Dgn lafaz mulia, kumulakan kalam bisu. Menitipkan coretan suara hati utk disimpn dlm rongga maya yg tiada kutahu sampai bila kan diUpdate oleh pencipta blog ni. Doa & terus pengharapan padaNya agar dipanjangkn lg umurku..dipermudhkn segala gerak langkahku, serta dilapangkan segala pintu-pintu rezeki buat semua shbt muslimin muslimat seantero dunia.

Hari ni dah masuk 1 Dec 2010. masih berbaki 30 Dec utk menutup tirai 2010. Allahu Akhbar.. kejap btul masa berlalu. Hmmm.. ape ye jasa, sumbgn telah kusumbg utk diri? Keluarga? Agama? Masyarakat? Negara? Moge dgn bebaki hari yg makin lama makin menjangkau 2011 bakal membuatkan diri ini lbih bekerja keras utk terus menabur budi, bakti dan benih utk kehidupan sejagat. Aiwah😉 insyaallah.

Sekalung tahniah but soff pelaksana X-tres 01. khususan buat ukhtie Hasdilah yg byk berjasa! Moge Allah jua mmbls segala titisan keringat, idea dan sumbgn kak utk xTres ni. Juge buat semua adik-adik J ..syukriah, kamilin, amin, najat, hidayah, awatif, fida’ie,nafisah, dhiya’. Alhamdulillah, Allah telah menurunkan soldiers utk sama-sama menggerakkan keje-keje dakwah ni.

 

 

 

 

 

 

Tiada lafaz yg mmpu kuzahirkan, mabruk, tahniah wa jazakallah.. juge pd semua peserta xTres 01. u’all the BEST !! mohon maaf dr pelaksana ats segala kejurangan, ketirisan dan kelemahan dr pihak kami. Insyaallah jumpe next xTres 02 tahun 2011.

Sesungguhnya setiap detik, setiap langkah derapan kaki kita, perlukan Pengorbanan. Seiring langkah, pasti perlukan kekuatan DALAMan, tolakan dan penolakan dalam diri utk kita terus melangkah ke hadapan dgn usaha, usaha dan terus usaha. Berbekalkan hati yg tabah, jiwa yg kental, sabar menghadapi segala mehnah tribulasi. Termaktub dlm kalimahNya:

‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum Kami jika Kami lupa atau Kami salah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa yang tak sanggup Kami memikulnya. Ma’afkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong Kami, maka tolonglah Kami terhadap kaum yang kafir.”


 

 

 

 

 

Bersama team Unit Latihan Nisa’ Selangor, kami menuju ke Gunung Datuk, Rembau N9. bermacam sua rasa dirasai, dilalui sepanjang musafir kami ke sana. Aktiviti yg disajikan alhamdulillah, dihadam secukup rasa oleh tiap peserta. Slot sharing moment, Radix Talk, mengungkaikan dan mengungkapkan kenangan terindah bg peserta sepanjang perjalanan mrk sewaktu mendaki ke puncak.

Gelagat yg mmg mmbuatkan usus, ginjal dan pankreas membuat senamrobik nun di dalam itu, mencuitkan hati-hati kami tatkala menyuap hidangan enak bbQ ayam, udang, bihun yg disuap ke mulut. Adegan spontan diperlakukan oleh setiap peserta dgn gaya lenggok dan telatah yg mmg mmbuatkan kami semua ketawa dgn merembeskan rasa ketensionan, kestresesan yg dialami dan dirasai oleh kami.

Program bersurai jam 12pm.. syukur Allah telah memilih para kami😉 utk memenuhkn tarikh 26.27.28 Nov 2010. syabas dan tahniah byk sgt kali pd semua yg join the program sama ada secara live juge unplugged.. lets say ALHAMDULILLAH!!

1 Dec – myb 13..14 Dec adalah wktu..hari utk ss berehat utk mengemaskini gerak keje, memperhalusi langkah-langkah yg kadangkala rasa tempang. Insyaallah alhamdulillah, Allah beri ruang utkku memikirkan byk benda yg perlu difikirkan.. moge dgn waktu rehatku ini, dptku kemas dan mantopkan lg tiap pergerakan anggota pinjamanNya..ameen!

//special thanks to my hubby, ats keizinan utk ss terus activated dgn keje2 dakwah..terus menerus aktif utk NIsa’, insyaallah. ke usrah, meeting, prgram, ke hulu, hilir.. esok..uh, lagi jauh ke pantai timur😉 walakin, ahad-rabu hubby pula ke penang utk kursus & present the task.. moge dimudhkn segala perjalann khidupan kita..ameen!

* best wishes utk adik-adik SPM, STPM, STAM, bakal pengantin, dan semua pendidik selamat bercuti😉 pd shbt seperjuangan ….teruskan berjuang. Mengakhiri kalamku, just be YOURSELF. Jadilah hamba nan khalifah yg sentiasa mensyukuri nikmatNya. Jangan jadi KUFUR nikmat. Teraapi sifat Rasul yakni AMANAH, SIDDIQ, TABligh wa fatonah. Alwiz scan HATI, top up IMAN, refresh AMAL bersama pasakkan ISTIqomah di jalan DAKWAH.

Tahun 1431 Hijrah akan meninggalkan kita dan sempena kehadiran tahun baharu 1432 Hijrah pada                               07 Disember 2010 ini, marilah kita meraikan tahun baharu ini mengikut syariat Islam. Bersama-sama kita semua berhijrah ke arah yang lebih baik dan positif.