“Tarbiyyah bukanlah segalanya tetapi segalanya bermula dengan tarbiyyah…” ~As Syahid Hassan Al Banna..

‘Amal Jama’iyy menuntut semua kegiatan dakwah dilakukan secara kolektif bersumberkan manhaj yang sahih lagi besih, disusun dalam satu organisasi yang terancang ke arah mencapai tujuan dan matlamat yang telah digariskan oleh jamaah.[13]  Kegiatan jama’iyy tidak semestinya dilakukan oleh suluruh anggota jamaah.  Ia boleh dilakukan oleh sebahagian anggota malah oleh seorang anggota sahaja pun asalkan kegiatan tersebut diputuskan dan dalam pengetahuan pimpinan jamaah.  Setiap kegiatan mestilah syar’iyy dalam semua segi.  Jika terdapat nas yang jelas, mesti dipatuhi sepenuhnya.  Jika tidak, keputusan syura dipegang sebagai panduan jamaah yang amat jelas, terikat dan tidak boleh dilangkaui.  Tanzim dan takhtit merupakan intipati terpenting dalam pelaksanaan prinsip ‘amal jama’iyy berdasarkan kaedah fiqhiyyah: 

“Apa-apa yang dengannya terlaksanalah sesuatu yang wajib, maka perkara itu turut menjadi wajib”

Keperluan tanzim (penyusunan organisasi) dari segi syara’ diperjelaskan menerusi sebuah hadith Rasulullah SAW yang memerintahkan perlantikan seorang ketua dalam perjalanan yang disertai tiga orang.  Istinbat daripada hadith ini amatlah jelas – jika perjalanan dalam sekadar tiga orang diwajibkan perlantikan seorang ketua, apatah lagi sebuah jamaah harakah yang menuju ke arah himpunan barisan pendokong Islam hampir sejuta orang tidak lama lagi, insya’ Allah.

Terangkum di dalam istilah tanzim tersebut juga, empat aspek utama yang amat perlu dititikberatkan, iaitu:

(i)         Pemimpin  (  الأمارة  )

(ii)        Syura       (  الشورى )

(iii)        Ketaatan   (  الطا عة  )

 (iv)       Kesetiaan    (  البيعة  )

 Sesungguhnya, berjaya atau tidaknya pengurusan sesuatu jamaah itu mencapai matlamatnya amat bergantung pada keupayaan barisan pimpinan mengendalikan teraju kepemimpinan organisasi itu dan kesetiaan anggotanya menyokong kepemimpinan.  Terlalu banyak nas  al-Qur’an dan Hadith tentang perlunya organisasi mempunyai pemimpin yang cekap serta kepemimpinan yang baik.  Oleh itu amat penting bagi sesebuah jamaah itu melantik kalangan yang benar-benar berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu amanah kepemimpinan.  Pada dasarnya  pemimpin perlu memiliki sifat-sifat quwwah dan amanah,  perlu mewarisi sifat benar, tabligh dan bijaksana.   Ingatlah pesanan Rasulullah SAW bahawa: 

“Apabila dilantik seseorang untuk sesuatu tugas yang bukan ahlinya, maka nantilah saat kehancurannya!”

 Sahabat Nabi SAW,  Abu Zar al-Ghifari bertanyakan Nabi SAW mengapa beliau tidak diberikan sesuatu jawatan yang penting pada zaman baginda SAW?  Nabi menjawab dengan jawaban di atas dengan maksud bahawa Nabi tahu tugas itu tidak sesuai untuk Abu Zar dan tidak terpikul olehnya. 

Dengan wujudnya qiyadah (pemimpin), maka mesti lahir pula ketaatan yang penuh tertib dan adab  oleh ahli yang telah bersetuju melantik pemimpin tersebut.  Dengan demikian barulah terbentuk saff Jama’ah Harakah Islamiyyah yang mampu menangani perjuangan dan memikul beban da’wah.  Di sinilah letaknya persoalan  at-Ta’ah dan al-Wala’ (kesetiaan).

(dipetik dari : http://nasharudin.com/index.php?option=com_content&task=view&id=37&Itemid=2 )

  ——// —–// ——-

 ” Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong agama Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, Siapa yang akan menjadi penolong-penolongku dalam menegakkan agama Allah?, pengikutnya yang setia pun berkata, “Kamilah penolong-penolong agama Allah ” (as-Saff:14)

bukan mudah bilamana kita diletakkan di jalan yg bernama dakwah. bidang dakwah ni sgt luas. dakwah bil lisan, dakwah bil hal, dakwah bil kalam. tiap satu persatu punya method yg berbeza. perlu diperhalusi setiap method itu agar wasilah itu dpt disampaikan dengan tepat, berkesan dan terkesan di taman hati individu itu.

sebut shj nk berdakwah, nk bantu keje dakwah, pasti akn ada ujian yg melanda. insyaallah itulah RAHMAT ujian dariNya kerna sesungguhnya ALLAH telah meletakkan bebanan itu asbabnya DIA MAHA TAHU individu itu mmpu menggalasnya. cuma, individu itu harus bijak dan tenang dalam merangka strategi, menyusun perancangan agar tindakan susulan yang bakal dicipta dapat diterjemahkan dengan penuh tatatertib😉

wah..ayat mcm baku je ss ni..hehe. okeylaa sekadar kongsi ilmu dan  spontan menaip. jam hmpir ke 2 am. masa utk berehat. moga sama-sama dpt ambil peduli tntg konsep DAKWAH dan bilamana dlm society itu..wajib meletakkan awlawiyat sesuatu perkara di tempat yg sewajarnya dengan tidak menjejaskan konsep wala’ , insyaallah.

*jom lazimi ayat al ikhlas, niatkan moge hati-hati para pengundi di TENANG N05, dilembutkanNya. moge ALlah pancarkan NUR pd yg masih blur kes..   ;)  infaqkanlah bantuan ni seandainya tidak mmpu utk infaq wang/harta/masa/tenaga. salam juang buat semua amilin wa amilat.