Mengenal Potensi Diri Melalui Warna Diri

Setiap individu mempunyai warna yang melindungi dirinya. Warna pelindung diri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian luaran dan dalaman. Warna luaran mendominasikan 80% sifat individu berbanding warna dalaman. Warna diri ini dikenali sebagai aura yang tidak kelihatan yang bertindak sebagai perisai halus atau benteng diri manusia. CVT mengkategorikan warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Spiritual (Putih), Emosi (Merah Jambu), Mental (Hijau) dan Fizikal (Biru).

Keseimbangan Karektor dan Organ

Selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redha. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor.

Pemikiran mempengaruhi tindak balas organ dalam badan. Sama ada sesuatu organ atau kelenjar itu ingin merembeskan hormon atau tidak atau sama ada organ itu ingin berfungsi atau tidak adalah bergantung kepada cara kita berfikir. Pemikiran yang baik akan menjadikan sesuatu organ berfungsi dengan normal.

Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redha

CVT menemukan rahsianya iaitu gema dalaman pesakit yang terbaik di antara 4 jenis gema iaitu keredhaan selain hening, sabar dan ihklas. Redha atau menerima dengan sungguh-sungguh, merasai kesakitan sebagai suatu nikmat, syukur di atas pemberian itu dan tidak memikirkan rasa sakit, adalah suatu tenaga yang akan menukar sifat-sifat racun menjadi penawar tanpa diduga.

Pada umumnya manusia sekarang ini sedang menjalani kehidupan di dalam dua masa iaitu masa alam dan masa peribadi. Jika frekuensi di dalam minda tinggi contohnya sentiasa hidup dalam keresahan, terkejar-kejar sesuatu dan sebagainya maka manusia akan dikuasai masa alam (hidup dalam masa alam); jika frekuensi minda rendah (delta), seperti sentiasa hidup dalam keadaan hening, sabar, ikhlas dan redha maka manusia akan menguasai masa peribadi (hidup dalam masa peribadi) yang mana masa itulah yang akan menemui rahsia penciptaanNya dengan kehidupan yang damai dan tenteram.

Adalah perlu pesakit dinasihatkan supaya terlebih dahulu bertenang (rileks) kemudian bersabar, ikhlas untuk mendapat rawatan dan akhirnya redha atau menerima segala ketetapan yang didatangkan ke atas dirinya sebagai suatu rahsia hikmah yang sangat besar ertinya.

Redha akan membantu mencapai keputusan penyembuhan yang cepat pada keadaan homeostasis. Sifat-sifat tersebut sebenarnya adalah suatu bentuk tenaga yang akan menukar tindakbalas keracunan yang sepatutnya berlaku namun sebaliknya bertindak sebagai penawar. Dalam pada itu cuba-cubalah pastikan pesakit mendapat rawatan dengan penyerahan dirinya. Kerana ditakuti pesakit sukar untuk sembuh apabila tiadanya gema yang sesuai di dalam dirinya ketika itu. Perlunya tiada sikap berpura-pura, hipokrit dan curiga kerana ia juga akan menjejaskan tindakbalas kimia di dalam tubuh seseorang. Akibatnya kesan keracunan tadi akan menghasilkan karbon dioksida yang pada peringkat tertentu meningkatkan kadar suhu tubuh seterusnya mencipta keletihan dan merebaknya sesuatu penyakit.

Hening, sabar, ikhlas dan redha adalah sifat sel

Orang yang hening akan melakukan kerja-kerjanya dengan penuh fokus, terurus dan tersusun. Begitulah juga dengan sel; ia menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah sangat tertib dan harmonis. Tiada kesilapan atau ralat yang berlaku dalam segala aktiviti-aktiviti sel. Segala aktiviti yang sempurna hanyalah boleh dilakukan apabila berada dalam keadaan fokus dan fokus hanya akan diperolehi apabila berada dalam keadaan hening. Setiap sel tubuh mempunyai tugas-tugas yang tertentu yang spesifik. Setiap sel tubuh amat faham akan tugas masing-masing berdasarkan ilmu masing-masing. Ini menunjukkan bahawa sel-sel tubuh amat fokus dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya.

Walaupun begitu, sel-sel tubuh juga sangat peka (alert) terhadap pengaruh sekeliling. Ia bersedia pada bila-bila masa untuk menerima dan menjalankan arahan sampukan (interrupt) atau kecemasan apabila diperlukan yang mana arahan ini akan diberikan oleh hipotalamus melalui isyarat (hormon) yang dihantarkan kepadanya. Jika sel-sel tubuh tidak bersifat hening, segala aktivitinya akan manjadi kacau-bilau dan fungsi-fungsi organ tubuh terganggu; ini akan menyebabkan berlakunya penyakit.

‘Keheningan’ sel-sel tubuh berkerja dapat diperhatikan pada ketika ia menghasilkan antibodi-antibodi yang tepat apabila tubuh diserang bacteria merbahaya. Tidak mungkin sel-sel tubuh dapat melakukan aktiviti-aktivitinya dengan tepat jika ia tidak berada dalam keheningan.

‘Kesabaran’ sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara sangat teliti dalam aktiviti-aktiviti yang sangat kompleks. Walaubagaimana berat/ sukar sekalipun kerja-kerja itu, sel-sel tubuh tetap akan melakukan aktiviti-aktviti yang berkaitan sehingga berjaya.

‘Keikhlasan’sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa hingga ke akhir hayat tubuh.

‘Keredhaan’sel-sel tubuh dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara konsisten sepanjang masa walaupun ia ‘dianiaya’ oleh tuan tubuh. Walau apa pun yang dimakan atau diminum oleh ‘tuan’nya, tidak kira sama ada makanan atau minuman itu berkhasiat atau tidak, sel-sel tubuh akan tetap menjalankan segala aktivitinya seperti biasa mengikut kemampuannya (dengan penuh redha).

http://warnadiri.blogspot.com

wah..best website ni.. byk sgt info.. lame kena bertapa memaku diri dpn skrin pc ni..😉