Jalur ISTIQOMAH

Bukan senang nak hidup senang

Bukan susah nak jadi susah

Buat baik dibalas baik

Buat jahat pasti ada balasannya

Begitulah ketentuanNya

 

Perjalanan hidup yang penuh berliku

Papan tanda awas terpaku disepanjang perjalanan

Pastinya membawa erti nan definisi tersirat

Andai dilanggar pasti pecah

Andai tersadung pasti merekah

Andai terbabas pasti parah

 

Neraca wasatiah sedaya dipatri

Sisipan qanaah turut disulami

Amalan istikharah menjadi pakaian

Disarung indah jubah qiyamullail

 

Teguh, tetap, dan tekad

Itulah panji dalam istiqomah

Tanpa ramuan itu, tawar rasanya

Tempang keseimbangannya

Mahu pelbagai cara

Padamkan senarai alasan

 

Pasakkan istiqomah, padukan langkah, jernihkan fikrah,

Ayuh.. bangkitlah dari lena dan dunia alpa

Tegarkan taman hati, caknakan minda

Moga Allah senantiasa menaungi lembayung barakah…

Ameenn..

 

Nukilah cipta :

 simple-shida

NISA’ SELANGOR

5 Disember 2009

12.50am.

– kamar @ DaruL Nadwah, KL.

 

Nukilan Jalur Istiqomah ni. Ditujukan khas buat semua sahabat NISA’ SELANGOR, NISA’ SERDANG dan semua NISA’ seMAlaysia. Juga buat sahabat usrah online dan semua umat Muhammad seantero dunia..

 bulatkan tekad… pasakkan istiqomah di jalan dakwah….  Barakkallahu lakum. 

 al mukhlisoh min simple-shida …