bismillah walhamdulillah. syukur dgn izinNya, ss bersama team KUIS jalan-jalan bumi BANting seharian. tampaknya wekend cuti wesak ni, jln sakan ss. mlm jumaat, jemput adik d klia.. baru balik sabah. (bakal pgntin 4jun, insyaallah.. mohon doa dr sahabat…agar dimudahkn urusannya.ameen!)

27.5-jumaat cuti wesak… dimanfaatkn dr pg – malam. bermula pg ke nilai 3, membeli barang-barang..mencari kedai yg brkenan dihati. akhirnya, kami mmbeli bbrp papers bag, karpet, etc. okey, next destinasi ke gombak.

beli tudung skit.. dlm 2 helai utkku, 2 lagi utk ain. dh selesai mmbeli. destinasi ke sg besar. alhamdulillah, slmt smpai. ** erkk..ss dh langgar had laju yg sepatutnye..hihihi. ntahler, brp le gamaknye kalau semak nnti.

nk rush ke sg besar, kedai dh nk tutup. alhamdulillah, dh selesai urusan baju, kami singgah umah bakal mertua adikku ain ni. mak abah pun dh sampai dlm 5 minit lalu. kami jamah mee goreng.. kuih etc utk minum ptg.

jm7pm, move back alone to bdr sri putra. alhamdulillah..slmt sampai dlm jm10++. mlm ni, tido sorang. rumate dh balik kg. huhu.

———————

28.5.-sabtu.jm9am.. bersama geng kuis kami menuju ke banting. plan 1st, ke rumah shbtku cikgu sarah misbah. waduh, lama xjumpe. insyaallah ketemu bbrp minit lg. alhamdullillah, perjlnn yg cntik.. landmark mudah. dkt IPD banting, library.. by10.30am.. kami berjaya jejak rumah cikgu sarah😉

2nd plan ke pglima tok garang. rumah shbt geng kuis. alhamdulilah, juga mudh nk cari. kami berpatah semula turun… terus ke arah klang. okey, jumpe rumah😉

3rd plan ke rumah pgntin.. merangkap rumateku. sakinah al mardhiah😉 alhamdulillah, akhirnya ALlah temukan kami semua di rumah pgntin. selesai mkn, kami menunggu 2 motosikal & sekete geng dari kuis.

bbrp minit menunggu, akhirnya semua slmt sampai. selesai semua bersantap. sesi bergambar😉 then, ke surau berdekatan. dukacita khabar, tayar moto sorang shbt, pancit.

mujur, kedai motosikal tak jauh. alhamdulillah, sementara tunggu tayar dibaiki, kami ke surau utk solat zohor😉 usai solat, moto pun dh siap utk ditunggang.

okey, plan on the spot, jln-jln pantai morib. yeah!! tak penah pegi.. dh lama tak ke LAUT..pantai. kami pun berkonvoi sama. 1 kete. 2 biji moto. dh sampai pantai morib..yeah!! makan ice krim😉

pelbagai ragam aksi yg diterjemahkan oleh kami.hihii. main layang-layang+main belons sabunss😉 yg paling tak boleh lupe..isshh..air kotak soyaku.. diCUlik oleh monyet yg nakal itu. huhuhu.. geram btui.. sabo aje laa.

masyaAllah, subhanaAllah, perancangan yg diAtur susun olehNya sangat indah.. sangat cantik ;)  dh lama tak tgk pantai..laut. hari ni, tertulis utkku dan adiks KUIS ni, rehlah piknik di pantai morib😉 Alhamdulillah.!!

jam hmpir ke 5.30pm, okey.. solat time..selesaikan melepaskan kempunan main belon.. layang-layang, kami berangkat ke masjid berdekatan. bersama memadu kekuatan dlm solat jemaah..zohor..asar.. alhamdulillah..mantOp geng KUIS ni..ameen!

okey, jom..kite ke kg sg. kelambu. aiwah..menjejaki sahabat Usrah.Online. adik ni baru balik dr overSea. cuti lebih 3bln. pagi td, sewaktu iron tudung, Allah menggerakkan mindaku utk flash..sape lg ye dok di Banting.

ahaaa.. halimatus.. lantas berSMS. kak nk singgah ziarah. alhamdulillah, empunya diri ada dlm lingkungan 5.30-6pm. okey, set.😉 lalu, trip diatur utk destinasi terakhir kami ke rumah beliau.

akhirnya…. kami slmt sampai di rumah shbt uO. masyaAllah, Allah lapangkan rezeki adik & family ini. sgt memuliakan tetamu, adik & maknya. kami dijamah buah dragon ball..ehh..dragon fruitts buatan sendiri.. maniss isinya putih😉

solat maghrib berjemaah.. lantas isyak seterusnya. hajat dh nk terus pulang.. namun, kami dijamu pula makan malam. ya Allah, rezeki kami hari ni. sedap sungguh masakan ibu halimatus..😉 alhamdulillah.. MAHA Pemurah umat MUhammad ni.. ameen.

kami sempat tawaf sekeliling teratak halimatus.. tak tergambar betapa ‘baiti jannati’ rumah ni.. besttnye.. ikutkn kaki, tak nak balik..eheheh.. tapi, dek pelbagai taklifan, perancangan esoknya. kami pun mengundur diri.

sempat bbrp keping gambar kami titipkan sebagai kenangan. akhirnye.. tgh pose.. alamakkkkk..bateri low.. aiyaaa😦

syukran jazilan buat atus & family.. insyaallah jumpa lagi! kami beredar pulang ke bsp. alhamdulillah.. slmt sampai bumi KUIS dlm 11.40pm. pulang ke rumahku..alamak, nmpknya sorang mlm ni. semua ahli rumah nampaknya tiada.

sempat menaip monolog utk entri ni.. stop by12am. ** bersambung menaip mlm ni 9.45pm. ‘ indahnya UKHHWAHH bila bertemu kerananNYA.. dan berpisah keranaNYA’

Alhamdulillah.. syukran ya ALlah, atas pertemuan yang dicipta… atas kemudahan yang telah KAU aturkan buat kami semua. perjalanan kami mudah… mengikut jalan-jalanNya…thanks to ALLAH!!