bismilLah waLhamdulillah. jemari terasa utk menaip.lantas melakar kaLam bisu utk introspeksi diri. sejak meLangkah aLam baru pelbagai uJian demi Ujian telah dihujani, sedang diaLami dan bakal ditempuhi.

… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(aL baqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(aL insyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’
Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]

tirai 2011 dibuka dgn mehnah trebulasi..namun, diri nan kerdil ni tetap tegar melangkah dan terus melangkah menyibukan diri dgn kepelbagaian programmes yg menanti utk diisi dan melengkapkan kelompongan😉

selalu sgt kita dgr kan.. idup ni mcm roda. kejp di atas, kejap di bawah. Tenang kadangkala menyinggah, lalu tabah menyusul menggantikan cekal dan sabar. pejam celik dh masuk bln 2, taklifan baru digalas lantas KPI disusun dan tersusun. visi dan misi utk menjaga kebajikan warga tmptku bkhidmat kini. ALlahu Akhbar, insyaallah sgt cantik hikmahNya melangkaui tahap dengkilnya lagi tirisnya akal hambaMu.

kini, mac menunggu masa utk pergi berlalu. sua rasa yg  diaLami, kejap gembira, diganti sedih, boring, suka! bengang, emo tahap syiling klcc😉 uh…ss xle cm tu..ayat bombastiks ala-ala plastik je ni.heheh.

gembira mendgr berita shbt berWalimah, dikurniakan cahaya mata, mula bkrja di tmpat baru, sedis bilamana sesuatu yg tidak diingini berlaku pd shbt, usrati juga diri ini. namun, insyaallah Allah MAHA Pemurah.


“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

bile rasa penat, tension, dan pelbagai situasi.. ss mule membawa diri berkelana, musafir mencari ibrah ats setiap yg berlaku. em, ku igt ada seorang kakak bgtau. kalau ada mslh, jgn lari dari masalah tu. cari solotion. tapi, bila dipandang sisi perspektif yg lain, kadangkala perlu utk kita keep a side the problem or the season .. to make our kondisi cool down n better.

well, trpulanglah pada diri masing-masing utk meniLainya. uh, satu lg yg biasa juge akan jd percaturan bila seseorang itu perlu hadir utk byk tmpt. haa? apo nk dikato? pilih jgn xpilih di manakah letakknya otoriti dan awlawiyat insan itu yg perlu diUtamakan. cuma, dlm nada keciku harapnya insan sekeliling perlu sentiasa berlapang dada, husnuzon dan tanyalah pada yg TAhu bilamana beliau TIdak hadir di tmpt kejadian. atas asbab kenapa? mengapa? dan segala soklan yg terbuku di hati.huhu.

..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(aL baqarah:216)

ayat ni memang telah lama dipahat dan disulam dlm taman hatiku. kerna seorang Muslim, kita harus akur dgn Qada’ dan Qadar. maka, sentiasa kita refresh hati, top-up Iman, reload zikir..agar hati dan segala perlakuan yg kita kerjakan sentiasa bertunjangkan Niat yg SATU yakni liLlahi TaaLa.

insyaallah ! akhir kalam, nk lafazkan rindu sgt buat shbt..kakak..adik yg dh lama xjumpe.hehe. siape? xleh nk sebut ramai sgt. andai rasa kena tempias bunga-bunga rindu dari ss, sambutlah salam sayang buat antum wa auntnna.

mohon kemaafan ats  semua kesalahan, kesilapan, keterlanjuran sama ada yg minor, major apetah lg yg dlm keadaan sedar tidak sedar diri ini telah melampiasskannya. huhuu.. juga sekalung penghargaan atas segala bantuan yg telah dihulurkn sama ada yg live au unplugged. jazakallahu!

insyaallah, doa & harapanku, kita sentiasa melafazkan rasa  bersyukur kerna kita masih lagi dlm Nikmat IMAN, ISlam.. moge dari dulu, kini dan selamanya…ameen!! wallahu’alam.


Dari Abu Sa’id Sa’d bin Malik bin Sinan Al Khudry ra bahwasannya ada beberapa orang sahabat Anshar meminta kepada Nabi Muhammad saw maka beliau memberinya, kemudian mereka meminta lagi dan beliau pun memberinya sehingga habislah apa yang ada pada beliau. Ketika beliau memberikan semua apa yang ada di tangannya, beliau bersabda kepada mereka: “Apapun kebaikan yang ada padaku tidak akan aku sembunyikan pada kamu sekalian. Barangsiapa yang menjaga kehormatan dirinya maka Allah pun akan menjaganya. Barangsiapa yang menyabarkan dirinya maka Allah pun akan memberikan kesabaran padanya. Dan seseorang itu tidak akan mendapatkan anugerah yang lebih baik atau lebih lapang melebihi kesabaran.” (HR. Bukhari Muslim)
*******************************

“Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah:153)

**********************************

“Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (QS. Muhammad:31)

**diambil ayat-ayat Quran & hadis bserta gmbr : http://hikayatlangitbiru.blogspot.com/