Jalan dakwah adalah jalan yg satu. Diatas jalan inilah Rasulullah (s.a.w) dan para sahabatbaginda (r.a.) berjalan. Demikian juga kita dan para pendukung dakwah berjalan dengan taufik dari Allah (s.w.t) Kita dan mereka berjalan berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah (s.a.w) menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan aqidah dengan kekuatan harakah. Jadilah jemaah mereka jemaah contoh tauladan.  Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini”

– Syeikh Mustafa Masyhur – Toriquddakwah (Jalan Dakwah)

alhamdulillah, puji-pujian selayaknya dikalungkan buat MAHA Pencipta ..alhamdulillah, semalam 9 November 2010, liqa’ mahabbah tercipta. syukran pada yg hadir ke Usrah Nisa’ Serdang utk sesi II, manhaj baru setelah buku yg 1st sudah khatam..😉 syukran atas kehadiran shbt yg sgt dirindui.. iza..zura..safiyyah..sabrina dll🙂
 
masyaAllah, bertali arus kehadiran shbt.. bermula jam 8.20pm, isyak berjemaah- Imamah oleh shbt Emiza a.k.a  kak a’an yg comel dan baik hati..hihi..lantas halaqah dibentuk utk membacakan matsurat. usai bacaan matsurat bergema dlm bilik ni.. pengerusi memulakan kalam dgn membuka majlis Al fatihah.
 
berikut beberapa point utama utk bab 1
 
Di atas Jalan DAKWAH..kita perlukan bekalan. antara bekalannya ialah :
1) Bekalan IMAN & TAQWA.. disulami perasaan ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama ALLAH)
Sungguh Allah beserta orang-orang yang beriman“. ( Al-Anfal:19)
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al Nah 127-128)
 
2) berJIhad & beKorban di jalan DAKWAH – jiwa, harta, tenaga, fikiran, masa
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh… ( at Taubah 111)
 
3) istiqomah yakni keteguhan & ketetapan drpd ALLAH
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. ( surah Ibrahim : 27)   
 
4) perlukan SOKONGAN ikatan Ukhuwwah & jalinan KASIH SAYANG
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (al Hujurat : 10)
 
5) amalan-amalan & utamakan syari’at ALLAH
واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103}
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah   dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk”
 
6) ILMU yg bermanfaat
“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. ( surah Taha :114)
 
7) setia dengan Janji 
Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
(al Imran : 76)
akhir kalam… adakah antunna sentiasa menyiapkan diri dgn BEKAlan di atas? sama-sama tepuk dahi.. tanya sendiri😉 moge kita terus menjadi insan yg dipilihNya utk meniti di atas jalan yg bernama D.A.K.W.A.H.
bersama ‘PASAKKAN istiqomah di JALAN DAKWAH’ ameen..!
kupasan helaian buku Bekalan Di Sepanjang Jalan Da’wah : Mustafa Masyhur. 
al-mukhlisoh : ss  
 
 
**ucapan khas..utk pengantin baru.. kepada Asnida’ Nisa’ Gombak.. Hamnah shbt Nisa’ Sepang.. ** ehem..ehem..kepada yg bakal bertukar status.. juga kulayarkan ucapan ni buatmu.. moge dimudhkn segala urusan antum..insyaalah.ameen!