bismillah walhamdulillah.. walakin dh berlalu, namun bait kalam beliau pasti kuamati..kuhayati..kuhadam lalu kupasakkan dalam taman kalbu..insyaallah!!  sekadar menitip bbrp points. slmt menatap lalu menterjemahkan melalui kuasa MINDA AKAL antum… 😉

———-

Para perwakilan, pemerhati dan tetamu yang dihormati sekalian,

BETULKAN NIAT KITA

Firman Allah SWT pada surah al-An’am: ayat 162; Yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, kegiatan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Pemelihara dan Pentadbir seluruh alam.”

Sekata dengan ayat tersebut marilah kita bersama berniat agar muktamar ini hanyalah untuk menyempurnakan pengabdian dan ketaatan kita kepada Allah SWT semata-mata. Semoga Allah SWT sentiasa memimpin dan memandu perjalanan muktamar kita ini menuju ke arah keredhaanNya jua.

Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’dd: ayat 11; Yang bermaksud: “…. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

ii. Mempereratkan ukhuwah Islamiyah di antara ahli-ahli dan pimpinan di semua peringkat,

iii. Ahli-Ahli akar umbi mendapat dan menerima amanat serta maklumat secara langsung dari peringkat tertinggi parti

iv. Merancakkan lagi aktiviti-aktiviti parti yang terancang disemua peringkat, setelah pimpinan DMPK mendapat input dan meneliti pelbagai pandangan yang telah dirumuskan oleh semua pihak terlibat,

v. Membantu dan memandu pimpinan tertinggi parti memahami permasalahan dan keperluan anggota parti di peringkat akar umbi,

vi. Melatih kepimpinan di peringkat akar umbi untuk bersedia menjadi anggota sebuah parti pemerintah yang prihatin terhadap suasana sekitar dan keperluan masyarakat,

————-

Dasar-dasar utama yang telah disepakati itu haruslah kita hazam dan hayati agar kita tidak akan mudah terpesong dengan umpan dan pujukan serta diperalatkan oleh lawan atau musuh kita. Antara nya ialah:

Muwajahah silmiyah – perjuangan secara aman

Dewan Muslimat akan terus istiqamah dengan dasar muwajahah silmiyah yang didukung oleh PAS di bawah kepimpinan Ulama’. Komitmen kita teguh terhadap perjuangan dengan mengambil pendekatan aman dan menafaatkan peluang suasana demokratik dalam menyelesaikan permasalahan ummah.

Dasar perjuangan yang mengutamakan kebijaksanaan menangani permasalahan secara bermesyuarah di meja perundingan, memberikan penerangan dan berjuang di pentas rakyat, berdakwah dan berdebat serta berhujah di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Muttaqin na imaama – pemimpin yang bertaqwa

Dewan Muslimat akan terus mempertahankan konsep kepimpinan Ulama’. Kita akan terus berjuang di bawah kepimpinan yang bertaqwa kerana taqwa sajalah dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Rabbul Jalil dan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah an- Nur: ayat 52; Yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, dan takut melanggar perintah Allah serta bertaqwa (menjaga diri dari azab Allah), maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”

Sesungguhnya tanpa taqwa kita akan mudah tertipu oleh bisikan hawa nafsu yang tidak mengenal batas serta tipu muslihat dan hasutan syaitan yang durjana. Walaupun kita mungkin cemerlang di bidang akademik, pakar dalam perniagaan, cekap dalam pengurusan, tiada sesiapa yang dapat menolong kita dari ketelanjuran tanpa hidayah serta taufik dari Allah SWT.

Tahaluf siasi – kerjasama politik

DAKWAH JATI DIRI HIDUP MUSLIMAT  

Pengabdian diri kepada Allah SWT  

Ibadah yang penuh keikhlasan  

Kehidupan merupakan satu proses pembelajaran  

———–

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27049:muslimat-penggerak-kemenangan-penyelamat-ummah&catid=96:fokus-khas&Itemid=134