Allahu Akhbar..Allahu Akhbar..Allahu Akhbar! pasti lagi semestinya laungan takbir akan bergema di bumi Kelantan sempena muktamar yg akan berlangsung beberapa jam dari sekarang😉 http://muktamar56.pas.org.


Allah swt berfirman, maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan
dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (al Anfal:60)

Allah swt berfirman, maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu dan teguhkanlah kesabaranmu (dalam menghadapi musuh) dan bersiap-sedialah (untuk berperang) serta bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu memperolehi kejayaan. (Ali Imran:200)

 

Ya ALLAH, tegakkanlah Negara yang mendaulatkan AL Quran di setiap tempat, Hidup bahagiakanlah kami dengannya, matikan kami sebagai SYUhada’ yang mulia.

 Ya ALLAH, tegakkan Negara Islam yang sebenar dan kurniakanlah kami padanya kemuliaan, kekuatan dan kesatuan di bawah naugan kalimah

‘ Lailahaillallah Muhammadurrasululallah ‘.

 Ya Allah bantulah agamaMU, kitabMU, dan penolong-penolong agamaMU, dan hancurkanlah musuhMU dan musuh agamaMU, Ya Allah, jadikanlah kalimahMU yang tertinggi dan hinakanlah kekufuran.

 Ya ALLAH, tundukkanlah jiwa kami menjadi jiwa yg hancur luluh penuh harapan kepadaMu dan jadikanlah kami dari golongan yang bermunajat kepadaMu di waktu sahur sehingga tersingkap nyata kebesaranMU dan ketinggianMu. 

Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (at Taubah:41) 

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah niscaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad:7)