Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahil Hamd.

 

 

 

 

 

 

 

 

Puji-pujian selayaknya buat MAHA Pencipta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ana, mewakili seluruh soff kepimpinan Nisa’ Serdang ingin mengucapkan Salam Eidul Adha buat semua warga Nisa’ Serdang, pimpinan DMPK Serdang, buat sahabat Nisa’ kawasan, Nisa’ Negeri dan pada muslimin dan muslimat di seantero dunia. Doa dan harapan, semuanya dalam nikmat ISLAM, IMAN dan Ihsan…insyaallah.

Firman Allah taala dalam Surah al-Hujurat, ayat 15 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Sehubungan dengan raya KORBAN, sama-sama kita ambil ikhtibar dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah SWT menyembelih anaknya Nabi Ismail dan ketaatan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT. Disamping itu juga ketabahan hati seorang ibu dan juga isteri iaitu Siti Hajar juga jangan sekali-kali kita lupakan.

Melihatkan dunia yang makin hari makin sakit, dengan petanda-petanda yang mula melata di seluruh pelusuk dunia, diri ini mengingatkan sama-sama agar kembali ke fitrah. Kembali dengan kata menunaikan tuntutan sebagai khalifah di bumiNya. Kembali dengan mengamalkan ISLAM sesempurna mungkin. Kembali dengan akhlak Islamiyah serta syariat yang telah digariskan. إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللهِ الْإِسْلامُ ِ “Sesungguhnya yang agama di sisi Allah ialah Islam.” ( ayat 19, al Imran).

Justeru, jelas lagi terang ISLAM adalah agama yang syumul, yang perlu dipertahankan dan ditegakkan bukan lagi diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak. Islam bukan pada nama, tetapi lengkapi ISLAM dengan melitupi dari segenap aspek rutin harian, berikhtilat, bermuamalat dan sebagainya. Kita masih punya hutang yang berbaki, yakni dengan mengajak masyarakat ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kemungkaran ‘ amar ma’ruf, nahi mungkar’ dengan memastikan agama ISLAM bukan boleh dipijak, namun wajib diJULANG dan disemad dalam hati dari dulu, kini dan selamanya.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama mengambil roh korban, dan semangat Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail alahimassalam, sebagai nadi untuk meneruskan wasilah perjuangan sebagai hambaNya dengan menyusun atur gerak kerja agar lebih tampak tersusun dan bersistematik. Selamat menyemat tag fisabilillah dalam setiap gerak langkah kehidupan dan memasakkan istiqomah di jalan dakwah.

Salam Eidul Adha 1431 H, maaf dipinta dari soff pimpinan Nisa’ Serdang. * http://nisaa-serdang.blogspot.com