barangsiapa yg beruzlah(mengasingkan diri) sblm bljr & mendalami ilmu khususnya ilmu ISlam, beerti mrk telah mensiasiakan umurnya. (^-^) ahaa.. fikir & renungkan seketika.. 😉

sekadar menaip sedikit kalam min Tn Guru Nik Aziz dalam kolum mauidzah-harakah edisi 21-24Jun. sgt suke membace kolum ini..utk mengKoreksi & refleksi diri..

‘Sesungguhnya Allah tidak mensiasiakan pahala org yg berbuat baik’ : At Taubah : 120.

amat byk sunnah Nabi s.a.w yg telah diabaikan oleh umatnya. antaranya ‘hisbah’ (KERJA SUKARELA) sama ada mengajar, menderma, menasihat dll.

antara perkara penting dlm bermsyrkt ialah ‘at taadib-menegur dan menasihat secara baik.  juga ‘at taaddub – merelakan dirinya ditegur oleh orang lain.

justeru, lebarkanlah sayap kita dgn berSilaturrahim… juge activate diri kita dgn segala program yg boleh memberi manfaat kpd diri, keluarga, shbt & ummah khususnya.

satu UMMAH. satu FIKRAH.😉 siruu ala barakatillah… jom!! rajin-rajin ke majlis ilmu… prgram-prgram yg boleh menjana minda, meningkatkan kapasitas antum sebagai khalifah di muka bumiNya…

Hisbah Dari Perspektif Syariah & Sirah Islam

Dalam membicarakan tajuk di atas, terdapat lebih dari 10 definasi yang diutarakan oleh para cendiakiawan Islam.  Antaranya pendapat yang diberikan oleh Al-Iman al- Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkamus-Sultaniyyah wal-Wilayatud-Diniyyah yang menyebut HISBAH ialah `Menegakkan yang ma’aruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan pula’. Ini membawa maksud bahawa sekiranya ianya ditinggalkan atau dilakukan secara sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim apabila wujud pendakwaan yang mana ianya melibatkan penyaksian dan keterangan.

Sesungguhnya pengutusan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul oleh Allah adalah antara lainnya untuk ditaklifkan ke atas mereka tugas dan tanggungjawab menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, maka menjadi tanggungjawab yang besar bagi umat manusia melaksanakan tugas menegak ma’ruf dan mencegah yang mungkar.  kenyataan di atas menunjukkan betapa perlunya diberi keutamaan dalam melaksanakan tugas-tugas hisbah.

Manakala hijah yang menyokong masyru‘iyyatul al-hisbah ialah :
•    Amar ma’aruf dan Nahi mungkar merupakan tugas Nabi-nabi dan Rasul-rasul
•    Melaksnakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat Sayyidil-Mursyalin
•    Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang beriman
•    Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan sifat orang-orang yang salih
•    Sekiranya tugas dan tanggungjawab hisbah dilaksanakan maka terlaksanalah segala kebaikan
•    Amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan kewajipan bagi mereka yang diberi kuasa di atas muka bumi ini
•    Melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini merupakan faktor kepada kejayaan didunia dan di akhirat
•    Amar ma’ruf nahi mungkar merupakan dua ciri penting dalam pengertian Islam
•    Amar ma’ruf nahi mungkar yang dilakukan di hadapan pemerintah yang zalim merupakan jihad yang paling baik
•    Membunuh orang-orang yang menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar merupakan kesalahan yang amat besar
•    Manakala orang yang menjalankan tugas amar ma’ruf dan nahi mungkar ini diberi ganjaran yang sebesar-besarnya
•    Melaksanakan tugas menyeru yang ma’ruf dan menghalang kemungkaran menjadi sebab kepada penghapusan dosa-dosa kecil

jom..baca lagi dlm ni http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=404&Itemid=1