لا حول ولاقوة إلا بالله

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”. (al Hadid : 22)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda :

Abu Hurairah berkata, “Nabi bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara yaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.”

 

Firman Allah yang bermaksud :

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Ruum : 41)

   *** ALlahu AKhbar, MAHA BESAR sang PENCIPTA, DIA yg sememangnya berkusa atas setiap kejadian. DIA juga yang MAHA Mengetahui bila, di mana, bagaimana, siapa, dan pelbagai persoalan dan tentulah ada konklusi tiap yang berlaku.