Ahlan ya kareem! 

wahai tetamu Ramadhan, utkmu rahmat & maghfirah.. airmata taubat dendangan tadarus, selimut tarawih & bantal tahajud. mudahan mewarisi Jannah. insyaallah. awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan & akhirnya pembebasan dari api neraka. ** begitulah bait sms min shbt-shbt.aiwah, syukran ya asdiqo’.🙂

     ————– ——————- —————- —————

Jemariku ingin menitipkan calitan kalam utk si penaip memuhasabah dan memurnisarawakkan😉 ape yg telah berlaku. Mmg bertepatan ramai je org akan kata.. sabar ye. Ada HIKMAH disebalik tiap yg berlaku. Insyaallah itukan lumrah alam.. insyaallah Allah nk uji tahap IMAn.sabar enti..etc

                      ——– —————————- ——– ————- ————-

Ana singkap semula Fasa I dan memasuki Fasa II, Ramadhan di bumi Bdr Sri Putra @ BSP. Tersenyum tatkala membaca sms kak arin-Ns Puchong. Slmt menunaikan ibdh utk Ramadhan yg terakhir sebagai status SINGLE.😉 pelbagai bunyi..intonasi serta ungkapan bisu message masuk ke peti inbox hp sony ericssonku. Insyaallah wa syukran atas kiriman dan pesananan antunna.

Fasa I : mendapat rahmat, nikmatNya..ameen😉

 berbuka puasa dgn rumate. Kalau tidak, most probabbli buke sorang je di rumah. Mak long ke Kedah mengaji pondok. Maka, tinggallah ss & rumate sakinah di rumah vista ni. Mengikut perancangn sakinah akan berbuka dgn zauj. Ye lah.. ramadhan 1st buat mrk😉 namun, Allah belum mengizinkan mrk iftar bersama dek bbrp halangan. Syahdu seketika rumateku.. sabar ye dik. Xpelah, dik buke dulu bla.bla..

Bertarawikh di rumah shj. Nk ke msjid, melihatkan rumate dh agak sarat.. nk tinggalkan sorang, kesian pula. Justeru, ku solat di rumah 8  rakaat. Begitulah hari-hari seterusnya.mlm sejak kebelakang ni.asek ujan..maka, menunaikan sunat muaakkad fi baiti.

Jumaat, berbuka dgn sorang lg adik Nisa’-fairuz. Plan utk back village perak together. So, we berIftar sama. Awal pg sbtu, lps solat subuh.. berlepas back to Perak. Alhamdulillah, selamat sampai.. singgah sebentar melepaskan penats di kediaman adik F ni. Then, meneruskan ke destinasi yg dituju ke bumi Sitiawan, tentulah Perak yg darul Ridzuan🙂

Syahid utk bbrp puluhan minits.. zohor..rest. ptg ke bazaar Ramadhan dgn adik. 2 basar kami singgah.ehehhe. bulan pose ni, besa laah. Nampak itu, nak beli… roti john lah, murtabak lah, kuih, kutieow, mee, bihun..etc.

Mengemas rumah, menyusun atur etc. pg ahad, lps mmbeli bbrp keperluan. Bertolak utk back KL. Fetch adik F, then ke N9. Tempat tu.. kalau sebut mmg sume org tahu lah.. melainkan dia mmg tak TAHu. Maka, mmgler dia tak  akan tahu..ehehe..susah bebenor..NILAI 3, ler .hihihi.

Btw, time kasih dik, menemani membeli memilih menawaf bbrp kedai utk membeli lalu belah..hehe.. upss. Beli-belah =D

Syukran juga atas jemputn bbuka di rumah kakaknya. masyaAllah, lauk lemak ketam.mcm-mcm mknnn. Moge usratuki dilapangkan pintu-pintu rezeki..dimudhkn segala urusan..ameen!

 —-//————//———–// 

Fasa II : proses magfirah  

Okey..deal. iftar jamaie & qiyamullail Nisa’ Serdang @ msjid TJ. Agak busy d office, kemudian ada bbrp urusan nk disettlekan.insyaaAllah. agak kelewatan utk ke masjid tersebut dek menunggu adik-adik ni selesai semua urusan.

drive agak laju utk ke msjid, memandangkan jam mampir utk waktu berbuka. alhamdulillah, slmt sampai lalu menanti bbrp minit, tiba sudah waktu berbuka. usai berbuka dgn kuih-kuih, kami semua solat jemaah.

next, makan nasi time😉 kami beramai makan sambil berkongsi pelbagai luahan rasa, pglmn etc. okey, jom bersiap utk isyak + tarawih bersama. dipendekkan ceritera, lps 8 rakaat..berundur ke belakang.

mana ye my handbag? soal pd bbrp shbt. uhh, tampaknya handbag putih itu sudah ghaib ditempat yg sepatutnye. aduhhh, lost all the things :

kunci kereta. 2 handphone sony.resit bil-bil.buku doa DarusSYifa.buku matsurat. buku ayat-ayat juzuk amma. 3 pendrive ..huhuu. 4G, 2G, 1G. kunci pjHole, gugusan kunci rumah.alatulis, pen hadiah UNITEN, bam serai wangi.whiteboard marker.Brodband MAXIS..😦

tiada lafaz yg mmpu dizahirkan lagi. mencari bbrp tmpt lalu naik tetangga ke atas. kulihat lenggang di atas ni. ya ALlah, ku duduk seketika bertafakur.. ampunkanlah dosa-dosaku ya ALlah. kuredha ats ketentuanMu. berat ujianMU… moge diri ini dan bbrp shbt lg yg turut kehilangan brgn.. diberikan kekuatan, ketenangan dan kesabaran yg tinggi. moga terbangnya barangan kami.. KAU sucikan harta-harta kami selama ini…ameen.

bersoal-siasat dgn pokcik polisi di dlm bilik mesyuarat masjid. smbil ada sorang suspek. rse mcm kurang yakin dgn jawaban yg disoal. selesai bbrp soalan, kami semua ke balai utk buat report. maka, kami seNISA’ berbondong ke balai.

setelah selesai semua urusan report, proses memBLOK ATM cards. semua atm cards kuhubungi. waduh, sorang shbt telah kehilangan rm100 dek robbler itu mencoba pin no card. mujur 100 bukan 1000. sabar ye dik. alhamdulillah, tindakan cpt kami semua memblok atm kad masing-masing.

**pesanan penaja. JANGAN GUNA NO TARIKH LAHIR ANDA UTK SEGALA URUSAN PIN KAD ATM. gunele no tarikh lahir adik.abah.mak.tok.nek dll😉

dh selesai kami bertapa di bP. kami pun kembali ke pangkal jalan. naik ke masjid.. rest seketika.mentadabbur AQ.. utk ketenagan hati. masyaALlah shbt geng J min KUIS tiba dgn 2 biji kete. syukran ats kunjungan muhibbah wa mahabbah antunna😉

maaf, ss agak kekurangan mood utk berhiwar. antunna baliklah. dh lewat ni. ss dan shbt ada program qiyam pg ni. lalu, kuterus syahid… zzzzzz

jm4++ kami semua solat sunat fardhiyah.. manakala solat sunat hajat berjemaah. moge ALlah mengembalikan brgn kami…au melembutkan hati-hati yg menculik atau bahasa lembut PINJAM tanpa BAGITAU empunya lalu ntah bila hendak pulangkan. huhuhuhuu.

bersahur sama… then solat subuh. usai subuh, sesi bacaan matsurat bersama. lalu sedikit halaqah taaruf.. dan komentar hal-hal ummat.😉 kami bersurai selepas selesai program iftar jamaie & qiyammullail NIsa’ Serdang.

kubersama housemate & adik menanti pakcik yg membuat duplicate key car. by11, alhamdulillah, kereta ijau itu boleh dihidupkan. ALlahu AKhbar.. syukur, terima kasih pd semua yg membantu. moge ALlah membalas tiap jasa antum.

begitulah diari catitan utk awal FASA II. maka, selama 2 hari sbtu ahad itu, sememangnya no maxis.celcomku tidak boleh dihubungi. de semua no sudah diBLOK. kini, proses utk mencari nombor shbt sedang giat dilakukan.. andai ada shbt yg menatap kalam bisu ini, sudilah kiranya menitipkn sms utk memaklumkn nombor enti/enta.

selang bbrp hari.. dijemput utk berbuka puasa bersama geng2 J, vista.Slmt bermujahadah!! Utk adiks J stay @ blok H, Vista Sri Putra😉 syukran atas pelawaan. moge ALlah menitipkan bebola PAHALA utk antunna. ameen.

——-// ————-//————–

okeylah.. jap lg nk masuk meting HOD with dekan & deputy dean. as usual lah, menjadi pencatit minit yg setia. insyaallah jumpa lagi next entry blog. kurang skit nk berposting bulan rmdhn ni.. insyaallah nntikan entry yg dinanti akan datang.😉

-salam ramadhan memasuki pertengahn Ramadhan.. jom, teruskan kayuhan tarawih.. moge kita berjaya mengaut perlbagai MEGA SALE yg diOFFEr. mohon kemaafan salah silap.. syurkan jazilan wa ilalliqa’.