas utk studnts GaLus yg kuajar. hanya 3 org yg mmpu bertahan. yg lain ntahlaa dh balik..

apepun, sabo je tungu bebudak ni dtg. kalau nk buat kelas 2.00. lalu 2.30 bru nak smpai. kalu jm3pm lmbt juge.. pg td.. siap bgtau. cikgu.. kita buat awal ye, 1.45. oh, ok insyaallah. tunggu laa teman ni sensorang dlm library.. 2.20pm.. kalu 2.30 xde, mmg ca alif ba wau ta. mujur sblm jam gerak ke angka tersebut.. 3 org ni dtg.

isshh. kamu ni lah. cmne nk maju? cmni juge. kalu lmbt td, cikgu nk balik dh. selalu xtepati masa. mane yg lain? dh balik etc. mm xpelah. haa, nk ajar ape kamu ni? cikgu bg pesanan..tips je laa. dpt dh handout cikgu bg? sume tips dlm tu. sehari sblm exm.. pg exm..semasa exm. bace tmpal dlm bilik.

bla..bla.ku ngOmel smbil titipkn bbrp tips petua bila nk exm. moge2 kamu semua dpt lakukan yg terbaik! insyaallah..jgn main2 dh. xde masa..huhu. by3++ end of discussion. meneruskan agendaku yg lain..

ok, nk share n sharing utk candidates spm.stpm.stam etc.

 

10 TIPS SEMASA PEPERIKSAAN

1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3. Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4. Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya, tetapi mempunyai markah sedikit.

6. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.
Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

sumber dipetik dlm ni  http://cgnarzuki.com/?p=266

special dedicated to my little sister.. nurul fatin fatimah nadiah nun di maahad khir lil banat kemunting taiping. salam imtihan.. maat taufik najjah wa mumtz dik😉 jwb molek.. insyaallah nnti kak p taiping bile cuti sek mule😉 doa byks, jaga kesihatan.. insyallah mak abah di tanah suci senantiasa doakan kejayaan dik…ameenn!

juge layarkan munajat buat semua pelajar yg telah kuajar.. 5si- all the best in ur prinsip AKAUN + perdagangan paper. also to mpv students.. sucess is not a destination..but a journey. so, move and go step by step. nothing impposible. u can do it!!

akhir kalam.. salam perjuangan.. barakallahu lakum.🙂

lilin