Lafaz bismillah jemari mula mengikut rentak alunan nasyid.. maher zain. Sejak kebelakangn ni, suke dgr lagu-lagu min maher zin. Seakan memahami jiwa nan kalbu yg sedikit gusar, blink-blink kadangkala dek angin bertiup sepoi-sepoi… smbil memikirkan perancangan mengenai kehidupanku yg seterusnya.

Dari hal peribadi, ke jemaah lalu hal sesama sahabat yakni pembikinan biz konsultan.  Satu persatu Allah akan uji hambaNya utk melihat sejauh mana dia mmpu mengatasi, melalui apetah merasai cabaran itu. Alhamdulillah, syukur kerna DIA memilih diri nan serbi sederhana lagi kerdil saiznya utk diuji daya tahan lasaknye..hehee..

Namun, bukan mudah nk istiqomah dlm bbrp perkara. Bukan mudah nk menanggung sorang diri, bukan mudah nk buat keputusan dlm masa yg singkat hatta keputusan yg on the spot terpaksa diputuskan. Allahu Akhbar, adakah taklifan yg bakal kugalas ini, layak utkkku? Adakah naluri hati ini sohih tentang perkara itu? Adakah kumampu melaksanakan amanah d BSP.. ns Serdang.. ns Selangor.. STe..

Hanya padaMU ku merintih ..mengenangkn kepelbagaian sua rasa kehidupan ni, sesekali menitiskan air mata ke bumi. Rintihku padaMu.. agar KAU terus menerus berikanku kekuatan yg semaksima, sulamkan diri ini dgn sabar, kaitkan jejalur tabah dalam tiap urusannku. Terangi jalanku dgn NUR petunjukMu, agar diri yg faqir ni dapat memilih jalan yg baik utk urusan agamaku, urusan kehidupanku dan masa depanku…

Ya Rahman, Ya Rahim.. kau satukanlah hati-hati kami.. khususan buat usrati yg kdgkala berbangkit isu-isu dalaman.. kau padukan taman hati kami sesama jemaah.. kau patrikan jam IKHLAS buat kami .. moga diri ni sentiasa menyarung jubah MUJAHADAH, mengendong beg fisabillah lalu memandu kereta ke mardhatillah…ameen.

Rindu dgn shbt-shbt… huhu. Shbt lama sekolah dahulu, sahabat sesama coursemates d uum, rindu dgn geng usrah online dek lama xberUSrah..huhu. rindu dgn shbts yg sama-sama dlm jalan dakwah.. 

Syukran kak ct ats kiriman sms yg sgt bermakna ni.. moga kak turut disulam kekuatanNya. Syafakillah ya ukhtie.  

 ‘ Dalam kita melangkah, terkadang diUji dgn Ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis.. peritnya terasa tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu menjahit kembali sejadah IMAN yg kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yg tersasar dari keIKHlasan..’

masyaAllah.. sejadah hijauku.. coretan kalam yg kucipta. Moge sama-sama mentafsir menaakul dan identifikasikan makna yg tersirat dari sajak yg simple min simple-shida. mohon rimbunan reranting kemaafan andai ada taman-taman hati yg kecil hati, rajuk hati, terkesima dsb lenteran jwapan nan spontan terlafaz.. juga kalam dari jauh sudut hati yg dipercik di skrin pc au laptop antum..huhu..

sesungguhnya inilah kalam transperensi yg dipaparkan utk meluahkan monolog yg tanpa bunyi, tanpa suara..  walakin hanya gambar.lenggok bahasa intonasi yg dpt diterjemahkan melalui saluran transformasi yg mengalirkan impulse.. aduh, ayat sainss daaa..ehhee. hanya ALLAH yg tahu isi hati perut jantung saiz ginjal hambanya..hehehe.. 😉

Wallahu’alam. 

Sejadah Hijauku 

rintihan kasihMu

rayuan nikmatMu

hembusan rinduMu

tercalit terpercik

Ya Allah, hiba bucu hatiku

mencarik keampunanMu

mendamba cintaMu

mencari hamparan kasihMu yang tidak terhitung

 tatkala dimalam syahdu

titisan menitis disejadah hijauku

meratapi rentetan kehidupanku

mengimbau sejarah silamku

lantas terkenang zaman lebih separuh abadku

jejalur corak terlukis dipakaianku

gegaris tercalar di sebalik tudung bajuku

 Ya Rahman, Ya Rahim

Yang Maha Pengasih nan Pemurah

Kau titipkan haruman dan wangian

Kau lemparkan debunga manisan

Kau renjiskan rahmat ujianMu

buat insan yang dahagakan belaianMu

 kusujud tunduk padaMu

meratap gegalur dosa yang melingkari

menangisi perihal disebalik helaian diariku

merayu agar masih ada waktu

utk hambaMu yang naif diberi rongga

bagi memadam kesan parut dan luka yang berserak

 ya Allah, ya Karim

janganlah kau pikulkan kepadaku

apa yang tak mampu kujinjing

ampuni pepasir dosaku

jernihkan kelodak taman hatiku

sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar

lagi Maha Mengetahui

Ya Allah ampunilah hambamu

Amenn…ameen..ameen.

 

simple-shida

16 Ogos 2009

Darul NAdwah, Cheras.KL.

gmbar hiasan😉 kulihat iJo belaka..hehehe..

ditaip jam7.00pm 28/1/2010/ baiti fi BSP.