Memahami Cara Bekerja

 Kita tukar pula situasi perbincangan jamuan tadi kepada situasi di tempat kerja pula dalam melihat cara pengurusan yang dipengaruhi oleh dominasi pemikiran yang berbeza ini.

Personaliti Rasional adalah pengurus kewangan yang mempunyai karektor sangat fokus di dalam urusan perniagaan. Bahagian Sumber Manusia selalu merungut akan pengurus kewangan yang baginya terlalu tegas, dan begitu mementingkan fakta tanpa memikirkan perasaan individu.

Manakala Personaliti Tersusun sebagai pengurus yang menguruskan pengeluaran. Kecekapan adalah amat penting dan dititikberatkan. Jabatannya perlu mengikut tatacara dan peraturan yang beliau telah sediakan. Sebarang penyimpangan atau penyelewengan adalah dilarang sama sekali. Segala perancangan perlulah mengikut jadual, dan mengikut masa yang ditetapkan.

Personaliti Perasaan pula menguruskan pusat asuhan dengan reputasi seorang yang sangat disayangi oleh semua kanak-kanak di pusat asuhan tersebut. Kanak-kanak selalu gembira, begitu juga ibu bapa. Penjagaan sangat mengutamakan kasih sayang dan ibu bapa sangat digalakkan untuk melibatkan diri.

Personaliti Eksperimen pula betanggungjawab membangunkan kursus dengan penuh kreativiti. Fungsinya adalah sebagai ketua bagi pegawai latihan. Segala susunan kursus dibangunkan dengan penuh imaginasi, malah idea-idea yang dinyatakan ada yang belum pernah didengar sebelum ini (begitu unik). Perkara utama yang menyebabkan ianya menjadi ketua adalah kerana caranya menyusun pembangunan dan perancangan yang lebih awal (wawasan yang tinggi) dan sangat bagus di dalam bidang konseptual bagi rekabentuk prototaipnya. Namun begitu, cabaran terbesar baginya adalah dalam perlaksanaan segala idea sepertimana yang dirancangkan.

Memahami Cara Pengurusan
Personaliti Eksperimen : intuitif, holistik, sukakan cabaran dan berani menghadapi risiko.
Personaliti Perasaan : sangat melibatkan diri, semangat berpasukan, selalu orang menyifatkan mereka ini aset yang sangat penting
Personaliti Rasional : logikal, analitical, bottom-line tough, membuat keputusan berdasarkan fakta, melihat kepada realiti dan kenyataan semasa dan sekarang.
Personaliti Tersusun : sangat terperinci, berstruktur, tetap, tiada simpang menyimpang (terus) dan tidak meragukan.

Kesan Dominasi Pemikiran <!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

Dominasi pemikiran ini membawa kepada cara kita berfikir, yang mana mempengaruhi minat dan kecenderungan yang mana akan memberi kesan di dalam menentukan pemilihan kerjaya dan pilihan, bagaimana untuk mencapainya dan bagaimana untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi.

Personaliti Eksperimen : Wawasan (visi) dan matlamat yang jelas, keberkesanan strategi, idea yang luarbiasa hingga menghasilkan produk yang boleh berjaya hingga ke peringkat global.

Personaliti Perasaan : pelanggan/ pekerja / kepuasan komuniti, isu moral dan keberkesanan kumpulan dan komunikasi

Personaliti Rasional: kewangan, peringkat bawahan (bottom line), berkaitan teknologi

Personaliti Tersusun : perlaksanaan mengikut masa, perancangan taktikal, kualiti kerja tanpa sebarang kesilapan (zero defect quality)

 Maka kecenderungan ini membawa kepada:

 Personaliti Eksperimen : membina jangkaan perangkaan untuk jangka masa panjang (untuk 10 tahun misalnya)

Personaliti Perasaan : menguruskan konflik berkaitan emosi dan resolusi perbincangan

Personaliti Rasional : mengurus dengan teliti analisis berkaitan nombor

Personaliti Tersusun : membina perancangan projek dengan sangat terperinci dan mengikut masa yang ditetapkan

Apa yang dapat dilihat adalah semuanya adalah sangat penting, tetapi adalah lebih penting dalam memahami kejayaan menggabungkan semua ini dalam membangunkan sesuatu kerja.

Applikasi Penggunaan Cara Pemikiran

Membuat keputusan
Proses membuat keputusan dapat dibuat dengan baik apabila mengambil kira pelbagai pilihan yang ada dengan perspektif yang berbeza. Sebagai contoh dalam membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta.

Personaliti Eksperimen : melihat kepada nilai estetika, warna, stail dan inovasi yang dinyatakan bagi kereta

Personaliti Perasaan : akan memandu uji kereta bagi merasakan sendiri

Personaliti Rasional : akan melihat kepada maklumat persembahan sebenar akan kenderaan tersebut (kelajuan, teknologi enjin, teknologi tayar dan sebagainya)

Personaliti Tersusun : membaca laporan pengguna untuk mengkaji secara mendalam akan kebolehupayaan dan kebergantungan , perkara praktikal dan lain-lain seperti saiz keluasan tempat simpanan, rekod keselamatan dan sebagainya (dengan sangat terperinci)

Maka dengan menggunakan Whole Brain Thinking, kita akan cuba berfikir menggunakan keempat-empat cara pemikiran kerana dengan hanya memfokuskan kepada satu sahaja akan diakhiri dengan hasil yang kurang memuaskan. Bayangkan seseorang yang terpikat kepada kereta hanya kerana rupa semata, dan keselesaan memandu semata, tanpa memikirkan saiz keluasan tempat penyimpanan belakang misalnya , maka selepas kereta dibeli barulah mengetahui peralatan golfnya tidak muat pula. Sedangkan itulah keperluannya setiap minggu untuk bermain golf!

Menyelesaikan Masalah

Personaliti Eksperimen : melihat secara keseluruhan iaitu konteks yang lebih luas lagi dan mencadangkan idea.

Personaliti Perasaan: melihat dari sudut permasalahan pengguna dan bagaimana masalah itu akan melibatkan orang lain pula.

Personaliti Rasional : berdasarkan data dan fakta dan analisis daripada masalah yang sedang berlaku

Personaliti Tersusun : Langkah demi langkah dengan begitu teliti akan jalan yang dipilih dan perlaksanaan penyelesaian.

Memperbaiki interaksi di dalam kumpulan kerja

Di dalam kerjasama berkumpulan, kejayaan adalah daripada gandingan perbezaan yang pelbagai antara ahli-ahli kumpulan. Tetapi, seringkali juga perbezaan yang ada menjadi penghalang bagi menjalinkan kerjasama yang baik. Maka dengan adanya pemahaman akan perbezaan cara pemikiran yang wujud, maka dapat membantu mengenalpasti perbezaan yang ada dan menggunakan perbezaan tersebut untuk mencapai kerjasama. Maka ini dapat meningkatkan komunikasi bukan setakat di dalam kumpulan itu sahaja, malah dengan kumpulan kerja yang lain juga yang pastinya mempunyai cara pemikiran yang pelbagai juga.

Komunikasi

Objektif sesuatu kemunikasi adalah bagi menyalurkan idea, memberitahu maklumat atau memujuk seseorang. Pernahkah anda mengalami pengalaman apabila bercakap dengan seseorang tetapi tidak difahami langsung akan apa yang cuba anda sampaikan itu? Ini kerana, cara pemikiran mempengaruhi akan “bahasa” dan set minda seseorang dalam menerima sesuatu mesej untuk difahami. Maka memahami akan cara pemikiran yang berbeza akan membuatkan komunikasi menjadi lebih mudah kerana akan cuba menyampaikan mesej berdasarkan cara yang boleh diterima oleh cara pemikiran yang berbeza. Ini akan mengurangkan kebarangkalian berlakunya salah faham di dalam komunikasi.

to be continue … 🙂